Friday, October 29, 2010

kemelawakkan

ahahah. sedang aku tengah asyik membelek belek MukaBuku aku, tiba tiba adek aku upload pict pasal comment comment yang agak menarik dan kelakar untuk aku gelak sebab sekarang ni aku ngah tekanan menghadapi final ni.

so aku dengan muke poyo tapi masih lagi comel pown bukak la those pictures. then bukak bukak je and baca je comment tu terus tergelak sakan aku. macam ni pun ade ke ? memang takleh nak bayangkan langsung kalau orang orang ni semua ada MukaBuku.

nak tengok tak ape comment comment nye ? meh aku bagi korang tengok. mesti korang gelak jugak. saje je nak share share dengan korang. sebab aku tawu mesti korang tengah stress kan ? jum kita tengok. tapi aku rase maybe korang dah pernah bace kot. tapi pedulik ! nak jugak bagitau !





P/s : HAHAHA lawak kan kan kan ? kalau tak lawak pun kena jugak gelak !

sigh


" Do I care kalau awak nak kata saya perasan ? pedulik hape en. Yeah. Memang saya perasan. Kesah"

" Oh. Tuh paling sopan okay. Saya tak mencarut. Just tellin da truth okay. "

erghh. those sentences keep playing in my mind. and i can't focus in my study. kenapa ni farihah ? even ayat tu kalau korang tengok macam takde pape. tapi bagi aku sangatlah kasar okay bunyinye. biasa lah aku kan perempuan yang hati tisu. tisu lah sangat.

tapi salah kau jugak kan. kau yang nak sangat tengok dia marah marah kau. nak sangat tengok dia mengamuk. yang pergi suruh dia mengamuk tu buat ape ? hambek kau sedas. baik punya sasaran. kene tepat kat dada kau. sakit kan ?

sakit saaaaanngaaaatttt T_____________T tolongg. menanahh bak kata sarimah ibrahim. but ni tak lawak pun okay. yang ni seriously shit sakit gila ! sumpah sakit. tak pernah dapat ayat sesakit ni daripada dia.

orang yang kene tembak pown takde sesakit ni. okay yang tu tipu. kene tembak lagi sakit sebab keluar darah. yang ni hanya keluar airmata je. ouhh entry yang ni just nak gitaw saya terasa je dengan dia. tu je. saje je nak type panjang2 sebab study ta masuk2 kepala kan.

so baik membebel panjang panjang kat sini. sekurang kurangnya kurang lah sikit beban aku ni. huh ! sebenarnye ta kurang pown. tataw cemane nak kurangkan. kau tahu tak cemane ? aku tataw. takde idea. nak tidur tapi nak habiskan study satu chapter dulu baru boleh tidur. tah laa tataw laa.

okay lah. better aku stop sini dulu sebab ayat aku pown makin lame makin mengarut. biar mengarut jangan mencarut. mencarut tu bahaya. tak baik untuk kesihatan. kan kan kan ? pandai followers ku sekalian. dah lah. byebye !

Thursday, October 28, 2010

sahabat, rakan, kawan & kenalan

ape perasaan korang kalau korang takde kawan langsung kat dunia ni ? mesti korang akan rasa kosong, boring. yelaa. takde tempat nak bergurau senda selain nak bergurau dengan family. bagi aku share problem dengan kawan lagi best kot dari share problem dengan family.

tapi tak semua kawan tu baik. kadang kadang ade yang cuba nak mengambil kesempatan atas ape yang kita ada. kadang kadang just nak tunjuk dia ramai kawan. banyak erti kawan ni sebenarnye. terlampau banyak. kawan boleh dipanggil sahabat, rakan, kenalan.

tapi setiap perkataan tu mempunyai maksud yang tersendiri bukan ? dan setiap perkataan tu mempunyai perbezaan dia yang tersendiri. tapi ape bezanya ? dari ape yang aku dah kaji & selidik, aku akan bagitau korang ape maksud setiap perkaatan tu.


Sahabat

Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik, tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita.

Sahabat juga boleh dikatakan seorang yang ada semangat setiakawan, dia boleh membantu kita apabila kita berada dalam kesusahan, kesedihan, menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan kita berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama kita, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.


Kawan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan kita mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama mereka.

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.


Rakan
Rakan ialah perantaraan antara kawan dan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, kita ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya kita boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, kita juga boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, kita boleh bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, kita dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.


Kenalan
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila kita mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi kita tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. tapi kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.

Kenalan juga boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada kita menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada kita menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.


in a nutshell, aku lebih memerlukan SAHABAT dari rakan, kenalan, kawan. sebab bagi aku sahabat tu penting sekali dalam hidup kita. sebab dia orang yang lebih tahu pasal kita dan rapat dengan kita berbanding family.

to all my friends, just nak ingatkan. kalau korang dah jumpe kawan baru or whatever lah kan. tolong lahh tolong jangan lupa kat kawan kawan lama tu. sebab diorang pun kawan korang jugak. jangan time korang susah baru nak carik diorang. bila korang senang korang buang buang je diorang macam tu.

so ingat ingat dan fikir fikirkan lah ye wahai kawan kawan ku. lastly, aku sayang semua kawan kawan aku even diorang selalu carik aku time susah je. aku try untuk jadi SAHABAT kat korang. bukan KAWAN semata mata. so bagi aku once aku dah kawan dengan korang, aku akan try jadi yang terbaik.


sekian

Wednesday, October 27, 2010

pictures

harini, aku mengemas folder folder yang ada dalam lappy tersayang aku ni. then tengah tengah kemas terjumpa gambar gambar sewaktu zaman berfoya foya dulu. i mean gambar aku yang comel waktu main myspace dulu tu la. korang nak tengok ta ? kalau korang tanak tengok pown aku nak letak jugak. hahaha. Dipersilakan *bunyi drum yang sangat hebat*






















p/s : nak tengok dengan lebih lanjut sila tengok di facebook ye ^^

Tuesday, October 26, 2010

myself

kali ni macam rajin SIKIT nak cerita pasal diri sendiri. kenapa ? sebab ramai orang susah kot nak describe aku ni macam mane. so harini ni aku nak cerita pasal diri aku. okay semua mari mari duduk bersila depan kakak. kakak nak cerita pasal diri kakak yang comel lote ni. huhu ^^

firstly, aku ni seorang yang SENSITIVE. sangat lah sensitive aku pown tataw cemane aku bley jadi sensitive ni. padahal sebelum ni aku seorang yang biasa biasa je. tapi lately ni if ade pape yang even benda tu sikit pown aku akan senang menangis. then senang gila terasa hati dengan orang. kenapa entah. aku pown ta faham. maybe dah besar kot. wahh :P

second, aku seorang yang LOVE TO BE PAMPERED & tak brape reti nak be INDEPENDENT. yeah. aku mengaku yang aku ni manja even bila orang kata aku ni manja aku taknak mengaku kan. hahah tapi hakikatnye aku ni manja. everything yang aku buat mesti kene ada orang yang dukung aku dari belakang. i mean bukan dukung yang kau angkat aku tu. haishh. mean kene ada pendamping la. even benda tu alaa kacang panjang masak kicap je pown aku kene jugak ada pendamping.

third, saya suka MENYIMPAN PERASAAN. tapi bukan dendam ye ? orang lain suka salah faham dalam hal yang ni. aku suke simpan perasaan aku bukan bermakna aku pendendam. contohnya, if aku ada terasa dengan orang tu, aku akan diam je. aku takkan bagitau dye. even benda tu sakit mane pown aku akan diyam je. tapi lepas berapa hari dia akan jadi macam biasa balik. kira benda tu hilang ditiup angin gitu laa. faham tak ? kalau tak faham dah. haha

fourth, aku ni FUNNY & senang KETAWA kot. tah la. ramai orang cakap aku ni kelakar. tapi bagi aku, aku ni biasa biasa je. huhuh. sebab boring kan. so aku just mengomel mengarut2 jela. then benda tu boleh jadi benda yang kelakar. aku pown ta faham. and aku ni senang ketawa. even benda tu lawak sket pown aku akan ketawa beria beria. pastu malu sorang sorang. HAHAHA. tapi dah memang klaka kot. takkan tanak ketawa kan ? haaa

fifth, aku ni COMEL. wahh. ahahahahha yang ni aku tanak cakap panjang panjang. kang orang kata aku ni perasan. HAHA tapi aku nak cakap jugak yang aku ni comel ! sebab takde siapa nak cakap aku comel. so aku nak cakap diri aku comel. loloololololo farihah, comelnye awak.

sekian terima kasih.

p/s : maaf entry ni agak serabut dan agak berterabur. sebab effect stress final kot. arghh salahkan final. huhuhu

ciri ciri pelajar cemerlang

entry kali ni just nak share pasal ciri ciri pelajar cemerlang. sebab sekarang tengah musim musim final ni kan. so nak share la dengan korang pasal ciri ciri nak jadi seorang pelajar yang cemerlang. so ni lah ciri cirinye :

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.

5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak kementerian.

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.

28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.


kalau kita ada ciri ciri seperti di atas, insya-Allah kita akan berjaya. tapi aku ni ade yang tade dalam ciri ciri kat atas ni. agak agak aku boleh berjaya tak ? boleh je kan kalau nak kan kan ? so papehal pown nak wish goodluck untuk semua student yang ada kat Malaysia ni yang nak amek exam tak kesah la exam pape pown.

semoga berjaya semua ! jawab betul betul & yakin. jangan putus asa ye. putus urat kentut takpe, HAHAHAHA. neway tu jela kot nak wish. haa jangan lupa solat & berdoa. insya-Allah, Allah akan permudahkan segalanya :)


sekian, terima kasih

Monday, October 25, 2010

Wouldn't Change A Thing ^^

It's like he doesn't hear a word I say,
His mind is somewhere far away,
And I don't know how to get there,
It's like,
She's way too serious,
All he wants is to chill out,
She's always in a rush,
He makes me wanna pull all my hair out,
And interrupting,
Like he doesn't even care,
Like she doesn't even care.

You,
me
We're face to face
But we don't see eye to eye
Like fire and rain
You can drive me insane

But I can't stay mad at you for anything
We're Venus and Mars
We're like different stars
But you're the harmony to every song I sing
And I wouldn't change a thing

She's always trying to save the day
Just wanna let my music play
She's all or nothing
But my feelings never change
Why, do you try to read my mind?
I try to read her mind
It's not good to psychoanalyze
She tries to pick a fight
To get attention
That's what all of my friends say

You,
Me
We're face to face
But we don't see eye to eye
Like fire and rain
You can drive me insane

But I can't stay mad at you for anything
We're Venus and Mars
We're like different stars

But you're the harmony to every song I sing

And I wouldn't change a thing

When I'm yes, she's no
When I hold on, he just lets go

We're perfectly imperfect
But I wouldn't change a thing, no
We're like fire and rain
You can drive me insane

But I can't stay mad at you for anything
We're Venus and Mars
We're like different stars
But you're the harmony to every song I sing
And I wouldn't change a thing

But I can't stay mad at you for anything
We're Venus and Mars
We're like different stars
But you're the harmony to every song I sing
And I wouldn't change a
Wouldn't change a thing

Saturday, October 23, 2010

HB SYAZWAN !



this entry is special for my boyfie ^^
sebab kenapa ? sebab kitorang buat wish through video.
even video ni ta segempak video video lain, tapi ikhlas okay buat
video ni takde kene mengena antara yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.
so silalah tengok ye kalau rajin ^^
and
nak wish HAPPY 20th BIRTHDAY.
hahah dah tua dah awak ye :P
may ALLAH bless you more and more and more
semoga panjang umur & dimurahkan rezeki
goodluck for your final
sorry sebab tak dapat nak celebrate your birthday sama sama
dont worry ada present untuk you :)
semoga sihat sihat selalu dan happy happy selalu
jaga diri baik baik & jangan nakal nakal. awak dah besar
be more mature taw taw
saya SAYAAAAANNNNNNGGG awak sangat sangat ^^
lastly, mmmwaahhhh *hugs&kisses for you

Wednesday, October 20, 2010

maaf

opss entry lepas sangat pedas sehinggakan ada seseorang terasa dengan entry tu. so di sini aku ingin mengucapkan jutaan SORRY kepada seseorang tu sebab buat dia terasa and buat dia moody. sorry sangat ye awak. tataw plak entry tu effect awak sampai macam tu.

padahal benda tu aku anggap sebagai pengajaran untuk aku je. tataw la plak sampai jadi macam ni kan. seriously rasa bersalah yang amat pulak now. and tataw cemane nak jernihkan keadaan yang macam dah keruh ni.

tu lah farihah. lain kali before post tu tengok tengok dulu orang sekeliling. jangan main sembur je. kan dah ade yang terasa. kau ni pownn ! haishh. *ehmm sorry. lepas ni aku takkan post dah perasaan aku kat dalam blog ni lagi. nati hati orang lain terguris. tanak la macam tu.

nak happy happy je. tanak gaduh gaduh. hee. SORRY YE SEMUA ATAS KESILAPAN SAYA. maaf dari hujung rambut hungga hujung kaki. hee =D selamat hari rabu ^^

Tuesday, October 19, 2010

JANJI / PROMISE

okay harini aku nak bercerita tentang satu perkataan iaitu JANJI or in english people used to call it PROMISE. korang tawu ke makna janji or promise ni ape ? and korang ni berpegang ke pada janji yang korang dah janjikan ni ? and korang percaya ke pada janji janji ni ?

JANJI menurut Kamus Dewan bermaksud pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu. so maknanya, kita bersedia untuk melakukan sesuatu yang kita dah nyatakan kat seseorang atau pown kat dalam diri kita ni.

so maknanya, bila kita dah berjanji ni, kita kene lah tunaikan janji janji yang kita dah buat tu. jangan sekadar cakap "SAYA JANJI" "IM PROMISE" "I JANJI TAKKAN BUAT MACAM TU LAGI AND I MEAN IT" tapi ta tunaikan pown janji tu.

kalau setakat cakap, budak 2 tahun pown boleh cakap yang dye janji tanak makan gula gula lagi. tapi dye makan jugak. ehmm. aku tataw la nak cakap cemane lagi kat orang yang suka berjanji janjian ni. -_________-

aku ni plak suka ke berjanji ? actually, to be honest, aku TAK suka berjanji sebab aku nie jenis seorang yang tak berpegang sangat pada janji. tapi bila aku SERIOUS dalam sesuatu hal tu, aku akan make a promise. and aku akan cuba untuk berpegang pada janji tu.

and aku pulak ta suka orang yang suka BROKE the promisses that his or her made. sebab bila seseorang tu dah berjanji pada aku, aku akan mengharap benda tu akan terjadi. and this is me. aku sangat mengambil serious dalam hal yang berkaitan dengan janji ni okay !

so, as a conclusion, kepada sesiapa yang ada niat nak berjanji or kepada sesiapa yang SUDAH pown BERJANJI dengan aku, pandai pandai lah lunaskan janji janji anda ye. kalau setakat cakap, tapi tak buat, tade guna jugak kan ? anggap je JANJI tu macam AKU CABAR KAU UNTUK BUAT BENDA TU ! okay ? so renung renungkan dan selamat beramal =)

love is a promise, love is a souvenir, once given never forgotten, never let it disappear

[ John Lennon ]


one must have a good memory to be able to keep the promises that one makes

[ Friedrich Nietzsche ]

Sunday, October 17, 2010

wee ~


harini aku ta study langsung. duduk rumah melepak habis je. sebab dalam kepala dah set harini nak rehat puas puas sebab penat study untuk test & test & test *cehh farihah, kau study sangat ke ? relax je lebey ade lahh. huhuh

okay nak cerita pasal harini yang berhari AHAD dan bertarikh 17 October 2010. okay ye followerS aku sekalian. followee anda nak membebel ni. sila besarkan mata masing masing. huhuhu. okay harini aku bangun pukul 9.15am *aku bangun sedikit lambat sebab aku tidur balik ye lepas sembahyang subuh tu -_______-

then lepas aku bangun, tengok tengok adek aku ngah online, so aku pown menyebokkan diri dengan online sebentar. padahal tade pape pown yang nak di buat. tapi mengada kan nak online pagi pagi buta. so online lah jugak kejap ^^

then lepas online, aku tolong ibu aku tersayang kat dapur. tolong masak ke cik peah ? ouhh bukann. tolong tumbuk cili jee -________- *okay i admit yang aku tataw masak okay. huh ! then dalam pukul 12 tu aku mandi.

cepat gila an aku mandi ? selalu LAMBAT GILA wehh cik peah ni mandi. betul ! aku tak tipu. -_______- okay lepas mandi baru je nak makan then my cousin datang kan. so kene lah tolong2 sket.

lepas my cousin sume makan baru lah saya ni makan. hahahah. harini makan ta habis. sebab macam tade selera sangat. sebab tak sehat kan. wee ~ then petang tu just duduk duduk and tengok tv je. dah memang tade keje nak bwat ann

lepas tu main skipping kejap kat dalam rumah. and encik syazwan pelik saya main skipping dalam rumah. hahaha. then aku and nabil buat air milo KAW KAW punya *kaw ke ? sebab musim sekarang kan panas. so kami bersungguh sungguh buat air milo. tapi asek tawar je. T_T *kalau mak mertua kau tawu kau buat air pown failed mesti kene REJECT !

then petang tu duduk duduk di luar rumah menikmati keindahan waktu petang yang indah disaluti angin sepoi sepoi bahasa *walaweyy farihah ayat kauu. MANTOP ! then berhajat nak buat tomyam. tapi kemalasan.

so suruh ibu tercinta je belikan tomyam. tapi malang nasibku, kedai sume tutup. menci i taw ! then saya try bawak moto ^^ so bawak lah moto berjalan jalan di sekitar rumah sahaja sebab nak bawak jauh jauh tak reti. and takut.

then lepas dah puas bawak moto tu. aku bersukan lah pulak. oleh kerana badan aku ni dah lama ta bersenam plus badan aku ni dah semakin BERLEMAK LEMAK, so aku main skipping non stop kat depan rumah tu.

penat gilaaaa ! tapi puas sebab dapat kuarkan peluh kan. sumpah masyukkk ! hahaha habis basah baju sume sebab peluh main skipping sahaja. so lepas ni setiap petang nak main skipping jeeee. huhhuhu

then masuk rumah dan mandi dan makan *cemane kau nak kurus ni cik peah kalau lepas exercise terus makan ? huhuhu. tapi tak makan nasik okay. then lepas maghrib tu aku baring baring. then tertidur.

dalam pukul 9.15pm tadi *aku kalau bangun tidur mesti jam tengah suku suku. hahahah. then dengan mamai mamai terus pergi dapur dan terus makan. tak senonoh kan ? hahahaha bangun bangun tidur terus makan.

ni skunk aku tengah kenyang ni. thats why rajin nak mengupdate blog. hahaha. sementara menunggu syazwan habis kerja. tu yang update blog ni untuk hilangkan rasa boring. *tiba tiba phone berbunyi menunjukkan ada text message masuk.

okay lah followers ku tersayang, encik BF saya dah habis kerja. so its time to spend time nan dye sahaja. nati any latest information, i will post here. in my lovely lovely blog. byebye kawan kawan ku. *hugs & kisses ^^

Friday, October 15, 2010

ACD3A5

okay arini aku nak ceritakan aktivity aku bersama budak budak class aku iaitu student accountancy class A5. okay kami plan nak pergi beriadah bersama2 ecewaah beriadah konon. haa kami plan nak pergi main futsal bersama2 sebab ta lama lagi nak final kan. so enjoy2 kejap. kejap je ye kawan kawan.

okay smalam dalam pukul 7.45pm gerak dari kolej ke pintu gerbang uitm yang ta berapa nak gerbang sangat lahh an. then tunggu diorang sume kat situ and dalam pukul 8.15pm i think kitorang pown bergerak ke segamat.

semangat ni nak main futsal. actually futsal kitorang start pukul 8. tapi tataw knape lambat padahal sume dah ada kot that time. then sampai sampai je kat futsal. pekerja situ ta kasi main. so macam WTF ?

budak budak ni sume dah bengang dah. dak dak laki lagi bengang. sebab diorang memang nak sangat main futsal tu. tapi an kitorang ta kesah lah kalau ta dapat main pown. tapi lain kali tu tego elok elok la sket.

jangan la nak maki maki bagai. kau bukannye boss kat situ pown nak maki maki segala. HELLO BRO ! BUDI BAHASA BUDAYA KITA OKAY ! jangan nak tunjuk kau punya samseng kat situ. kitorang pown boleh laa tunjuk. tapi kitorang tawu BUDI BAHASA. tawu nak BERSOPAN SANTUN. thats why kitorang diyam je.

so bila dah tataw nak pergi mana, so plan pergi bowling je. kecoh bila dah sampai bowling tu ^^ so kitorang pown main bowling. 3 games okay. bapak penat lah. sakit sakit tangan :P ahh mengada lah kau farihah. hahah

then ta sampai dua games kot diorang main. terpaksa balik sebab kesuntukan masa sebab makan pown tak lagi an. so dalam kol 10.oopm tu gerak pergi makan. then sampai sampai je terus order. but makanannye sampai lambat.

masing masing muke kelaparan sebab dah penat main bowling ann. hahaha. so si nisa dah bising dah makanan dia ta sampai sampai sebab dia dah kebulur yang amat :P so bila dah makan makan sume. snap pict lagi. weee ~

then dalam pukul 11.30pm kot kitorang gerak dari tempat makan tu. then masing masing tanya "boleh masuk lagi ke ?" "guard tu ta tahan ke kita sume masuk lambat ?" masing masing risau je ta dapat masuk an.

so sampai je kat uitm masing masing ta masuk lagi. sume duduk luar je dulu. masuk beramai ramai an. patu masing masing kata "alaa tak payah nak takut. anak pengarah ada. mesti lepas punya" hahaha

yeah and bila masuk sume lepas, weeee ~ so pas masuk dalam campus je bersambung balik snap snap pict and then terus balik ke kolej masing masing. weh korang sumpah aku enjoy gila kot hangout nan korang ^^

tapi next sem tak dapat nak join dah cuz aku dah masuk class lain. hope kita still contact okay even masing masing dah tak sama class dah ^^ wish you all the best in final exam ! hope you'll get result with flying colors ! chaiyok chaiyok ! ACD3A5 I LOVE YOU LAA ! ^^

p/s : picture will be upload later.

Thursday, October 14, 2010

final

ouhh okay now nak cite about final. my final is just around the corner. tapi ta start2 study lagi. relax je kan aku ? jangan nak relax sangat lah farihah -________- so my final will going to start at 27 october 2010 until 14 november 2010

and macam biasa lah kan. dah accounting kene tutup pagar uitm tu. grrr. masa part 1 je dulu balik cepat. now hambek balik paling lambat. haha. and gap antara subject pown ta jauh. so taley balik laa. kene balik time sem break je terus.

and this week dah nak start study week. study week this semester quite long. 10 days i guess. slalu tiga empat hari je. huhu. so bley relax2 kat rumah kejap. then balik campus awal untuk study. sebab kalau duduk rumah lame lame pown bukan study kan.

engat nak balik hari sabtu. but jumaat hingga ahad tu ada kursus tenis. engat macam tanak pergi. tapi macam sayang lah plak sebab dapat sijil. so berbelah bahagi nak pegi ke tak. ikutkan hati tanak pegi. nak balik je. tapi tengok lah keadaan cmane.

now bely plak kene sore throat -____- ta suke. kalau kene sore throat, brape hari lepas tu je mesti akan demam. farihah, cukup cukup lah tu demam. asek demam je kau ni lah. antibody lembek sungguh !

ehmm tu jela kot nak cakap. wish me luck okay for this semester final ^^ aku nak dapat pointer bagus balik and tanak repeat2 paper. tolong ye bagi kata kata semangat kat saya. sekian terima kasih.

ni adalah jadual waktu final saya yang sangat lah macam ta best -_____- :

27 october 2010 - BEL311
31 october 2010 - CTU231
3 november 2010 - FAR200
6 november 2010 - LAW240
7 november 2010 - ECO162
11 november 2010 - MGT215
14 november 2010 - MAF220

Wednesday, October 13, 2010


last night, aku mimpi benda yang menakutkan sampai aku rase sangat takut untuk tidur balik. bayangkan dalam masa 10 minit i think. aku bley mimpi 3 benda yang menakutkan. aku terasa benda tu betul betul terjadi kat aku sebab badan aku BERAT SANGAT time tu.

first, aku mimpi yang badan aku ni macam ada something masuk sampai aku taley nak bernafas and badan aku langsung taley gerak. and that time sumpah aku rasa macam time tu memang aku sedar.

second, benda yang masuk dalam badan aku tu, dia kawal badan aku sampai aku nak bercakap pown ta boleh. serious aku ta tipu. and third, aku mimpi, yang ade guy tu muke dia pelik and dia buat something yang membuatkan aku jadi SANGAT takut.

after mimpi yang ketiga tu, aku tersedar sebab phone aku vibrate ade text masuk. then aku tengok syazwan yang text. so aku pown terus text dia sebab aku rasa takut sangat. jantung aku time tu dupdap2 laju gila dan badan aku lemah habis. that time rasa macam nak menangis tapi tahan je.

then aku cite kat dia, and dia call aku immediately. then after aku dengar suara dia terus aku nangesh. i dont know why. maybe sebab aku sangat sangat nak dia time time aku macam tu. and dia pujuk aku and dia teman aku tidur.

then mase tengah berbual2 dengan dia, aku pown ta perasan bila aku terlelap. sebab masa tu memang aku SANGAT SANGAT SANGAT mengantuk. tapi aku takut nak tidur. then bila dia teman baru lah aku dapat tidur.

aku pown ta perasan bila aku tidur and sedar2 je jam dah pkul 6.15. kesian dia terpaksa bersengkang mata untuk aku. then aku bangun and aku siyapkan mind mapping yang aku kene submit harini. thank god sempat buat ^^


to awak : hey awak. thanx untuk malam tadi taw. sangat sangat terharu awak buat macam tu kat saya. thank you taw awak ! saya sayang awak. ingat tu. sorry jugak sebab terpaksa menyusahkan awak. ta bermaksud pown nak buat awak mcm tu. tape, lepas ni saya try jadi berani & kuat okay ? awak jangan risau. saya okay je kat sini ^^

Tuesday, October 12, 2010

tentang seseorang


okay pada harini cikgu akan menceritakan pengalaman cikgu mengenali seseorang yang kini sudah pown cikgu sayang kat dia ye murid2. *okay ni cikgu yang agak gedik sebab nak bercerita tentang kisah dia kat budak tadika. ^^ okay saya tawu anda ta faham dengan ayat saya. saya pown ta faham jugaa. okay dah farihah. stop mengarut ! -_______-

pada suatu hari yang indah, angin sepoi2 bahasa, di dalam mood yang baik & dengan muka yang penuh comel, aku mengONkan YM *sorry ayat bm saya ta bagus. thats why BM saya dapat B -__________-

actually aku knal this guy dah lame dah. i think when i was in form4 or form5 kot aku knal dengan dia. tapi tade la serapat sekarang ^^ sebab that time aku dah ade bf. so layan dia pown macam layan ta layan laa. but still knal.

then dalam pertengahan tahun ni *tahun 2010 ye murid2. pada suatu malam ni. jeng jeng jenggg ! haaa aku punya lahh bafuck boring gila babi lahh *haa sume perkataan mencarut kuar. aku pown on la YM. then kebetulan dia pown on jugak.

so tiba2 dia buzz aku. and that time macam time tu macam desperate SIKIT kott *SIKIT je okay ta banyak nak mencari kawan sebab dah TERLALU boring kan. so aku pown buzz dia balik. so kitorang pown berbual sakan lah kan ^^

then aku bebual2 dengan dia. then layan punya layan dalam hati berkata "beshh jugak mamat ni" dengan hati yang berbunga2 mekar di hati macam lagu kumpulan May or BPR kot aku pown lupa, aku pown meneruskan perbualan aku dengan dia ^^

then sudden dia mintak number phone aku kan. so aku pown dengan perasaan yang tataw malu, aku terus bagi number phone aku kat dia dengan rela jantung *asek hati je. kesian jantung ^^. then malam tu jugak dia call. then kitorang pown borak2 and gelak2.

ouhh murid2, berborak dengan dia sangat besh okay sebab dia kelakar. cikgu ulang sekali lagi KELAKAR ! haaa.. HAHAHA. then berborak punya borak. lame jugak laa. sebab gune supersaver kan :P

then start from that, kitorang start slalu text and text and text. then after a few days kot text, dia ajak aku couple dengan dia. and i was like WEEEHOOO beb. ehh opss MURID2. hahah. then aku pown just say YES !

then start dari situ, kitorang pown couple *dah tade ayat nak tulis sebenarnye -_______-. then dia selalu la call aku. setiap masa i think. and dia sangat lahh besh ! betul. aku ta tipu. and saya sangat sayang dia !

start dari situ je tros tanamkan dalam hati yang memang tanak carik lain dah. nak dia sorang je. huhu. sorry agak sedikit jiwang ye saya ^^ then kitorang pown jumpe. first date kat gunung ledang. hahaha comel je kan pegi gunung ledang ^^

then second date ehmm lupa. but dia datang segamat laa. then ada lagi jumpe and jumpe and jumpe. and the latest one kami pergi melaka. ouhh that day SUMPAH best gila and jadi best moment pada aku. sebab besh laa. ahahah :D

and that guy yang aku cakap2 ni ialah MOHD SYAZWAN MUNAWIL. yeah dia ! awak ye bunbun. jangan nak buat2 jelesh plak bila baca post ni =,= hahaha. ehmm aaa errr oooo. actually tataw nak tutup post ni cemane.

sebab tade idea nak cakap. huhuhu. so the conclusion is, SAYA ye SAYA, yang bernama NURAINI FARIHAH BINTI ABDULLAH, makhluk tuhan yang PALING COMEL di alam semesta ni, nak cakap yang saya SAYANG awak lahh BUNBUN !

saya ta tipu okay. saya serious ni *terus buat muke serious yang singa pown akan lari bertempiaran kalau tengok. huhauhauahaua. ye saya sayang awak. and saya nak awak sorang saje ye. INGAT !! awak SEORANG SAHAJA ! *straight face

okay laa. sampai sini je aku nak mengarut2. okay murid2. sila sambung kerja anda semua. lepas dah siyap karangan tentang cinta anda, sila hantar kepada cikgu ye. make sure karangan anda tu menarik. sekian terima kasih !

p/s : cikgu tadika ni agak ganas dan kurang sopan kot sebab cakap aku kau nan anak murid dia. ta layak jadi cikgu yang baik lagi mulia ni. hahhahaa

Monday, October 11, 2010

feedback

lepas aku post video yang kat bawah ni. cousin aku terus IM aku kat facebook. ni perbualan antara aku dengan dia :


aisyah : sedap suara?haha

aku : hahaha. bodoh ann ? tade keje gilaa

aisyah : cair tahi telinga. haha

aku : ahaha. vuduss ! kaklong tgk yg mane ?

aisyah : bila rekod tu? dua2

aku : on the spot taw record tu. smalam nan harini. pas abes record tros upload

aisyah : haha. gilos

aku : syzwan laa. dye suruh bwat vid. so bwat jela. malu ta mali. *malu. bwat jugak

aisyah : haha.. gilos. cakap kat syazwan, hal smlm tu, jgn la kecik at

aku : haha. dye smalam mood swing. sket2 nak tacing. tapi dye okay je

aisyah : haha. emoooo

aku : yeahh. datang bulan. hahah. amacaam video ? SUMPAH MALU wehh ! ^^

aisyah : haha. yg penting, baik disable comment kt utube. kan tak pasal2 ada org komen pelik2. haha

aku : ehh kalau ta upload kat utube pown dye kuar ke ?

aisyah : eh awak upload kt utube kan ?

aku : nope. upload kat blog je

aisyah : oh really ? ok ok. selamat la tu

aku : yeahh. GILA nak upload kat utube ? memang nak kene maki mcm org nyanyi cover lagu baby by justin bibir tu. hahahaha


tu je perbualan kami di IM. hahaha mengong gila kot. aku pown tataw cmane aku bley bwat video tu and upload kat dalam ni. sumpah klaka ! ^^


Sunday, October 10, 2010

ade lagi

ahaha okay ada lagi video ANNOYING yang kitorang buat. SANGAT tade keje la kan. and disuruh oleh si DIA ^^ untuk memenuhi permintaan dia buat jugak lah. okay semua sila tutup telinga dan mata anda ye [senang cita tayah tengok la] hahaha. farihah, sila tebalkan muka kau and tahan malu ^^


PART 1 *twinkle away


PART2 *love story

p/s : to syazwan, nah lagu GAYBOY awak. love story ^^
harap korang sume enjoy nan video yang boleh merosakkan gegendang telinga korang. hahahahaha ^^

to myself : weh cepat la beli gitar ! nati bley bwat video banyak2. kau kan famous *wah statement sangat taley bla*

ehemmm

okay kali ni aku tanak tipu dah. aku seriously sangat rindu dia. huuuuu *bunyi nangesh yang ala ala menggedik. and berfikir bila lah dapat jumpe dia ni. 3 or 4 months ? ouhh no man SANGAT lama ! demmittt -________________-

awak saya rindu laa kat awak. tolong laa bagi saya jumpe awak. saya nak sangat jumpe awak. please ! hati ni selalu menjerit nak awak *okay even agak poyo tapi thats the truth. saya sangat nak awak.

awakkk boleh laa. saya penat tahan rasa nak nangesh ni awak. sampai saya dah taley control mind and myself. saya tawu itu agak melampau tapi itulah juga kebenarannya. awak boleh laa saya nak jumpe awak. if saya ta dapat jmpe awak saya akan jadi macam ni sampai saya jumpe awak or akan jadi LEBIH teruk lagi dari yang sekarang (T_T)

hey you SM, i miss you, you know ? yeah of course you know cause you miss me too^^

Saturday, October 9, 2010

^^

video ni kalau korang tengok sumpah memang korang akan rasa ANNOYING gila vavi ! tak caya tengok laa. aku sendiri tengok pown aku rasa ANNOYING gila. ni je cara aku nak lepaskan tekanan dalam diri aku ni. haha tapi pape pown lepas ni aku kene tahan malu laa. berani mati ni aku upload video ni. HAHAHAH so saksikan lahh ~


3 words

just 3 words i want to say now
just that THREE words
cause i knew that words are FULL OF MEANING
and i also knew he can understand that words
that words are


I LOVE YOU


-the end-

Friday, October 8, 2010

si dia bermain layang layang ^^


hahaha maaf lah yee kualiti video ta berapa bagus. sebab guna camera phone je. and sorry jugak sebab video ni terbalik. nak edit kat video maker, nati suara jadi suara chipmunk. tataw knape. hahaah. maaf sekali lagi ^^

Thursday, October 7, 2010

LAW240


haishh. hari ni aku akan menduduki test LAW240. dah dapat hint ape yang masuk. tapi bila study still lagi ta masuk2 kepala sebab mood masih lagi unstable *haishh asal laa mood ni lama gila nak okay balik*

ehmm then, ape lagi yeh nak cite. ouhh yee, this upcoming friday, nak pegi rumah lecturer cuz dye jemput open house kat uma dye. so maybe pergi kott ^^ untuk hilangkan stress an. then, this week tataw lagi nak balik rumah ke tak sebab mood untuk balik ke rumah makin hari makin takda. tataw knape =,=

now ngah menahan sakit period pain. huu. and 'terpaksa' skip class costing sebab ta larat nak bejalan sampai sane T_T then nak cakap baju kotor saya SANGAT banyak. even dah basuh pown still lagi rasa macam banyak. basuhkan please ? *pemalas sungguh kau ni farihah

then, *brape banyak then daaa. then next week gonna be the last week before final. cuti study week saya sangat lama and bercadang mahu jumpa si dia ^^ and harap harap boleh la. and jadual final saya gap dia ta jauh T_T

and sbject microeconomics and law kenapa kau sangat dekat ? gap satu hari je. cemane nak study ? mesti mcm tu taw. ini tidak adil ! huuu T_T and macam biasa budak accounting akan tutup pagar uitm ni. sebab kitorang punya paper lambat habis. *haishh nasib nasib

lagi nak gitaw ape yeh ? ouhh otak saya dah tepu dengan section section & cases yang ada dalam buku law ni. so sudah tiba masanya saya refresh balik apa yang telah saya study. *cehh study lahh sangat.

okay lah kawan kawan ku. saya nak teruskan perjuangan dengan study LAW yang mengantukkan ni. wish me luck okay ! tolonglah saya tanak repeat this semester =,= !

Wednesday, October 6, 2010

You Are My Sunshine =)


You Are My Sunshine
My only sunshine.
You make me happy
When skies are grey.
You'll never know, dear,
How much I love you.
Please don't take my sunshine away

The other nite, dear,
As I lay sleeping
I dreamed I held you in my arms.
When I awoke, dear,
I was mistaken
And I hung my head and cried.

You are my sunshine,
My only sunshine.
You make me happy
When skies are grey.
You'll never know, dear,
How much I love you.
Please don't take my sunshine away.

I'll always love you
And make you happy
If you will only say the same
But if you leave me
To love another
You'll regret it all some day;

You are my sunshine,
My only sunshine.
You make me happy
When skies are grey.
You'll never know, dear,
How much I love you.
Please don't take my sunshine away.

You told me once, dear
You really loved me
And no one else could come between
But now you've left me
And love another
You have shattered all my dreams;

You are my sunshine,
My only sunshine.
You make me happy
When skies are grey.
You'll never know, dear,
How much I love you.
Please don't take my sunshine away.

Louisiana my Louisiana
the place where I was borne.
White fields of cotton
-- green fields clover,
the best fishing
and long tall corn;

You are my sunshine,
My only sunshine.
You make me happy
When skies are grey.
You'll never know, dear,
How much I love you.
Please don't take my sunshine away.
Crawfish gumbo and jambalaya
the biggest shrimp and sugar cane,
the finest oysters
and sweet strawberries
from Toledo Bend to New Orleans;

You are my sunshine,
My only sunshine.
You make me happy
When skies are grey.
You'll never know, dear,
How much I love you.
Please don't take my sunshine away.

:'(

this week boleh dikatakan setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat aku menangis. aku pown tataw knape minggu ni aku asek nanges jee. bila bangun pagi mesti airmata aku jatuh. bila aku duduk pown same jugak. then before nak tidur. menangis jugak.

aku tataw kenapa aku rasa sangat lemah this week. terasa macam sebahagian dari aku dah hilang. and that makes me feel very WEAK ! honestly, aku sangat perlukan dia. aku nak dia sentiasa ada kat sisi aku. aku nak dia sentiasa layan kerenah aku. aku nak dye sentiasa ada dengan aku 24jam.

aku tawu susah untuk dapat sume tu. tapi aku sangat sangat nak kan dia. dia sahaja yang boleh buat aku rasa happy, kuat & tersenyum. tapi bila dia takde ? inilah aku. lemah, asyik menangis & ta tentu arah.

ouhh God please give me some strengh untuk aku teruskan hidup aku ni. tenangkan lah diri aku ni. aku tanak laa jadi macam ni je sepanjang masa. aku tanak buat dia risau tentang aku. aku tanak buat dia sedih.

aku tawu mesti korang kata aku mengada la, nak carik simpati la, manja sangat la, kan ? aku ta kisah sebab aku je yg rasa benda tu sume. korang tak. tapi terpulang lah kat korang kalau nak kata aku pape pown. aku ta kesah. sekarang yang aku nak hanyalah DIA supaya semangat aku akan kembali macam bila aku bersama dengan dia.


to DIA : awak, sweater awak saya selalu pakai =) even tengah hari tu panas terik cemane pown saya tetap pakai jugak. awak, saya suka bau sweater awak. tapi sekarang bau tu dah makin hilang. and saya jadi lebih ta tentu arah. sebab saya terasa awak dah tade dengan saya. awak, saya RINDU sangat kat awak. saya nak awak sentiasa ada dengan saya. macam haritu =') awak, awak jangan risau sangat ye pasal saya kat sini ? saya boleh jaga diri ;) awak jangan sakit sakit taw. saya jauh nak jaga awak kalau awak sakit. awak, lastly, ayat yang saya nak cakap kat awak kuat kuat ialah I LOVE YOU ! ;'(

Monday, October 4, 2010

DATING episod 2

okay now sambungan untuk entry DATING episod 1. okay ape kezutan dye ? nak tawu ? baca lah entry ni. hahaa okay kita mulakan entry kita dengan nyanyi lagu Negaraku ye. okay farihah, jangan main main boleh ta ? =,=

okay time dah kat depan rumah tu. tiba tiba dye cakap 'babe my friend ta jadi guna kereta. so nak lepak ta ?' then my answer mestilah cakap nak kan. so kitorang pown decide pergi mandi2 kat gunung sebab masing masing ta mandi since smalam kan. hahaha.

then pergi uitm balik amek baju sume and tros gerak pegi gunung ledang. and again kitorang naik sampai atas. mandi kat belah atas. tapi that time ta ramai sangat sebab pagi ann so ta ramai yang dah datang.

sampai2 je trus mandi sume and grrrr sejuk gila air dye. huhuh. begigil badan tahan sejuk air kat gunung. tapi fun even sejuk pown :P then rehat kat ctu makan makan and duduk duduk and tengok tengok. hahaha

dalam kol 12 kot kitorang turun and tuka2 baju sume. then tunggu dia tido kejap sebab dia penat. kesian awak yunk. serious mcm ta sampai hati tengok awak penat macam tu. tapi awak degil. suka paksa diri. huh !

then dalam kol 3 tu sampai segamat. tataw nak pegi mane last last dia anta saya balik rumah. (T_T) sedih nyee that time. tapi tahan je. "pretend" to be okay. huuhuh. then mase da sampai rumah tu. tibe tibe dye suruh call

then i called him and he said dye taley nak balik. dye rasa berat gila nak balik. so pegi jmpe dye lagi and cakap kat dye sume. then bawak dye lepak rumah kejap. then dalam 5.00pm smthing dye balik.

sumpah risau gila nan mood dye yang unstable mcm tu and dye drive dari segamat to nilai ALONE. memang risau laa. but alhamdulillah sumenye okay and dia pown selamat. then malam tu aku pulang ke uitm dihantar oleh parents aku.

itu jela kisahnya dalam entry DATING ni. maaflah kalau ta seronok. tapi bagi aku SUMPAH SERONOK gila sebab banyak moment yang besh yang ta dapat aku nak lupakan. hee =) thanx awak sebab sudi nak bawak saya jalan2. sorry awak sebab awak terpaksa penat sebab saya. and sorry jugak susahkan awak.

I LOVE YOU BUNBUN !!

*pict will be upload later. you also can check this entry's pict at my FB. thank you ;)