Holiday aku bermula pada hari jumaat malam, pukul 0830pm dengan menaiki bus Cepat Express yang double decker punya menuju ke Kedah Darul Aman :) so bergerak dalam pukul 0830pm dan sampai ke Changlun, Kedah pada pukul 0730am.
Fuhh lama gila kan ? Hahaha. Sampai sakit sakit badan semua sebab tidur pun dalam bus kan dengan kerusi yang agak keras sebab bus baru. Tu yang sakit sakit badan ^^ masa sampai tu terus have a breakfast kat 7Stars and makan roti kosong sama itu teh tarik sahaja.
Dalam pukul 0900 something pulang ke rumah sewa cousin saya, then tidur sampai pukul 0400pm baru bangun. Hahaha punya lah penat kan ? Lepas bangun tu siap siap mandi semua terus keluar makan dan berjalan jalan.
Mula mula pergi ke banda Changlun je, then last minute plan pergi ke Jitra untuk karaoke. Sekali pergi tempat tu dah nak tutup. So we're decided to go to Jitra Mall untuk tengok midnight movie.
We bought 2 tickets cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah yang pukul 1235am punya. Dah laa waktu tu time baru pukul 1000pm something so sementara nak tunggu tu kitorang pergilah karaoke kat situ. Sumpah kelakar & TAK best. Hanya kami je yang mengetahui. Haishh !
Then lepas tu kitorang pergi lah makan & pukul 1235am masuk dalam cinema and tengok movie tu. Movie tu masa mula mula takut gilaa tapi kelakar habis. So sila ramai ramai tengok ye movie tu ^^ Promote ni. Heee :D
Balik rumah dalam pukul 0230am then terus tidur sampai pukul 1100am. Hahaha gila lama kan tidur ? So hari kedua tak pergi mana mana sebab malam tu my cousin ada exam. So just keluar pergi makan sahaja :)
Hari ketiga pulak sehari suntuk berjalan ke Alor Setar. Konon nak gerak pukul 0900am tapi akibat terbangun lambat terus gerak pukul 1100am. Hahahaha. Then sampai sampai je di Alor Setar terus pergi Tesco untuk makan. Then jalan jalan.
Dekat Alor Setar taktau nak pergi mana. So hanya lepak lepak dekat mall & makan Big Apple je. Hahahaha. So dalam maghrib tu kami pergi ke Jitra semula. Konon nak jalan sana lagi. Tapi hanya pergi makan dan singgah Watson je kejap.
Lepas tu terus balik sebab tak tahan penat sangat. Sampai je rumah terus kemas kemas barang sebab esok pagi pagi nak gerak balik Segamat. So malam tu packing packing and masukkan barang sikit sikit dalam kereta. Then lepas tu mandi dan tidur.
*to be continue
No comments:
Post a Comment