Saturday, April 30, 2011

Tick Tock


TAK SABAR NAK HABIS FINAL !!!! CEPAT LAH HABISS. PENAT LAHH STUDYYYY JEE. I WANT TO ENJOYY !

Friday, April 29, 2011

Final Week

PLUS
PLUS
EQUAL TO

Stress sebab final punya pasal =.=

Lizard


Gahhhhhhhhhhhh ! Today kat entry ni aku nak luahkan perasaan ketidakpuasan hati aku ni terhadap binatang yang bernama CICAK or LIZARD ni. Sumpah aku benci sangat cicak. Sangat benci sampai aku taktau nak describe betapa bencinya aku dengan cicak ni.

Mane aku tak benci dia suka kot kacau aku setiap kali aku ngah duduk bersenang lenang. First is time aku tengah study, tiba tiba dia bunyi bunyi bising kat dinding sampai hilang focus aku nak study. Geram gilaaaa weh waa cakap luuu

Kedua, time tu aku tengah online, then tiba tiba kat ceiling atas ni diorang boleh plak main wrestling wrestling sampai salah sekor nya tu terjatuh masuk dalam bag makanan aku. Sumpah aku marah gilaaa kot that time. Tapi at the same time geli nak keluarkan cicak tu. So aku keluarkan lah satu satu makanan aku sampai dia keluar sendiri dari bag tu. Kesimpulannya, sila tutup zip bag makanan anda kalau tak nanti dia masuk :D

Ketiga, time aku tengah online, dia suka mengendap aku dari notes board tu. Hello cicak, kau ingat kau comel sangat ke nak main cak cak dengan aku ? Aku sikit pun taknak tengok muka kau. You are SUPER DUPER DAMN UGLY CREATURES THAT I EVER SEEN !!!!!!!!

Keempat, ni yang baru je terjadi ni. Sangat lah aku geram plus sakit hati ni. Tadi aku makan mee Pama dengan minum nescafe. Then rasa macam sakit perut so aku pergi laa toilet. Then lepas aku balik bilik tu aku pun sambung laa online macam biasa. Sekali tuuuuuuuuuuuuuuu

Cicak tu keluar dari cawan dengan muka yang puas kott dapat minum nescafe. And that time tuhan je tahu betapa bencinya aku terhadap cicak ni. Terus aku rasa gahhhhh !! tensionnya aku dengan cicak ni. Kenapa mesti dia ada dalam hidup aku ?!

Begitu lahh kisahnya kenapa aku benci sangat cicak. So I just want to say "I SWEAR TO GOD THAT I HATE LIZARD SOO MUCH !!!" Untuk cicak cicak sedunia kalau jumpa saya cepat cepat lah lari ye sebab if tak AKU AKAN CINCANG KORANG SAMPAI LUMAT ~

Thank you !

Sunday, April 24, 2011

Berangan


Bila tengok profile aku yang kat atas ni terasa diri ni dah bekerjaya and dah ada family dah ;D Mana taknya, tengok laa tengok ada syarikat sendiri, status dah married. Okay sila lempang aku sekarang sebab aku dah mula berangan tak tentu pasal.

Gahhh bila aku nak kawen ni ? Penat laa study tak habis habis. Cepat laa masa berlalu, aku nak jadi perempuan yang bekerjaya ni. Farihah, sila study sekarang. Kejap lagi kau ada paper. Sempat lagi kau update blog dengan menceritakan angan angan kau yang tinggi melangit tu. PERGI STUDY SEKARANG !!!!!!!! Kbye =.=

Friday, April 22, 2011

FINAL EXAMINATION

Besar kan tajuk entry kali ni ? Sebab gua berasa sangat takut now untuk amek final sebab target gua tinggi dan gua nak sangat capai target tu. Hope semester ni ape yang gua target tu tercapailah. Bukan berangan but betul betul kempunan nak capai target tu. Korang rasa if korang tengok cara gua study ni, gua boleh dapat DEAN LIST yang macam gua impikan ni tak ?

Target gua tinggi kan kan ? Doakan laa cita cita gua ni tercapat ^^


See ? Ni lah cara gua belajar. If meja tu tak penuh tak sah !


JADUAL FINAL GUA
AIS280 - 21 April 2011 [DONE !]
MAF280 - 24 April 2011
FAR250 - 26 April 2011
ECO211 - 1 May 2011

Lepas tu gua boleh cuti cuti malaysiaaaaa !

TERIMA KASIH

Monday, April 18, 2011


Harini air mata aku jatuh sebab dah tak mampu dah nak tahan.
Aku pun taktau kenapa lately ni aku dah tak sekuat dulu.
Sebab pendinding aku dah semakin jauh kot dari aku :)
Aku cuba untuk kuatkan hati.
Tapi tak boleh sebab aku rasa dia semakin jauh dengan aku
Barangkali cuma perasaan aku mungkin :)

Hati, jangan lahh macam ni.
Ini cuma salah faham je.
Dan benda ni akan pulih seperti sedia kala
Jangan laa risau hati.
Kalau dia jodoh kau, tak kemana.
Kalau kau sayang dia just go with the flow

Hati, jangan lah kau berubah
Sebab aku taknak kau berubah sedikit pun
Hati, tolong bersifat terbuka dan terima ape jua benda yang berlaku
Hati, tolong terima dengan tabah
Hati, tolong cakap kat dia aku sayang dia
Hati, tolong bagi dia faham perasaan aku

Mata, tolong berhenti mengalirkan airmata
Sebab nangis tak boleh nak selesaikan semuanya
Mata, tolong bagi dia pandangan yang aku betul2 sayangkan dia
Sebab hati aku tak mampu untuk bercakap kat dia
Mata, tolong bagi dia percaya aku cintakan dia
Sebab kata kata aku tak mampu untuk membuatkan dia percaya bahawa aku sayangkan dia.

p/s: awak hati saya tak pernah berubah terhadap awak. Demi tuhan, percayalah :')

Changed



He's changed.
Totally changed.
And he's changed because of me.
All the problem comes from me.
And it is true.
I'm the one who supposed to be blame.

I miss him.
The old him.
I always dream about him.
I mean the old him.
Every second, every minute I always think about the old him.

I MISS THE OLD US MY DEAR !

Ouhh i wish this will be end as soon as possible.
Cause i can't stand it too long.
Seriously i can't.
God, please help me, him, us

Thank you ;')


Saturday, April 16, 2011

Final Class For This Semester

pergi class untuk yang terakhir kalinya ^^


Berakhir sudah semester empat aku kali ni. Next sem dah FINAL YEAR. Woohoo ~ Dah semakin hampir untuk grad ! Sungguh tak sabar :) Hope semester ni aku dapat good result. Target untuk sem ni ? DEAN LIST ! Amiiiinnnnn ~

So lastly nak cakap to all accounting student especially for JAC1104C, nak mintak maaf seandainya ada kekurangan ke terkasar bahasa ke tersentuh hati or mane mane perasaan ke terambil barang secara sengaja or tak ke. Harap dimaafkan ye ! Semoga semester ni kita semua dapat DEAN LIST satu class !

Goodluck korang untuk final nanti. Buat yang terbaik tau. Make our lecturers proud with us ! I know we can do it ! Chaiyok chaiyok ! Ehh one more, nak ucap thanks sangat sangat sebab sudi ajar aku dari tak faham jadi faham semua semua lah. Thanks sangat tau ! Sayang korang semua ;)

Sunday, April 10, 2011

Jar Of Heart



Hahahaha post kali ni aku nak letak lagu yang aku cover sendiri. And aku tawu suara aku tak sedap. Macam suara ong kedek kedek. Dah diam jangan kutuk aku lagi. Sekurang kurangnya aku mencuba bak kata Fikry ^^

So lagu ni aku rasa macam senang kot nak buat cover sebab lagu ni takde lah tinggi mana. Sebab aku ni tak boleh cover lagu tinggi tinggi sangat. Maklumlah orang nye pun kecik cemetot je =.= Okay berhenti cakap soal ketinggian sebab hal tu VERY SENSITIVE !

Lagu dalam video ni ialah lagu Christina Perri. Tajuk lagu dia ialah Jar Of Heart. Sorry Christina Perri I broke your song ! I didn't mean it. I'm just trying *angel face* Sebab lagu ni best ! Sangat best ! And i wish i can sing this song when i have a guitar *wootwoot*

So letsss cekedoutttt !!!

Thursday, April 7, 2011

Tuhan, Dengarkan aku

p/s : Aku pendek :|


Tuhan, dengarkanlah aku
Aku cinta dia.
Tuhan, dengarkanlah aku
Aku tak mahu kehilangan dia.
Tuhan, dengarkanlah aku
Aku mahu kau jagalah dia.
Tuhan, dengarkanlah aku
Aku mohon kau berilah dia kesihatan yang baik.
Tuhan, dengarkanlah aku
Aku mohon kau kuatkan lah dia.
Tuhan, dengarkanlah aku
Aku mahu kau bahagiakan lah dia sebagaimana dia bahagiakan aku.
Tuhan, dengarkanlah aku
Aku mahu kau permudahkan lah kehidupan dia.
Tuhan, dengarkanlah aku
Aku sayangkan dia.
Tuhan, dengarkanlah aku
Aku rindu dia.
Tuhan, dengarkanlah aku
Aku mohon kau tunaikan semua permintaan aku ke atas dia.
Terima kasih tuhan :')

Wednesday, April 6, 2011

April 2011





Get more pictures in my Facebook later :P


Sunday, April 3, 2011

Budak Zaman Dulu VS Budak Zaman Sekarang

Gua rindu budak kecik atas ni. Dah lama tak jumpa dia. Serta adiknya juga


Cuba yuollss tengok sekeliling korang. Beza kan budak kecik sekarang dengan time kite dulu dulu ? Yelaa sekarang kan dah zaman moden. Mestilah beza kan ? Tapi nampak kan perbezaan dia ? Apa ? Tak nampak ? Dasar suka duduk bawah tempurung betul =.=

Okay pada yang tak nampak tu meh cheq nak habaq mai sikit perbezaan antara budak zaman dulu dengan zaman la ni (sekarang). Kalau ikutkan gua dulu dulu time hingus meleleh, pakai baju senget sebelah nampak bahu, pakai seliper sebelah lain sebelah lain, gua selalu main masak masak dengan jiran sebelah rumah gua. Gua selalu jadi ANAK YANG COMEL ^^

Tapi sekarang, cuba korang tengok budak budak kecik yang hingus meleleh kesat pun tak betul sekarang ni. Dah main FACEBOOK beb ! Siap main games kat application kat FB tu lagi. Gua sendiri pun tak reti main games kat FB tu. Selalu tanye adik adik gua cemane nak main.

Nampak tak diorang lagi membangun dari kita ? NAMPAK TAK ? Nammmpaakkk (suara orang ramai menjawab). Haaa itu baru satu. Kite tengok pulak yang lain. Dulu masa gua kecik kecik gua selalu main conteng conteng buat luahan hati kat dalam diary je.

Tapi budak sekarang ni, umur 12 tahun (paling kecik kott. Ke ada yang lagi kecik itu gua taktau lah kan) dah ada blog sehhhhhhh. Maju ke hadapan betul laa budak budak kecik zaman sekarang ni. Gua dulu main congkak je sambil duduk bersimpuh je kat luar rumah.

Tapi budak sekarang duduk dalam rumah mengadap PC or laptop 24/7 dengan bunyi ketuk ketuk (keyboard) tu dengan muka yang serious men'reply' notifications yang ade kat FB or update blog. Tapi kalau kau nak tengok muka diorang yang lagi serious, kau tengok muka diorang baru lepas bangun tidur dengan tak gosok gigi & basuh muka terus online. HAHAHA

Actually banyak perbezaannya time kite kecik dengan budak kecik zaman sekarang. Gua tak sempat laa nak investigate yang lain lain sebab busy test. Harini pun gua ade test ni kejap lagi. Pukul 2 subject FAR250. Tapi nampak tak gua boleh relax dengan tak study terus update blog dengan berlagak macam takde pape yang berlaku harini ? Nampak tak yang gua ni sangat berdedikasi dan boleh berjaya ? (dalam hati menangis sebab risau tapi taknak study)

Tu jela kot post pada hari ini ye kawan kawan. Kalau ada sumur di ladang, boleh lah kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang bolehlah kita berjumpa lagi. Gua taktau laa pantun ni betul ke tak. Gua main type je ni. KBYE !

Saturday, April 2, 2011

Marcoeconomics (chapter 4)

Definition of money - money is defined as anything that performs the functions of money

Quality of money - acceptability, durability, scarcity, recognizability

Function of money - medium of exchange, measurement of value, store of value, standard of deferred payment

Concepts of money - fiat money, legal tender, token money, commodity money

Money demand - transactionary motive, precautionary motive, speculative motive

Function of commercial bank - accepting deposits from customers, providing loans and advances, providing financial services

Non bank financial institution - financial companies, islamic banks, merchant banks, non bank financial intermediaries, tabung haji

Sekian terima kasih

Friday, April 1, 2011

Aku Sebatang Aiskrim


Nama aku adalah Trophy. Aku dilahirkan di kilang aiskrim. Aku berperisa Vanilla dan disaluti coklat di luarnya. Aku mempunyai ramai adik beradik. Setelah aku siap dibuat, aku di hantar di kedai kedai untuk dijual.

Pada suatu hari, pekerja tempat aku dilahirkan telah menghantar aku ke sebuah kedai kecil yang bernama Unimart yang terletak di dalan UiTM Johor. Di situ aku telah berjumpa ramai kawan kawan baru yang bermacam macam bentuk dan rupa.

Aku mula berasa suka kerana aku boleh belajar berdikari. Aku tinggal di dalam Igloo (peti tempat simpan aiskrim tuu) kerana aku tidak boleh kena panas. Nanti aku akan cair. Aku duduk di dalam Igloo tu bersama rakan rakan aku yang lain dengan perasaan yang gembira.

Pada suatu hari, datang seorang perempuan comel ke Unimart untuk membeli aiskrim. Beliau pun membuka pintu igloo dan membelek belek aiskrim yang mana beliau mahu beli. Dan akhirnya beliau tertarik denganku.

Gadis itu membawa ku ke kaunter lalu membayar ku dengan harga Rm2.20 dan membawaku keluar. Hatiku riang tak terkata kerana aku telahpun mempunyai tuan. Aku berazam untuk berkhidmat dengan tuanku sebaik mungkin.

Tuan baruku membuka balutan yang ada pada diriku lalu bercakap "laa dah patah laa pulak coklat2 dia ni" aku berasa sedikit sedih di situ kerana aku tidak dapat membuat tuan ku berasa gembira. Tapi tuanku tetap juga makan aku.

Semasa beliau sedang berjalan pulang ke kolej sambil memakan aku. Tidak sampai beberapa minit tiba - tibaaaaaaaaaa "pelepek !!" aku terjatuh lalu tuanku berkata dengan perasaan kecewa "alamak aiskrim aku terjatuh"

Aku tidak mampu berbuat apa apa kerana badanku mulai cair. Aku melihat tuanku berasa sangat sedih. Aku hanya mampu melihat tuanku beransur pulang tanpa menghiraukan aku di atas jalan tar. Sisa sisa hidupku hanya berakhir di jalan tar sebaik sahaja sebuah kereta kancil melenyekku.

Begitu lah kehidupan aku sebagai sebatang aiskrim Trophy yang berperisa vanilla. Tetapi selama aku hidup, dapat juga aku berkhidmat untuk tuanku walaupun hanya cuma seketika sahaja. Itu pun sudah memadai padaku. Sekian terima kasih.

P/s : aku stress sebab aku tak dapat nak habiskan aiskrim tuuu ! T_T