Di hari yang mulia ini, dengan cuaca yang agak tenang dan kedengaran burung burung terbang berkicauan kerana kegirangan, gua ingin menyampaikan atau menceritakan aktiviti gua semalam. Semalam gua dan cousin cousin gua pergi buat outdoor photoshoot pengantin.
Yela kitorang semua tak pernah pergi outdoor photoshoot. So di kesempatan ini kitorang pun pergi lahh tengok. Sekurang kurang nya ada lah pengalaman kan ? Cousin gua, I mean pengantin perempuan ambil gua kat UiTM pukul 0200pm macam tu.
Then terus shoot pergi rumah dia sebab dia memerlukan make-up dan juga baju pengantin ye tuan tuan dan puan puan untuk meng-photoshoot-kan diri mereka (husband & wife laa). So sesampainya di ruma beliau, mak andam dan jugak photographer(S) sudah pun tunggu di luar pagar rumah.
So gua dan cousin gua yang sorang tu dengan tanpa segan silu terus shoot masuk rumah cepat cepat. Sementara menunggu pengantin bersiap, gua pun duduk duduk di ruang tamu sambil membaca paper sebab gua if duduk uitm tu dah macam masuk Akademi Fantasia dah sebab taktau pape pasal dunia luar.
Lepas dah tak senang duduk akibat dari punggung sudah jadi kematu, gua pun minum air sebab tekak gua dah mula ada tanda tanda kehausan dan rasa macam suara mulai hilang. Maka gua cepat cepat minum air Ribena yang dibuat oleh auntie gua.
Dalam pukul 0500pm macam tu barulah pengantin siap sepenuhnya. Baju yang pegantin pakai MAK OIII SENAHHHH *tiru gaya mak andam* cantik lah jugak sebab dia gaun kan. Feewiiitttt !!! Cair mak *tiru gaya mak andam lagi walaupun pundi kencing sudah mulai geli geli*
Lepas dah siap semuanya, kitorang semua (ada 8 orang semua sekali) terus shoot pergi our first location that is GRAND CANYON. Jangan terkejut ! Bukan kat overseas sahaja yang ada Grand Canyon ni. Segamat pun ada tawwwwwwww *muka bangga*
Tapi ada berita sedih ni gua nak bagitau, oleh kerana last pergi Grand Canyon time sekolah rendah sebab ikut Kem Kersani tu, maka kami semua pun lupa jalan nak pergi situ. So banyak kali laa kitorang sesat sampai terpaksa tanye orang orang yang duduk kat situ.
Harap je duduk Segamat dari kecik tapi jalan nak pergi Grand Canyon pun taktau. Takde lahh kitorang last pergi pun time bilaaa. So mestilah jalan dia pun dah tuka. Tu yang sampai sesat sesat tu *okay alasan yang sangat kukuh untuk dimaafkan*
Sampai je kat Grand Canyon tu. Ya Robbbiiiii !!!! Dah laa salah masuk jalan, kitorang terpaksa laa redah semak samun yang ada bermacam macam duri yang tajam yang halus dan segala yang lah. Nak taknak kene jugak redah sebab hari pun dah semakin lewat.
Very the adventure you ! Seronok sebab semuanya bekerjasama even kitorang tak rapat pun. Hahaha. Akhirnya sampai juga ke lokasi yang kitorang tuju tu. Even kaki gua luka, kasut gua rosak, gua tetap happy sebab scenery kat situ memang pergghhh tenang beb gua cakap ! Serious !
Then lepas dah habis photoshoot kat situ kitorang pun gerak lahh pergi Dataran Segamat pulakk. Sebab nak buat video cemane pengantin ni boleh knal semua. Yang jadi pengacara dia gua& cousin gua, ikah. Maluuuu sebenarnya gua that time.
Dah laa macam taktau nak tanye apa kan. So that time dengan tebalnya muka gua, gua pun tanya jela ape ape yang terlintas di kepala gua. Setelah selesai semuanya, gua dan krew krew (cewahh) pun terus pergi makan sebab perut dah mula memainkan lagu "RASA SAYANG HEY RASA SAYANG SAYANG HEY"
Before makan tu ada celebrate birthday Fiee that is tukang make-up pengantin. Taktau cemane kitorang boleh rapat dengan krew krew photographer padahal kenal baru jee. Tapi lepak macam dah lama kenal. Hahaha.
After makan tu, kitorang main snow spray !!! Cool & great benda tu. Sebab semua orang kena that time. So its fair right ? Dalam pukul 1130pm something kitorang pun bersurai and gua sampai uitm pukul 1200pm mcm tu laa.
And gua harini dengan excitednya nak bagitau yang gua tak pergi class sebab lambat bangun. Ish ishh. Habis azam gua yang pertama tak terlaksana sebab harini dah tak pergi class. Tapi takpe, gua akan cuba laksanakan azam azam gua yang lain dengan jayanya.
Btw, sabtu ni gua ada TIGA test ye kawan kawan iaitu Financial Accounting, Cost Accounting & Computerized Accounting. So gua nak mintak kerjasama you all semua supaya doakan gua dapat A dalam subject(S) ni semua. If tak dapat A pun dapat LULUS pun jadi lah. Tolong ye semua. Sekian terima kasih.
xoxo,
FA
No comments:
Post a Comment