ape perasaan korang kalau korang takde kawan langsung kat dunia ni ? mesti korang akan rasa kosong, boring. yelaa. takde tempat nak bergurau senda selain nak bergurau dengan family. bagi aku share problem dengan kawan lagi best kot dari share problem dengan family.
tapi tak semua kawan tu baik. kadang kadang ade yang cuba nak mengambil kesempatan atas ape yang kita ada. kadang kadang just nak tunjuk dia ramai kawan. banyak erti kawan ni sebenarnye. terlampau banyak. kawan boleh dipanggil sahabat, rakan, kenalan.
tapi setiap perkataan tu mempunyai maksud yang tersendiri bukan ? dan setiap perkataan tu mempunyai perbezaan dia yang tersendiri. tapi ape bezanya ? dari ape yang aku dah kaji & selidik, aku akan bagitau korang ape maksud setiap perkaatan tu.
Sahabat
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik, tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita.
Sahabat juga boleh dikatakan seorang yang ada semangat setiakawan, dia boleh membantu kita apabila kita berada dalam kesusahan, kesedihan, menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan kita berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama kita, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.
Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.
Kawan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan kita mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.
Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama mereka.
Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.
Rakan
Rakan ialah perantaraan antara kawan dan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, kita ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.
Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya kita boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, kita juga boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, kita boleh bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, kita dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.
Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.
Kenalan
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila kita mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi kita tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. tapi kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.
Kenalan juga boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada kita menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada kita menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.
in a nutshell, aku lebih memerlukan SAHABAT dari rakan, kenalan, kawan. sebab bagi aku sahabat tu penting sekali dalam hidup kita. sebab dia orang yang lebih tahu pasal kita dan rapat dengan kita berbanding family.
to all my friends, just nak ingatkan. kalau korang dah jumpe kawan baru or whatever lah kan. tolong lahh tolong jangan lupa kat kawan kawan lama tu. sebab diorang pun kawan korang jugak. jangan time korang susah baru nak carik diorang. bila korang senang korang buang buang je diorang macam tu.
so ingat ingat dan fikir fikirkan lah ye wahai kawan kawan ku. lastly, aku sayang semua kawan kawan aku even diorang selalu carik aku time susah je. aku try untuk jadi SAHABAT kat korang. bukan KAWAN semata mata. so bagi aku once aku dah kawan dengan korang, aku akan try jadi yang terbaik.
sekian
No comments:
Post a Comment