Thursday, March 1, 2012

Semester 6

JAC110-C 

Sepanjang perjalanan aku dalam Diploma in Accountancy ni banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat dalam mengenal erti hidup sebagai seorang pelajar. Pejam celik pejam celik dah habis dah diploma aku. Tinggal tunggu nak final je ni.

Sejujurnya, aku gembira sebab diploma dah nak habis. Tapi jauh di sudut hati aku terasa kesedihan sebab terpaksa berpisah dengan "keluarga uitm". Nanti bila semua dah sambung degree entah dapat jumpa entah tak. Entah ingat entah tak laa lagi masing masing ni.

Sepanjang aku diploma dekat UiTM Johor ni banyak benda aku belajar, banyak benda aku tawu, banyak benda yang aku lalui sebagai seorang pelajar. Memang masalah aku tak dapat nak elakkan tapi semuanya buat aku jadi lebih matang.

Sekarang aku dah semester 6. Dah habis dah pun kelas untuk semester 6. Harini dah masuk bulan Mac yang student panggil bulan peperiksaan (bagi student uitm jela). Walaupun kelas baru je habis tengah hari tadi aku dah mula rasa rindu nak gelak gelak dengan kawan kawan kelas aku especially kelas JAC110-C.

Diorang laa keluarga aku dari aku masuk sini sampai lah aku dah nak habis. Semuanya banyak yang indah. Yang tak indah tu sikit je. Hihihihi. Tapi secara keseluruhannya, semuanya seronok ! Kepada student kelas JAC110-C, goodluck dalam final nanti. Buat yang betul and yang paling betul okay biar kita boleh grad on time. Ada jodoh kita jumpa di luar sana nanti. Saya ssssssssaaaaaaaaaaayaaaaannnnnnnggggggggg korang semua <3

Thursday, January 26, 2012

Perak Darul Ridzuan

Sudah lama sungguh aku tidak masuk ke blog aku. Semakin bersawang sudah blog ni (sambil bersih2kan blog). Kali ni aku nak cerita cuti CNY aku. Cuti ni aku bersama family pergi ke Perak sebab ada majlis perkahwinan aku ehh bukan aku tapi abang sedara aku. Hihihi. Aku lambat lagi laa. Kitorang bergerak ke sana hari Sabtu. Mak oii punya laa jem jalam sampai jem jugak otak aku duduk dalam kereta lama sangat. Then Ahad tu kitorang balik dah. Sekejap je kat Perak, tak lama pun. Before balik Johor tu singgah lah kejap KL berholiday kat sana plak. Sempat laa pergi Ulu Yam mandi manda bersama saudara mara terdekat. Aku malas nak cerita banyak2 sebab malas nak menaip. Biarkan sahaja gambar yang bercerita okay ? Sila lah tengok gambar yang seberapa ni. Muehehehehe :P














Sunday, January 8, 2012

HARD !


I miss you more than I thought was possible.
I miss the old old you.
I wish I can find the old you.
God, please help me

FA