Thursday, August 25, 2011

Sik Ada Tajuk Bah !


Pejam celik pejam celik pejam tak celik celik dah nak dekat raya dah kita. Aku rasa puasa tahun ni sangat sangat laa sekejap je rasanya. Maybe sebab diri terlampau busy kot. Busy dengan apa ? Tests, quizzes, assignments.

Itu busy berangan dengan busy pemalas belum campur lagi. Hihihi. Harini bersamaan hari khamis 25 August 2011 bersamaan 25 Ramadhan dalam kelender Islam aku akan balik rumah kerana aku telah mula cuti raya. Woot woot.

Sila jangan jeles semuanya walaupun hakikatnya aku yang jeles sebab budak wing aku hari Selasa dah balik cuti raya. Cis ini tidak sepatutnya terjadi. Setelah melalui dua minggu terakhir puasa yang busy gilaa akhirnya aku sudah pun berjaya melalui minggu minggu tersebut dengan jayanya.

Alhamdulillah sebab Allah sentiasa ada di sisi aku 24/7 membantu aku menjalani hari hari aku yang penuh stress serta mencabar tahap kesabaran diri dan jugak otak dan juga perut. Ekekekeke.

Semalam aku telah menjalani test yang terakhir before aku cuti raya. Test Marketing. So far aku buat je apa yang aku tahu and aku taktau laa apa yang aku jawab tu semua betul ke tak. Hope result aku lebih tinggi dengan result test 1 aku yang lepas ;)

Harini pulak aku ada presentation law & forum untuk english. Doakan aku semuanya berjalan dengan lancar sekali ye kawan kawan ku sekalian. Okay tu je nak bagitau untuk entry kali ni. Walau pun rasa macam tak tersusun apa yang aku cakap tapi korang buat buat faham jela ehh ?

Ouhh nak bagitau juga saya akan balik rumah harini. Uitm, please jangan rindu saya ye. Kita akan berjumpa lagi seminggu lepas raya. Jaga diri baik baik. Ily ! Dah berhenti mengarut Farihah. Okay bye !

p/s : Lepas raya aku kena tempuh dua lagi test yang tough before final >.<

Tuesday, August 16, 2011

Stress & Pressure


I feel sooooooooooooooooooooooooooooooo pressure inside my head. Sebabnya this week TERLAMPAU banyak assignment, quizzes, test and homework kena siapkan and kena submit this Friday.

Bila tengok macam sempat je nak siapkan semuanya. Tapi bila fikir balik stressnya nak siapkan benda ni minggu ni jugak. Bayangkan satu hari aku terpaksa siapkan satu assignment. Minggu ni ada TIGA assignments aku kena submit by this Friday.

This week jugak aku ada majlis berbuka puasa dengan RS kolej. Minggu ni jugak aku ada test LAW pulak tuu. Minggu ni jugak aku ada dua quiz. Tapi dua dua quiz alhamdulillah dah lepas. Tinggal assignment and test ni je aku taktau macam mana aku nak hadapi.

Sumpah penat, pening, tak cukup tidur, moody, pressure, migrain, sakit hati, buang duit, semuanya dalam satu iaitu dalam diri aku sendiri. Sekarang aku mengharap Doraemon datang kat aku and tolong aku siapkan semuanyaa sekelip mata.

Tapi apakan daya. Doraemon tu hanyalah cartoon dalam komik dan juga dekat dalam TV dan hanyalah rekaan semata mata yang sememangnya TIDAK wujud ye kawan kawan. Kita hanya boleh berdoa kepada Allah and then berusaha semaksima mungkin.

Doakan minggu ni aku boleh siapkan semuanya, boleh hanta assignment on time, siapkan slide presentation, jawab test dengan perfect and lulus, and buat video marketing dengan lancarnya. Doakan aku ye kawan kawan. AMIN ! Wish me luck ! Terima kasih.

Tanpa Kekasihku

Langit begitu gelap, hujan juga tak kunjung reda
Ku harus menyaksikan cintaku terenggut tak terselamatkan
Ingin ku ulang hari, ingin ku perbaiki
Kau salah,kau kubutuhkan
Beraninya kau pergi dan tak kembali

Dimana letak surga itu
Biar kugantikan tempatmu denganku
Adakah tanda surga itu
Biar kutemukan untuk bersamamu

Kubiarkan senangku menari di udara
Biar semua tahu kematian tak mengakhiri
cinta..

Apalah artinya hidup tanpa kekasihku
Percuma bila aku disini sendiri

Kekasihku, bersamamu
Kekasihku, bersamamu
Kekasihku, bersamamu
Kekasihku, bersamamu
Kekasihku, bersamamu

P/s : Lagu Favorite di kala tengah melayan kerinduan. Waka waka eh eh :p

Wednesday, August 10, 2011

Lets Try This Game !

Beb.. Jom layan game ni. Fun la!

1) Pilih bulan kelahiran anda
Januari - Aku cinta
Febuari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi berdating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

2) Pilih nombor hari jadi anda :
1 - Mak aku
2 - komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver bas
10 - Semut
11 - Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung Barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriend aku / boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Spongebob
23 - Siti Nurhaliza
24 - Christiano Ronaldo
25 - Bapok / Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak / Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor Swift
31 - Awek cun / Jejaka tampan

3) Pilih warna baju yang anda pakai sekarang :
Putih - Sebab aku perasan cantik / hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat


Jadikan 1 ayat (1 + 2 + 3 = ?)
Jom kongsi jawapan korang!

My answers is :
AKU GIGIT LIVERPOOL SEBAB AKU PERASAN CANTIK.

HAHAHAHAHHAHAHA :D

Friday, August 5, 2011

Orang Bengap Nak Buat FB

Ada sorang lelaki ni. Dia nak blajar guna facebook. Dia SMS kawan dia untuk ajar macam mana cara nak buat facebook :

Lelaki : weh! Tolong ajar aku buat facebook bole tak?

Kawan : bole. Ko dah ada depan computer?

Lelaki : dah. Aku dah ada email pun

Kawan : cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer

Lelaki : browser tu ape?

Kawan : laa. Ko click menu start, pastu cari tulisan internet explorer

Lelaki : pastu?

Kawan : kat kotak paling atas, ko type ‘www.facebook.com’ pastu enter

Lelaki : oke! Pastu weh?

Kawan : kalo da kuar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada

Lelaki : isi yg mana weh? Takde pape pun kat page ni

Kawan : takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?

Lelaki : paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’

Kawan : oh! Ko salah tulis dari awal tu

Lelaki : betul la aku type, www.facebook.com

Kawan : hm, mungkin connection internet ko mati

Lelaki : eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet

Kawan : cis. Senget! Jari aku sampai lebam kasik tau ko. Rupenye rumah ko takde internet

Lelaki : hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanx ye

Kawan : sokey bro, email ko ape weh?

Lelaki : www.syumbak@yahoo.com

Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah bukak lagi

Kawan : laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..

Lelaki : www tu ape weh?

Kawan : Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…


Sumber : SUMBAX PAROX

Tips Cover Malu

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh basikal: cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?...

Sumber : SUMBAX PAROX

Cerita Paling Menyentuh Perasaan :'(


Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.


Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya.... "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal...apa tuan tak segan?" Lantas...... . si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau, "Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih? "Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan

itu jew. Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.


Masa berlalu kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor..Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...". Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.. Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?" Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.


Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kawasan tempat tinggal nya. Trend baru.... Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya... Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu...........Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya." "Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!? Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya. Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"


Masa berlalu.... Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah... Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuahmotorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! .


Tetapi si bapa masih kesal........ Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam &

bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih...

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.


Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je. Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee.. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!


Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih? Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun

tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak

lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!


Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii...,

fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya


Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2.. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah

dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis

tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si

awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat. Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?" Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.. sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."


Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya. "Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia....akrablah dua

manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... . Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"


"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak.. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."


Anaknya menjawab dalam keadaan

lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?" Si bapa rasa timing jawapan untuk

persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"

(anda semua pun ingin tahu kan

...?)


Si anak menjawab dengan nada terputus putus

kerana sudah tidak dapat

bertahan dan

masanya sudah hampir

tiba....

"sebabnya .........saya.. saya....

saya...."

*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan

nafasnya hilang. Si anak

sudah meninggal sebelum

sempat memberitau bapanya

tentang bola hitam & bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup

bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku

yang cuma bercerita, lagi la tak

tau ape ape... MACAMMANA NI? Kecewa jugak

nih.

Isk!Isk! Isk!........ ...Rasa macam nk tumbuk je orang yg mula2 forward kt gua

forward kat gua


P/S :

Amacam rasa..... Takkan gua nak jadi korban sorang2 je kan

Thursday, August 4, 2011

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Al-Mubarak


Semalam bermula lah bulan Ramadhan iaitu bulan untuk kita berpuasa. Kejap je masa berlalu tup tup dah puasa :) Harini dah masuk hari kedua berpuasa. Masih tak telambat lagi untuk aku wish selamat berpuasa kan ? So just nak wish Selamat Berpuasa & Selamat Menambahkan Amal.

Semoga kita segala urusan kita masa bulan puasa ni dipermudahkan, di berkati dan juga dirahmati. Semoga kita semua sempat menyambut bulan Ramadhan ni dari awal sehingga lah akhir. Jaga mulut, jaga mata, jaga hati, jaga nafsu, jaga minda, jaga badan, jaga diri dan segala galanya. Jangan tak jaga pulak.

Amalkan membaca al-quran, solat terawih dan juga solat wajib tu bia cukup. Itu jelah kot pada hari ini. Selamat bersahur dan selamat berbuka. Buka tu biarlah berpada pada ye. Jangan ikut nafsu pulak. Byebye !