Berbekal kan wifi uitm yang tak seberapa nak laju ni, aku update jugak lah blog aku yang dah lama aku tak update ni. Dah berhabuk dah blog aku ni. Banyak benda aku nak cerita sebenarnya cuma aku malas nak menaip and aku taktau dari mana nak mula.
Terlalu banyak benda yang berlaku dalam diri aku sebelum sebelum ni sampai aku sudah merasakan diri aku telah matang untuk mengharungi cabaran hidup. Even badan aku kecik tapi fikiran aku melayang jauh macam layang layang yang terputus talinya. Cewahhh !
Ouhh aku terlupa nak bagitau aku dah masuk university ye. Diulangi university. Tapi kenapa lah bila ada orang baru yang masuk dalam family aku, diorang akan bertanya “form brape ?” even cousin aku sendiri pun suka tanya aku soalan yang sama.
Kemon laa kemon laa. Gua dah masuk university beb. Next year gua dah grad dah (Insya-Allah) jangan lahh tanya gua soalan yang macam tu. Terguris hati gua yang comel ni tau =.= okay berbalik pada hari raya tahun 2011 ni. Semuanya BOOOLLLEEEEEHHHHH laa. Takde laa best mana pun.
Sebabnya ? aku tak terasa nak raya pun. Then final aku time raya. Then baju raya aku tak berapa nak lawa. Then mood raya aku macam takde langsung sebab tak kesah pun raya ke tak. Then aku tak dapat nak raya dengan suami tercinta (pirahh Farihah kawen pun belum)
Lepas dah cerita raya, kita cerita pasal final pulak. Final aku akan berlangsung pada 20 september 2011 until 9 october 2011. Lama kan ? tapi takde laa setiap hari ada paper. Gap dia boleh tahan jugak lah. Lebih dua hari jugak laa gap antara subject.
Preparation ? Sejujurnya aku belum prepare apa apa lagi. Dalam hati sumpah risau. Tapi bila dah balik rumah time study week tu dapat pulak bukak buku semua. Orang ramai memanjang datang rumah. So kene laa tolong parents aku pape yang patut.
Bila dah penat buat kerja rumah, rajin pulak nak bukak buku kan. So kena lahh balik uitm secepat yang mungkin. Tapi takde lah cepat mana pun. Dua hari before final je baru balik uitm :P semester ni aku merasakan diri aku sangat lah tunggang terbalik.
Aku pun taktau kenapa. Masalah system pembelajaran mungkin. Tapi aku harap semuanya akan berjalan lancar laa bila aku final nanti. Jantung pun mula dupdap dupdap sebab takut yang amat. Final laa katakan. Hehehe sebab aku takde lah pandai mana sebab tu risau kan ?
Untuk perenggan penutup selalu kalau dalam karangan, akan dirumuskan semua or akan buat penutup terus. So dengan ini aku ingin menutup post aku kali ni dengan ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya ada terguris hati, terkasar bahasa, terlepas cakap, terambil apa apa benda, tercuri, terkutuk, dan segala TER lagi sama ada sengaja atau tak, harap dimaafkan dan dihalal kan lah ye.
Bagi sesiapa yang nak ambil final jugak ni GOODLUCK ! semoga kita semua dapat keputusan yang cemerlang. Hope kita semua dapat DEAN LIST kali ni/lagi. Semoga semua subject yang kita ambil pada semester ni, kita lulus. May Allah bless us all. Amin !
No comments:
Post a Comment