Friday, November 5, 2010

merapu meraban

Pak Abu pergi memancing ikan
selamat datang saya ucapkan

monyet comel sedang memetik kelapa
tengah buat apa ?

pergi ke kedai membeli ikan
korang semua dah makan ?

HAHAHA okay dah takde idea nak berpantun cemane lagi. actually sekarang ni aku ye saya farihah. tengah berehat sebentar bersama blog kesayangan sebelum memulakan semula perjalanan saya ke LAW240.

hahaha. esok i mean 6 november 2010 aku akan menghadapi paper LAW240 iaitu introduction to commercial law. even baru intro je tapi ya Allah. banyak gila weh section kene hafal. gua tak tipu beb. kalau gua tipu gua tak dapat makan mcd *sebab esok nak makan mcd, tu yang berani cakap macam ni ^^

actually aku minat law ni sebenarnye. tapi oleh kerana semakin baca semakin lah tak faham, so makin lama minat terhadap law ni makin kureng -,-' aku pown tataw lah cemane nak bagi biar aku suka balik kat law ni.

untuk menjawab soalan esok, aku dah decide nak pilih soalan ape untuk PART B sebab kene jawab EMPAT soalan dari TUJUH soalan. dan setiap soalan tu markahnya 10MARKS. okay banyak kan ? bagi aku sangat banyak.

and 10marks tu senang untuk dapat full kalau kita hafal and explain betul betul. so aku nak focus kat situ lebih sebab kat contract aku tataw ape yang keluar. harap harap OFFER or ACCEPTANCE yang keluarr.

Ya Allah, harap harap untuk section c yang 30marks tu, harap harap tajuk OFFER or ACCEPTANCE yang keluar. saya mengharap sangat ni Ya Allah. hui korang semua sila tadah tangan dan doa beramai ramai cepat *sambil pegang rotan & buat muka garang. AMINN

section 456 (a) kanun kecomelan mengatakan saya semakin lah comel sekarang ni *buat muka yang agak comel. HAHA okay yang tu takde. sila jangan percaya. tak wujud pun section tu okay. so just ignore that sentences -______-

saya mengharap agar esok ye esok ye ! sabtu esok ! saya dapat menjawab paper law itu dengan tenang, tepat & cemerlang. sila doakan saya ye ! wajib jugak doakan saya. kalau tak saya, saya, saya, saya akan mengeluarkan section section yang tak patut dimentionkan kat dalam ni.

okay saya dah semakin teruk merapu meraban. so saya kene stop sekarang jugak. ye now ! sesuai lah dengan tajuk post ni kan MERAPU MERABAN. hahah okay la. aku nak pergi sambung study balik. byebye semua *melambai ala ala ratu cantik.

at-10-tion : perhatian ! tuan punya blog semakin tidak siuman. sesiapa yang terserempak dengannya sila jauhkan diri anda kerana penyakitnya berjangkit. sekian terima kasih. HAHA

p/s : ape punya karangan laa kejap aku kejap gua kejap saya. ahaha

Thursday, November 4, 2010

Symptom symptom student bila final exam

  1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
  2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
  3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
  4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)
  5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
  6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
  7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)
  8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.
  9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
  10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
  11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
  12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
  13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
  14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
  15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.
  16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
  17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
  18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.
  19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.

Wednesday, November 3, 2010

blog yang baru

hahaha. semalam aku berhempas pulas tukar semua yang ada kat dalam blog ni. tidur pukul 0400 semata mata nak siyapkan blog ni. okay yang tu tipu sebab malam tadi aku tak dapat tidur so dari aku duduk goyang kaki baik aku tuka layout blog ni kan.

so inilah hasilnya. kali ni blog aku tema dia merah. campur rainbow rainbow sket sebab aku suka warna warni. kan colourful. kan nampak lagi meriah kan kan ? haa. tapi lagu tetap jiwang. huahauhauha.

blog aku takde lah lawa & menarik mana pown. just kalau dah sedap mata memandang pun sudah mencukupi bagi hamba. cewahh. gelimat ~ tapi pape pun. aku akan kerap tuka layout sebab taknak followers aku boring dengan layout yang sama je :D

ehm lagi satu nak pesan, harini [3 november 2010] aku akan menduduki final subject Financial Accounting 3. so nak mohon kepada anda semua supaya mendoakan saya supaya saya dapat jawab paper tu dengan jayanya. aminn. ty semua !

tu jela kot nak bagitau taw. hee. so sekarang nak sambung study FAR200 yang tak habis habis lagi study to. and to all DIA STUDENTS ! goodluck this evening. semoga anda semua dapat jawab paper FAR200 ni dengan senyuman yang ikhlas tulus dari hati ^^