Monday, January 31, 2011

Banjir part II

Harini hujan sangat lah lebat sampai semua tempat ditenggelami air termasuk rumah aku. Haishh. Penat sungguh tadi aku mengemas barang. Dah macam nak pindah dah. Tapi sebenarnya rumah aku pun masuk banjir.

Petang tadi sempat laa jugak aku & family pergi giant beli barang2 untuk persiapan banjir. That time still okay lagi. I mean air tak naik tinggi la. Sempat jugak la melepak berbual bual dekat rumah cousin aku yang kat segamat baru tu.

Then time on the way nak balik tu air dah kat jalan dah. Memang cuak jugak. Cuak sebab takut tak lepas nak balik rumah je. Even dekat pun tapi air naik laju gila. Serious laju gila naik. Then before balik rumah tu pergi singgah dekat bandar utama kejap. Tempat tu pun dah naik air.

Pastu pergi dekat kampung tengah plak. Nak masuk kampung tengah pun dah tak boleh dah sebab dah banjir. Then sampai rumah tengok air dah dekat dengan tembok rumah dah. Lepas tu just buat macam biasa jela even risau pun.

Then lepas maghrib tu tengok dekat jalan depan tu dekat area jauh jauh sket dah banjir dah padahal petang tu baru je lalu. Cepat betul air berlalu ^^ Tadi dalam pukul 10.30++ kot air dah start kat paras2 simen rumah dah.

Apa lagi masing masing kelam kabut kemas barang semua and now air dah start masuk rumah dah. Haiiyoo lepas ni susah laa nak mandi semua. Takkan nak mandi hujan kot ? Taknak aku. Hahaha. Tapi seronok banjir ni sebenarnya. Cuma penat jela nak mengemas segala.

So nak ucapkan takziah kepada sesiapa yang rumah dia tenggelam teruk dek banjir. Ada hikmah atas segala yang berlaku. Harap bersabar ye :) Aku rasa banjir kali ni macam banjir time 2006 dulu. Tapi yang ni macam lagi teruk je sebab semua cakap macam tu.

Apa apa hal pun kita berdoa jela agar takde nyawa nyawa yang melayang untuk banjir kali ni. Ouhh bumi Segamat jangan lah sedih. Kitorang sayang kau la :P Byebye !

Friday, January 28, 2011

Banjir

Memandangkan Segamat hujan tak berhenti, air di sungai telah naik dengan mendadak sekali. Serious ! Ini bukan tipu, bohong atau pun rekaan semata mata. Ini semua adalah kebenaran dan nyata ! Hahahaha.

Segamat telah hujan sejak hari Selasa haritu and tak berhenti selama dua hari. Hujan dia takdelah lah lebat mana tapi tak berhenti lah. So itu menyebabkan air Sungai Segamat naik mendadak. Kawasan kawasan yang rendah jangan cerita lah kan. Memang tenggelam dah.

Semalam pulak ingatkan hujan dah berhenti sebab pagi tu matahari dah keluar. Matahari tu keluar kejap je. Then tiba tiba time nak pergi clas pukul 8 tu tiba tiba hujan renyai renyai. Then berhenti balik. Kiranya hujan sekejap sekejap jela.

Sekali malam tadi hujan lebat gila and until now tak berhenti. Dah tergendala hajat saya untuk menderma darah buat kali kedua tidak kesampaian T_T Nasib baik sekarang saya sudah berada di rumah.

Kalau lah jalan dari uitm menuju ke rumah saya tu tenggelam dek banjir, alamatnya saya bercuti dekat uitm jela *tak dapat bayangkan betapa sedihnya* Tapi saya bersyukur sebab saya dah kat rumah. Yay ! *lompat galah*

Ni haa makcik kat kabo sikit ni. Belakang rumah makcik dah banjir dah haa. If korang pergi rumah makcik, korang akan ingat belakang rumah makcik tu sungai. Tapi hakikatnye bukan sungai tapi banjir. Haaa.

Segamat sekarang hujan teruk jugak laa. Maybe sebab effect monsoon kot. Sebab selalunya awal tahun memang Johor akan hujan je. Tapi selalunya tak lah seteruk kali ni. Jangan jangan nak banjir teruk lagi kot. Opss !

Sebab semua orang kata bandar segamat dah naik air dah. Weh jangan lahh banjir macam dulu lagi ! Darurat habis wehh. Makan pun tak seberapa. Dengan elektrik & air takde. Okay air banjir tu banyaklah. Tapi boleh bayangkan tak ? Cepat sila bayangkan sekarang betapa susahnya aku nak makan that time =='

Harap harap kali ni banjir tak lag seteruk macam beberapa tahun yang lepas. Tak sanggup macik haa ! Tu jelah aku nak bagitau untuk kali ni. Perkembangan selanjutnya akan diberitahu kemudian. Aku akhiri post aku dengan gambar gambar banjir di belakang rumah aku. Byebye !



















Thursday, January 27, 2011

Hampa

Sekali lagi aku dilanda kehampaan sebab tak dapat jumpa DIA. Aiseh ! Sumpah tension gila sebab dah plan lama then sudden tak jadi sebab atas alasan2 yang tak dapat dielakkan. Nak mencarut bagai pun tak guna sebab benda tu takkan terjadi pun if mencarut.

So nak taknak terpaksa sabar menempuhi dugaan yang ada ni. Nak marah pun tak gune sebab bukan salah sesiapa pun. Dah Allah nak bagi problem macam tu so kene jela redha walaupun tak boleh nak rasa redha sangat lahh :P

So petang ni akan berpura pura happy pergi ke kelass MACROECONOMICS dengan assignment dia yang aku langsung tak buat sebab tak reti tapi redah jela. Dan barang dah kemas dan mungkin petang ni lepas habis class aku akan balik rumah.

Supaya hati aku akan rasa tenang melihat air air banjir kat belakang rumah aku memandangkan Segamat ni dah dua hari hujan tak berhenti sampai Labis masuk berita sebab banjir. Muahahaha. Tapi Alhamdulillah harini cuaca dah semakin membaik sebab hujan dah berhenti.

Eh nampaknya aku dah semakin lari dari tajuk sebab hati dan perasaan sedang berada dalam keadaan yang gundah gulana bukan geli geleman yee. Harap maklum ! So sampai sini dulu lah celoteh aku. Now nak bersiap untuk pergi ke class dan buat FAKE FACE =='

P/s : DAMN IT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, January 25, 2011

Hari Ini


0645am : Bangun dan mandi.

0730am : Bersiap siap untuk pergi ke class MAF280

0800am : Class bermula dan tumpukan sepenuh perhatian kat dalam class sebab lecturer tu KELAKAR !

1000am : Class tamat dan pergi admin sebab nak tengok apa yang diorang jual kat booth2 kat situ dan selepas itu pergi ke bilik lecturer untuk buat validation. Tapi sayangnye setelah tunggu lama lecturer tidak juga muncul. Lalu pulang ke kolej dan makan tengah hari ^^.

1100am : Bukak lappy dan online.

1200pm : Pergi ke class semula

0200pm : Pergi jumpa novelist then balik dan tidur. Tidur lama sebab hujan ^^

0600pm : Bangun dan online dan makan

0756pm : Masih lagi duduk depan lappy.

0830pm : Buat assignment :)

Sunday, January 23, 2011

Missing


Hahahah. Just wanna say that I am truly miss him like hell okay now. Oh God please be nice to me. I wanna meet him. Please please please :)

Thursday, January 20, 2011

MELAKA


Okay lama sudah tak update blog kan kan ? I busy lol sebab class dah start kan ? Tu yang jarang nak post kat blog ni plus tade benda yang nak diceritakan lahh. So just nak cakap on 15 January 2011 aritu aku dan rakan rakan pergi ke Melaka untuk berjalan jalan sekali gus celebrate birthday one of our friends.

So gerak dalam pukul 8.00am from university. Then pergi ke sana dengan menaiki bus kerana kawan kawan takut untuk drive pergi sana ==' So beli tiket dalam pukul 9.30am kott. Lupa lah. Then sampai dalam pukul 12.00pm. Lama gila okay ! Sumpah time tu je dah penat. So just lepak Mahkota Parade je. Tak pergi mana mana pun sebab nye kereta sik ada.

Then balik pukul 0430pm then sampai di university pukul 0600pm. Damn tired ! Malam tu memang tidur quite cepat jugak laa. Ingatkan malam tu nak buat assignment ke kan but got no mood lah. So just kroohh kruuuhh kroohhh :P

So I just wanna say trip to Melaka was
O-KAY

Wednesday, January 12, 2011


Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself.

Tuesday, January 11, 2011

candid


Hahah entry ni nak cakap pasal gamba candid. Aku tak banyak pict candid actually. Tapi nak jugak tunjuk. Sebab boring kan so belek2 laa folder dalam lappy ni. Then terjumpa la jugak pict candid. So ni yang nak tunjuk you all ni. Sila tengok muka muka mereka ye :P




Doa

Tuhanku

Dalam termanggu

Ku sebut nama-Mu

Biar susah sungguh

Mengingati Kau

Penuh seluruh

Tuhanku cahaya-Mu panas suci

Bagai kerdip lilin

Di kelam sunyi

Tuhanku

Aku hilang bentuk

Kembara di negeri asing

Tuhanku

Pintu-Mu ku ketuk

Aku tak bisa berpaling

Monday, January 10, 2011

Changing


Terasa semakin hari dia macam semakin berubah. Aku tak tahu lah kenapa. Aku taknak tanye apa ape. Sebab nanti boleh menimbulkan salah faham dan akhirnya tercetusnya perang. Tu yang aku malas. Kejap kejap nak gaduh. Engat aku ni ape nak gaduh je sepanjang masa.

Aku banyak lagi kerja nak buat dari bergaduh dengan kau je. Tapi an sekarang aku rasa macam kau dah lain. Aku pun taktau ape yang lain tu. Tapi aku terasa laa yang kau ni dah lain sekarang. Luangkan masa kat aku sikit je. Lepas tu kau sibuk dengan kerja kerja kau.

Tapi takpe, aku faham. Kau banyak kerja yang nak diuruskan. Dan aku pun menolak perasaan marah or whatever yang ada dalam diri aku ni dengan berfikiran positive je. Sebab aku taknak lah ade salah faham lagi antara kita. Kalau boleh aku taknak langsung bergaduh dengan kau.

So just nak cakap sorry banyak banyak if ada terguris perasaan ke kecil hati ke marah ke dan segala gala yang tak baik aku nak mintak maaf lah ye. Hope kita tetap bersama sampai bila bila. Panjang umur kita jumpa lagi. Sekian, terima kasih

Love,
FA

Saturday, January 8, 2011

New Post


Teehee. Actually taktau nak update ape sebab takde topic nak diceritakan. Now aku dah kat rumah. Bukan dekat UiTM di hatiku tuu. Semalam petang aku balik. So harini hanya merehatkan diri di rumah je :)

Bulan ni banyak habis duit. Beli buku lahh (wajib !) beli shawl laa beli baju laa. Dan yang paling mahal beli handbag ! Maklumlah dah semakin matang kan so kene laa try jadi keperempuanan sikit. So beli lah handbag. Polo lagi okay colour coklat ^^

Beli dekat my cousin. If you all nak beli branded handbag or branded perfume sila lahh add dia dekat facebook. Nama dia Norhafiza Ayob. Or pegi ke website dia http://all-branded.blogspot.com/

Kakya, farihah dah promote ni. Nanti bagi komisyen sket ye (gurau je !). Esok nak balik dah. Haishh malasnye ! Esok nak pergi Melaka (yay !) sebab nak hantar adik aku yang second tu balik ke asrama dia semula. So dapat lah jalan jalan.

Tu jela nak bagitau kot. By the way, seminggu pertama start kuliah ni was okay laa semuanya. takde problem apa apa lagi. Harap harap dijauhkan lah sagala masalah masalah yang boleh menjejaskan study aku. Sekian, terima kasih.

Friday, January 7, 2011

Life


Some people might say life sucks
or life is full of shit
While other people say life is beautiful
or life is full of surprises
I must say, I agree with all those
Life is whatever you think of it..and everything you think of it
Life is what you make it of it and what you say of it.

Life is about sadness
Life is about happiness
Life is about pain
Life is about loss
Life is about smiling
Life is about crying
Life is about love
Life is about laughter
Life is about learning from your mistakes
Life is miserable
Life is horrible
Life is dumb
Life is awesome
Life is depressing
Life is tears
Life is sorrow
Life is anxiety
Life is Bullshit
Life stinks
Life sucks
I could go on and on and tell you all about life
But I'm not here to sort this out for you
'cuz..
Life is all about you and how you treat it
You criticize it...well, you're actually criticizing yourself
You like it, you hate it..well, its all up to you
Life is you so be careful how you describe it

Tuesday, January 4, 2011

Touching

Saje je nak share cerita dari Oh!Tidak ni. Cerita ni buat aku touching sekejap. Sangat menyayat hati bagi aku. Cerita ni cerita benar yang berlaku di China last year akibat gempa bumi yang melanda kat negara tersebut. Bayangkan betapa sanggupnya ibu baby ni berkorban nyawa untuk keselamatan anak dia.

So ingatlah wahai anak anak. Hargailah kedua ibu bapa anda selama mereka hidup di dunia ni. Jangan lah nanti korang menyesal tak sudah if tak dapat masuk syurga di akhirat kelak. Sayangi lah mereka sebagaimana kau menyayanginya lebih dari diri kau sendiri :)

Monday, January 3, 2011

First Day


First day duduk di UiTM Johor ni rasa sangat lah lain. Plus dengan bilik baru yang yang ==' taknak lah cakap best ke tak. Bilik 4 orang. So faham faham sendiri lah cemane. Privacy pun takde. Susah nak buat pape. Haishh. Nak mengeluh pun tak guna.

Now jam menunjukkan 1119 waktu Malaysia. Am ye bukan Pm. Nak cerita malam tadi tidur tak lena. Sebab ? Tak biasa lagi kot. Selalu memang macam tu. First day kat UiTM memang akan tidur tak lena.

So every one hour mesti akan terbangun ^^ So pagi tadi pergi ke kelas dengan mata yang agak kuyu dan layu. Kalau bunga tu kan sipi sipi lagi dah nak mati dah. Tapi oleh kerana harini hari pertama kelas. So tak belajar lagi.

Nak bagitau yang tadi class pukul 0800. Kelas subject AIS280 iaitu subject Computerized Accounting. Susah ke tak ? Aku tidak tahu kerana belum mempelajarinya pun. Hahaha. Tadi just tengok sub sub topic dalam subject tu je.

Ouh yeah ! Banyak dalam computer lab. So sangat lah tak merasa boring sangat if ada komputer di depan mata. Then subject ni kene blaja MYOB. Denga macam okay. Tapi tatau lah okay ke tak kan. Mudah mudahan senang lah kan ^^

Lokasi sekarang hanyalah duduk di bilik dan online sahaja sementara menunggu kelas seterusnya iaitu pada pukul 1410 until 1750. That subject pun quite tough i think. Macroeconomics & Financial Accounting 4. Haa dah level 4 dah Financial Accounting aku. Sungguh tak ku sangka ^^

Hope this sem saya dapat score semua subject supaya saya dapat duduk di bilik depan semula. Doakan saya ye kawan kawan (hugs & kisses !) Okay lah sampai di sini saja bebelan saya pada hari ni sebab mata dah mula berat.

Nak gain energy balik untuk next class biar nanti tak terpinga pinga & blur time lecturer membebel. So bye bye semua & have a nice day. And dream too (woot woot !)

Saturday, January 1, 2011

2011


Byebye 2010, nice to meet you & you'll be my memory. A lots of memory yang ada kat 2010 ni. Ada yang best ada yang tak best. Ada yang sedih jugak. Tapi semua tu boleh dijadikan kenangan buat kita kan kan ? So lepas ni kita hendaklah bertindak seperti orang yang matang ! Yeah matang !


Hello 2011, please be nice to me & please bring some happines to me. 2011 ? OMG aku dah 20 kot. No more number ONE kat depan. Haiyaa ! Maksudnya aku ni dah semakin tua. Ehh bukan semakin tua tapi semakin membesar dan matang (tanak jugak tu mengaku dah tua).


So nak say sorry if saya ada buat salah selama tahun 2010 ni berlangsung. Harap lahh dimaafkan ye. Lupakan benda lama dan buka lah buku baru (semester baru, buku baru jugaa sebab subjects pun baru). So marilah kita bermaaf maafan sesama insan ^^


Azam tahun baru aku ? Aku tak reti nak berazam laa. Sebab selama aku azam tak pernah nye tertunai. So tahun ni taknak lah azam. Just nak niat je. Eh sama ke tak ehh niat dengan azam ? Hahaha. Pape jela. Actually, azam aku tahun 2011 masih difikirkan lagi ^^y


Lastly, i love you 2010 & thank you for be the nice year. To 2011, jangan nakal nakal sama saya ya ! :)