Thursday, August 25, 2011

Sik Ada Tajuk Bah !


Pejam celik pejam celik pejam tak celik celik dah nak dekat raya dah kita. Aku rasa puasa tahun ni sangat sangat laa sekejap je rasanya. Maybe sebab diri terlampau busy kot. Busy dengan apa ? Tests, quizzes, assignments.

Itu busy berangan dengan busy pemalas belum campur lagi. Hihihi. Harini bersamaan hari khamis 25 August 2011 bersamaan 25 Ramadhan dalam kelender Islam aku akan balik rumah kerana aku telah mula cuti raya. Woot woot.

Sila jangan jeles semuanya walaupun hakikatnya aku yang jeles sebab budak wing aku hari Selasa dah balik cuti raya. Cis ini tidak sepatutnya terjadi. Setelah melalui dua minggu terakhir puasa yang busy gilaa akhirnya aku sudah pun berjaya melalui minggu minggu tersebut dengan jayanya.

Alhamdulillah sebab Allah sentiasa ada di sisi aku 24/7 membantu aku menjalani hari hari aku yang penuh stress serta mencabar tahap kesabaran diri dan jugak otak dan juga perut. Ekekekeke.

Semalam aku telah menjalani test yang terakhir before aku cuti raya. Test Marketing. So far aku buat je apa yang aku tahu and aku taktau laa apa yang aku jawab tu semua betul ke tak. Hope result aku lebih tinggi dengan result test 1 aku yang lepas ;)

Harini pulak aku ada presentation law & forum untuk english. Doakan aku semuanya berjalan dengan lancar sekali ye kawan kawan ku sekalian. Okay tu je nak bagitau untuk entry kali ni. Walau pun rasa macam tak tersusun apa yang aku cakap tapi korang buat buat faham jela ehh ?

Ouhh nak bagitau juga saya akan balik rumah harini. Uitm, please jangan rindu saya ye. Kita akan berjumpa lagi seminggu lepas raya. Jaga diri baik baik. Ily ! Dah berhenti mengarut Farihah. Okay bye !

p/s : Lepas raya aku kena tempuh dua lagi test yang tough before final >.<

No comments: