Thursday, December 29, 2011

Tuesday, December 27, 2011

Kuantan, Pahang


Last few days my family and I pergi holiday kat Kuantan. Memang aku rasa setiap tahun kalau pergi holiday mesti Kuantan wajib pergi. Tak pun Perak. Itu jela dua tempat yang aku rasa kitorang harus ehh tak WAJIB pergi time holiday.

Then lagi satu tempat yang kitorang harus menginap ialah Swiss Garden. Aku sumpah naik muak tido kat hotel tu sebab semua benda kat hotel tu aku dah try. Hihihihi. Cerita holiday aku bermula begini......


Kitorang gerak pergi Kuantan hari Jumaat. Then sampai sana dalam pukul 12 tengah hari macam tu la. Then berhenti kat masjid sebab orang orang lelaki nak pergi sembahyang jumaat. Then dalam pukul 2 tu kami meneruskan perjalanan ke Swiss Garden.

Perjalanan ke Swiss Garden agak jauh dan memboringkan. Tapi kami tabah mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan (cewahh) sampai lahh berjaya menuju ke destinasi. Kali ni holiday tak berapa best.


Sebabnya dapat bilik yang kecil dan sempit. Then after dah sampai tu kitorang pun duduk berehat dan bersantai di laut. Angin kat sana dengan ombak dia serious kuat gila. Sampai bila nak berjalan pun rasa nak terbang sebab angin dia sangat kuat.

Hari Sabtu pulak kitorang pergi ke Gambang Waterpark. Sampai sampai je dah sesak dengan orang. Maklumlah kan cuti sekolah. Then kitorang pun mandi manda dan cuba segala jenis slides yang ada kat situ.

Seriously best tapi sesak dengan orang sampai kepala aku terlanggar tube yang orang pegang. So boleh bayangkan tak kita berada di tempat yang kecik then sesak dengan orang yang ramai ? Macam tu lahh aku rasa betapa rimasnya aku time tu.


Then lepas dah mandi manda tu kitorang jalan jalan kat dalam resort dia. Seriously besarrrrrr. Petang tu kitorang balik semula ke hotel dan berehat. Ohh lupa nak gitau perjalanan ke Gambang daripada Kuantan agak jauh dan mengambil masa 1jam untuk sampai.

Then after dah sampai hotel tu malam tu aku orang yang tido paling awal. Pukul 10 dah tido sebab terlampau penat and sakit sakit badan. Hehehehe. Ahad kami pulang semula ke Johor. Tapi sebelum balik rumah tu kitorang pergi Gambang balik.

Kenapa ? Sebab parents aku nak tengok show kat situ. Sanggup kan ? Show dia bukan laa hebat mana but cool laa. Kitorang just tengok dua show je. Acrobatic and ular. Tapi pertunjukan ular paling cool sebab aku duduk depan sekali beb ! Pstt abang abang yang jaga ular2 ni semua hensem hensem. Opss farihah behave ! ^^





And kat situ jugak la aku berjaya cabar diri aku untuk pegang ular and that is my first time pegang ular. Rupanya badan ular tak laa selembek and segeli yang aku sangkakan. Hihihihi. Lepas je habis tengok show tu kami pun terus shoot pulang ke rumah dan berehat.


Tu jela cerita sepanjang percutian aku dan keluarga. Tak laa best macam percutian korang tapi still bermakna sebab dapat kumpul dengan family and enjoy bersama sama. Nati korang tengok jela gambar gambar yang aku akan selitkan sekali. Byebye !

Missing

"This song reminds me of you"

Saturday, December 10, 2011

Puisi Yang Boleh Buat Semua Wanita Terharu



Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.




p/s : untunglah Syera Aiyob ni dapat husband macam Zahiril yang sangatlah puitis. UNTUNG SANGATTTTTT !

Sunday, December 4, 2011

Scott

Pengganti Scott

She's in her new cage

Them

Geramm

Rest in peace Scott :'(

Scott time dia sihat

Rinduu

:')


See that title ? Who is Scott ? My boyfriend ? Naaa his not my boyfriend. He's my pet. Its a bunny. A cute bunny. My brother and I bought him at pet shop last September I guess. But now he's died. Dia mati sebab sakit kot. Kitorang semua sedih sangat sebab kitorang dah bela dia sejak dia baby lagi.

Kitorang jaga dia manjaaaaaaaaaaa sangat. Dia mati semalam. I dont know why he's died. Sebab before ni dia ceria, cergas and happy je. Tapi semalam lahh dia start tanak makan and minum. Just duduk and baring je. Even suapkan air pun dia taknak jugak.

Then malam tu tiba tiba dia terbaring and mulut tercungap cungap. After few minutes macam tu then he's gone. Sempat gak duduk dekat dia time dia ngah nazak tu. My tears totally burst out that time. He's a cute little bunny. We used to play together kan kan :')

Now dia dah takde. Tinggal seekor je arnab kat rumah. And my dad bersihkan sangkar besar sikit and letak dia kat luar. Hope dia akan membesar dengan sihat and cergas. Dont worry black bunny. We'll take care of you :) To Scott rest in peace.

Thursday, November 24, 2011

Final Year

Muslim yang hensem *melting*

The team *feewitt*

Yeay !

Focus on Izzaq Faris only :P


It's been a long long time since I don't update my post. Today I'm gonna talk about my final year. Yeah I already in my final year. Gemuruh ? Takut ? Sudah tentu. Sebabnya banyak benda kena focus, kena study, kena habiskan semuanya dalam semester ni.

This semester semuanya still okay lagi. Hope sampai habis sem pun tetap akan okay. Ouhh this sem dapat bilik 4 orang. Tapi yang duduk dalam bilik tu just 3 orang sahaja. Seronok sebab tak ramai. Roomates pun okay. So boleh focus study. Teehee.

Semester ni hope semuanya berjalan dengan lancar. Doakan saya ye semuanyaaa. Doakan saya grad on time and dengan jayanya. Itu jela kot entry pada kali ni. Hope aku boleh make up semuanya. Bak kata lagu Sea Games haritu KITA BISA !


p/s : Saje letak pict football player as a pembakar semangat ^^



Saturday, October 8, 2011

Change


I build walls to see who
cares enough to break
them down.

I finally learned what life is about.
Hanging on when your hearts had enough.
And giving more when you wanna give up

Friday, October 7, 2011


The word "I LOVE YOU" are not for anyone
to say from their mouth to their beloved one.
It's a feeling that you can whisper to each other
from heart-to-heart without saying it aloud.

p/s : I MIS HIM BADLY

Birthday


Happy birthday Fareena Ameera
May God bless you more
Goodluck for Costing paper this morning
Hope you'll happy with your love one
This is my present to you
Hope you like it

Today is her birthday
She used to be my best friend before.
But still be my best friend till now i guess
She's adorable and cute too
She's kinda funny person and "gilagila"

I knew her since I was in semester 1
We're in the same college, same course and same batch
I knew her since we're in MMS
She's from Melacca but she can speak Sabah bah :P
She's thin and I quite jealous.

Even we're too busy, we're still hangout together
Fareena, I know I can't be the best for you
But I just want you to know that I always be by your side when you need me
Take care my dear girlfriend.
I love you with all my heart.

xoxo,
NFA

Thursday, October 6, 2011

Life

When I was 5 years old, my mom always told me that happiness was the key to life. When I went to school, they asked me what I wanted to be when I grew up. I wrote down "happy". They told me I didn't understand the assignment and I told them they didn't understand life.

Fall in love of fall in hate. Get inspired or be depressed. Ace a test or flunk a class. Make babies or make art. Speak the truth or lie and cheat. Dance on the table or sit in the corner. Life is divine chaos. Embrace it. Forgive yourself. Breathe. And enjoy the ride.

Well, some stories don't have a clear beginning, middle and end. Life is about not knowing, having to change, taking the moment and making the best of it, without knowing what's going to happen next.

Creatures.

Friday, September 23, 2011

Final



This is my final exam date(S) :

1. TAX320 - 20 September 2011 (DONE !)
2. LAW346 - 24 September 2011 (DONE !)
3. MKT243 - 28 September 2011
4. MAF320 - 7 October 2011
5. FAR300 - 9 October 2011

Wish me luck guys for my final T_T


Monday, September 19, 2011

Pelbagai Cerita

Berbekal kan wifi uitm yang tak seberapa nak laju ni, aku update jugak lah blog aku yang dah lama aku tak update ni. Dah berhabuk dah blog aku ni. Banyak benda aku nak cerita sebenarnya cuma aku malas nak menaip and aku taktau dari mana nak mula.

Terlalu banyak benda yang berlaku dalam diri aku sebelum sebelum ni sampai aku sudah merasakan diri aku telah matang untuk mengharungi cabaran hidup. Even badan aku kecik tapi fikiran aku melayang jauh macam layang layang yang terputus talinya. Cewahhh !

Ouhh aku terlupa nak bagitau aku dah masuk university ye. Diulangi university. Tapi kenapa lah bila ada orang baru yang masuk dalam family aku, diorang akan bertanya “form brape ?” even cousin aku sendiri pun suka tanya aku soalan yang sama.

Kemon laa kemon laa. Gua dah masuk university beb. Next year gua dah grad dah (Insya-Allah) jangan lahh tanya gua soalan yang macam tu. Terguris hati gua yang comel ni tau =.= okay berbalik pada hari raya tahun 2011 ni. Semuanya BOOOLLLEEEEEHHHHH laa. Takde laa best mana pun.

Sebabnya ? aku tak terasa nak raya pun. Then final aku time raya. Then baju raya aku tak berapa nak lawa. Then mood raya aku macam takde langsung sebab tak kesah pun raya ke tak. Then aku tak dapat nak raya dengan suami tercinta (pirahh Farihah kawen pun belum)

Lepas dah cerita raya, kita cerita pasal final pulak. Final aku akan berlangsung pada 20 september 2011 until 9 october 2011. Lama kan ? tapi takde laa setiap hari ada paper. Gap dia boleh tahan jugak lah. Lebih dua hari jugak laa gap antara subject.

Preparation ? Sejujurnya aku belum prepare apa apa lagi. Dalam hati sumpah risau. Tapi bila dah balik rumah time study week tu dapat pulak bukak buku semua. Orang ramai memanjang datang rumah. So kene laa tolong parents aku pape yang patut.

Bila dah penat buat kerja rumah, rajin pulak nak bukak buku kan. So kena lahh balik uitm secepat yang mungkin. Tapi takde lah cepat mana pun. Dua hari before final je baru balik uitm :P semester ni aku merasakan diri aku sangat lah tunggang terbalik.

Aku pun taktau kenapa. Masalah system pembelajaran mungkin. Tapi aku harap semuanya akan berjalan lancar laa bila aku final nanti. Jantung pun mula dupdap dupdap sebab takut yang amat. Final laa katakan. Hehehe sebab aku takde lah pandai mana sebab tu risau kan ?

Untuk perenggan penutup selalu kalau dalam karangan, akan dirumuskan semua or akan buat penutup terus. So dengan ini aku ingin menutup post aku kali ni dengan ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya ada terguris hati, terkasar bahasa, terlepas cakap, terambil apa apa benda, tercuri, terkutuk, dan segala TER lagi sama ada sengaja atau tak, harap dimaafkan dan dihalal kan lah ye.

Bagi sesiapa yang nak ambil final jugak ni GOODLUCK ! semoga kita semua dapat keputusan yang cemerlang. Hope kita semua dapat DEAN LIST kali ni/lagi. Semoga semua subject yang kita ambil pada semester ni, kita lulus. May Allah bless us all. Amin !

Tuesday, September 6, 2011

Eid 2011

Selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua yang mengenali diri ini. Semoga raya kali ini membawa keberkatan kepada kita semua. Jangan main mercun nanti putus jari. Maafkan segala kesilapan yang ada dalam diri ini. Sesungguhnya tidak ada orang yang sempurna kat dunia ni. Harap maklum :)


La Familia

Cousins

Cousins again

Hj Othman's family

Muhammad Ilyas Wafi

Thursday, August 25, 2011

Sik Ada Tajuk Bah !


Pejam celik pejam celik pejam tak celik celik dah nak dekat raya dah kita. Aku rasa puasa tahun ni sangat sangat laa sekejap je rasanya. Maybe sebab diri terlampau busy kot. Busy dengan apa ? Tests, quizzes, assignments.

Itu busy berangan dengan busy pemalas belum campur lagi. Hihihi. Harini bersamaan hari khamis 25 August 2011 bersamaan 25 Ramadhan dalam kelender Islam aku akan balik rumah kerana aku telah mula cuti raya. Woot woot.

Sila jangan jeles semuanya walaupun hakikatnya aku yang jeles sebab budak wing aku hari Selasa dah balik cuti raya. Cis ini tidak sepatutnya terjadi. Setelah melalui dua minggu terakhir puasa yang busy gilaa akhirnya aku sudah pun berjaya melalui minggu minggu tersebut dengan jayanya.

Alhamdulillah sebab Allah sentiasa ada di sisi aku 24/7 membantu aku menjalani hari hari aku yang penuh stress serta mencabar tahap kesabaran diri dan jugak otak dan juga perut. Ekekekeke.

Semalam aku telah menjalani test yang terakhir before aku cuti raya. Test Marketing. So far aku buat je apa yang aku tahu and aku taktau laa apa yang aku jawab tu semua betul ke tak. Hope result aku lebih tinggi dengan result test 1 aku yang lepas ;)

Harini pulak aku ada presentation law & forum untuk english. Doakan aku semuanya berjalan dengan lancar sekali ye kawan kawan ku sekalian. Okay tu je nak bagitau untuk entry kali ni. Walau pun rasa macam tak tersusun apa yang aku cakap tapi korang buat buat faham jela ehh ?

Ouhh nak bagitau juga saya akan balik rumah harini. Uitm, please jangan rindu saya ye. Kita akan berjumpa lagi seminggu lepas raya. Jaga diri baik baik. Ily ! Dah berhenti mengarut Farihah. Okay bye !

p/s : Lepas raya aku kena tempuh dua lagi test yang tough before final >.<

Tuesday, August 16, 2011

Stress & Pressure


I feel sooooooooooooooooooooooooooooooo pressure inside my head. Sebabnya this week TERLAMPAU banyak assignment, quizzes, test and homework kena siapkan and kena submit this Friday.

Bila tengok macam sempat je nak siapkan semuanya. Tapi bila fikir balik stressnya nak siapkan benda ni minggu ni jugak. Bayangkan satu hari aku terpaksa siapkan satu assignment. Minggu ni ada TIGA assignments aku kena submit by this Friday.

This week jugak aku ada majlis berbuka puasa dengan RS kolej. Minggu ni jugak aku ada test LAW pulak tuu. Minggu ni jugak aku ada dua quiz. Tapi dua dua quiz alhamdulillah dah lepas. Tinggal assignment and test ni je aku taktau macam mana aku nak hadapi.

Sumpah penat, pening, tak cukup tidur, moody, pressure, migrain, sakit hati, buang duit, semuanya dalam satu iaitu dalam diri aku sendiri. Sekarang aku mengharap Doraemon datang kat aku and tolong aku siapkan semuanyaa sekelip mata.

Tapi apakan daya. Doraemon tu hanyalah cartoon dalam komik dan juga dekat dalam TV dan hanyalah rekaan semata mata yang sememangnya TIDAK wujud ye kawan kawan. Kita hanya boleh berdoa kepada Allah and then berusaha semaksima mungkin.

Doakan minggu ni aku boleh siapkan semuanya, boleh hanta assignment on time, siapkan slide presentation, jawab test dengan perfect and lulus, and buat video marketing dengan lancarnya. Doakan aku ye kawan kawan. AMIN ! Wish me luck ! Terima kasih.

Tanpa Kekasihku

Langit begitu gelap, hujan juga tak kunjung reda
Ku harus menyaksikan cintaku terenggut tak terselamatkan
Ingin ku ulang hari, ingin ku perbaiki
Kau salah,kau kubutuhkan
Beraninya kau pergi dan tak kembali

Dimana letak surga itu
Biar kugantikan tempatmu denganku
Adakah tanda surga itu
Biar kutemukan untuk bersamamu

Kubiarkan senangku menari di udara
Biar semua tahu kematian tak mengakhiri
cinta..

Apalah artinya hidup tanpa kekasihku
Percuma bila aku disini sendiri

Kekasihku, bersamamu
Kekasihku, bersamamu
Kekasihku, bersamamu
Kekasihku, bersamamu
Kekasihku, bersamamu

P/s : Lagu Favorite di kala tengah melayan kerinduan. Waka waka eh eh :p

Wednesday, August 10, 2011

Lets Try This Game !

Beb.. Jom layan game ni. Fun la!

1) Pilih bulan kelahiran anda
Januari - Aku cinta
Febuari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi berdating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

2) Pilih nombor hari jadi anda :
1 - Mak aku
2 - komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver bas
10 - Semut
11 - Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung Barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriend aku / boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Spongebob
23 - Siti Nurhaliza
24 - Christiano Ronaldo
25 - Bapok / Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak / Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor Swift
31 - Awek cun / Jejaka tampan

3) Pilih warna baju yang anda pakai sekarang :
Putih - Sebab aku perasan cantik / hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat


Jadikan 1 ayat (1 + 2 + 3 = ?)
Jom kongsi jawapan korang!

My answers is :
AKU GIGIT LIVERPOOL SEBAB AKU PERASAN CANTIK.

HAHAHAHAHHAHAHA :D

Friday, August 5, 2011

Orang Bengap Nak Buat FB

Ada sorang lelaki ni. Dia nak blajar guna facebook. Dia SMS kawan dia untuk ajar macam mana cara nak buat facebook :

Lelaki : weh! Tolong ajar aku buat facebook bole tak?

Kawan : bole. Ko dah ada depan computer?

Lelaki : dah. Aku dah ada email pun

Kawan : cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer

Lelaki : browser tu ape?

Kawan : laa. Ko click menu start, pastu cari tulisan internet explorer

Lelaki : pastu?

Kawan : kat kotak paling atas, ko type ‘www.facebook.com’ pastu enter

Lelaki : oke! Pastu weh?

Kawan : kalo da kuar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada

Lelaki : isi yg mana weh? Takde pape pun kat page ni

Kawan : takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?

Lelaki : paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’

Kawan : oh! Ko salah tulis dari awal tu

Lelaki : betul la aku type, www.facebook.com

Kawan : hm, mungkin connection internet ko mati

Lelaki : eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet

Kawan : cis. Senget! Jari aku sampai lebam kasik tau ko. Rupenye rumah ko takde internet

Lelaki : hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanx ye

Kawan : sokey bro, email ko ape weh?

Lelaki : www.syumbak@yahoo.com

Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah bukak lagi

Kawan : laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..

Lelaki : www tu ape weh?

Kawan : Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…


Sumber : SUMBAX PAROX

Tips Cover Malu

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh basikal: cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?...

Sumber : SUMBAX PAROX

Cerita Paling Menyentuh Perasaan :'(


Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.


Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya.... "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal...apa tuan tak segan?" Lantas...... . si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau, "Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih? "Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan

itu jew. Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.


Masa berlalu kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor..Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...". Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.. Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?" Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.


Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kawasan tempat tinggal nya. Trend baru.... Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya... Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu...........Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya." "Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!? Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya. Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"


Masa berlalu.... Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah... Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuahmotorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! .


Tetapi si bapa masih kesal........ Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam &

bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih...

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.


Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je. Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee.. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!


Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih? Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun

tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak

lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!


Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii...,

fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya


Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2.. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah

dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis

tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si

awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat. Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?" Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.. sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."


Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya. "Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia....akrablah dua

manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... . Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"


"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak.. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."


Anaknya menjawab dalam keadaan

lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?" Si bapa rasa timing jawapan untuk

persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"

(anda semua pun ingin tahu kan

...?)


Si anak menjawab dengan nada terputus putus

kerana sudah tidak dapat

bertahan dan

masanya sudah hampir

tiba....

"sebabnya .........saya.. saya....

saya...."

*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan

nafasnya hilang. Si anak

sudah meninggal sebelum

sempat memberitau bapanya

tentang bola hitam & bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup

bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku

yang cuma bercerita, lagi la tak

tau ape ape... MACAMMANA NI? Kecewa jugak

nih.

Isk!Isk! Isk!........ ...Rasa macam nk tumbuk je orang yg mula2 forward kt gua

forward kat gua


P/S :

Amacam rasa..... Takkan gua nak jadi korban sorang2 je kan

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Al-Mubarak


Semalam bermula lah bulan Ramadhan iaitu bulan untuk kita berpuasa. Kejap je masa berlalu tup tup dah puasa :) Harini dah masuk hari kedua berpuasa. Masih tak telambat lagi untuk aku wish selamat berpuasa kan ? So just nak wish Selamat Berpuasa & Selamat Menambahkan Amal.

Semoga kita segala urusan kita masa bulan puasa ni dipermudahkan, di berkati dan juga dirahmati. Semoga kita semua sempat menyambut bulan Ramadhan ni dari awal sehingga lah akhir. Jaga mulut, jaga mata, jaga hati, jaga nafsu, jaga minda, jaga badan, jaga diri dan segala galanya. Jangan tak jaga pulak.

Amalkan membaca al-quran, solat terawih dan juga solat wajib tu bia cukup. Itu jelah kot pada hari ini. Selamat bersahur dan selamat berbuka. Buka tu biarlah berpada pada ye. Jangan ikut nafsu pulak. Byebye !

Thursday, July 28, 2011

Harimau Mengaum, Singa Mengiau.


Tajuk entry pun dah menunjukkan betapa sakit hatinya aku dengan player2 Singapore yang gila macam pondan tu. Main dah laa serabut lepas tu lembek. Keeper dia lagi tak boleh blah drama je memanjang. Sakit kepala la hape laa. Ishh ! Meh sini aku baling kau dengan botol kaca baru kau boleh cakap kau sakit kepala.

Bak kata Zuzu "makan laa Actifast kalau sakit kepala. Time2 macam ni pulak kau nak sakit kepala kan" Dah laa banyak guna player import punya. Tak main laa weh player import. Kitorang guna MADE IN MALAYSIA tauu.

Player Singapore semua drama lebih. Kena sikit dah sakit lahh apa laa. Balik laa weh main anak patung kat rumah. Tak pun main masak masak. Jangan jadi football player. Buang masa kau je. Cuba tengok player kitorang. Superb, Strong & Steady je.

Apa apa pun Malaysia kalah dengan BERMARUAH. Even Malaysians semua kecewa tapi kitorang bangga dengan Skuad Harimau Malaya. Korang bangga dengan apa ? Bangga dengan player korang yang "jerik srupo ponde" tu ke ? Hahaha pity youuu Singaporeannssss.

Takpe Harimau, sekurang kurangnya korang semua dah bagi the best effort yang korang boleh. Boleh nampak laa HARIMAU MENGAUM tadi. Tu yang semua player Singapore satu satu tumbang sebab takut dengan ngauman harimau kita. Sebab singa diorang hanya reti mengiau je.

Papepun aku bangga dengan Skuad Harimau Malaya aku even diorang kalah. Terima kasih sebab dah bagi sepenuh penuh penuh penuhnya effort korang untuk game tadi. Tapi kalah pulak. Takde rezeki kan nak buat cemane. Next time kita pulak dapat masuk World Cup tu. CONGRATULATIONS MALAYSIA one's again :)

Thursday, July 21, 2011

Post yang ke-350

Maklumlah sejak bermata empat ni terpaksa je bawak mata lagi sepasang tu bersama


Wowowowowowow ~ Tak sangka betul dalam malas malas nak mengepost blog, now dah mencapai 350 posts dah dalam blog aku. Sungguh tak sangka. Even post ada yang pendek ada yang panjang ada yang letak gambar je tapi semuanya dah jadi 350 posts temasuk yang ini.

Post kali ini sebenarnya takde benda nak diceritakan. Tapi nak jugak post ^^ Pagi tadi aku pergi ke library untuk mencari sumber untuk siapkan assignment. Tapi hampa hatiku sebab tak banyak buku yang ada. Nak pergi library lagi satu jauh pulak.

So dengan hati yang sedikit kuciwa, aku pun pergi breakfast bersama adik ku di kedai makan. Then lepas tu balik sempat laa snap 4 gambar yang tak berapa nak cantik tapi COMEL. Wahh perasan kau makk ~

Itu je kot nak celoteh untuk post yang ke-350 ni. Semoga blog aku terus maju dan aman damai hendaknya. Kbye !

Monday, July 18, 2011

Wedding Ceremony











Assalamualaikum ! Agak lama jugak laa aku tak update blog sebab malas gila nak update. Tapi nak buat blog kan ? Hehehe. Cuba tengok tajuk entry di atas. Bukan aku yang kawin ye. Ini family wedding ceremony punya a.k.a my cousin. Aku lambat lagi ^^

Majlisnya berlangsung Sabtu & Ahad lepas bersamaan 16 & 17 July 2011. Tapi majlis ni belah perempuan punya dulu. Belah lelaki minggu depannya pulak. maksudnya minggu ni laa. Kitorang berkonvoi pergi ke rumah belah perempuan naik kereta.

Maklumlah rumah pengantin perempuan kat Batu Pahat sana. Masa malam nikah tu kitorang konvoi 11 kereta youu. Ramai kan family aku ? Ya ! Memang ramai sekali. And sometimes meriah and sometimes not.

Then malam Sabtu tu mereka nikah. Pengantin sangat comel sekali. Aww sweet je mereka. Tiba2 aku rasa macam nak kawin cepat2 je,. Lepas je akad nikah tu kitorang pun makan. Lauk diaa superb sebab masakan makanan kampung jawa. So memang sedap laa :)

Esoknya, hari Ahad tu kitorang gelak ke Batu Pahat untuk majlis bersanding pulak. Sekali lagi diorang buat aku rasa nak kawin cepat2 !!!!!!!!!! Majlisnya dan makanannya semua berjalan dengan lancar sekali.

Dalam pukul 0400pm tu kitorang semua balik ke rumah masing2. Penat but fun ! Kedua2 belah pihak baik je. Belah perempuan layan pihak belah lelaki okay je. Overall semuanya okay. so G double O D GOODDDDD ~.

Tu jelah kot nak berceloteh sebab taktau nak cerita apa lagi. Just want to say, to Faliq & Siti, SELAMAT PENGANTIN BARU. SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT. CEPAT2 DAPAT BABY YE KORANG ^^. KBye !