Friday, April 1, 2011

Aku Sebatang Aiskrim


Nama aku adalah Trophy. Aku dilahirkan di kilang aiskrim. Aku berperisa Vanilla dan disaluti coklat di luarnya. Aku mempunyai ramai adik beradik. Setelah aku siap dibuat, aku di hantar di kedai kedai untuk dijual.

Pada suatu hari, pekerja tempat aku dilahirkan telah menghantar aku ke sebuah kedai kecil yang bernama Unimart yang terletak di dalan UiTM Johor. Di situ aku telah berjumpa ramai kawan kawan baru yang bermacam macam bentuk dan rupa.

Aku mula berasa suka kerana aku boleh belajar berdikari. Aku tinggal di dalam Igloo (peti tempat simpan aiskrim tuu) kerana aku tidak boleh kena panas. Nanti aku akan cair. Aku duduk di dalam Igloo tu bersama rakan rakan aku yang lain dengan perasaan yang gembira.

Pada suatu hari, datang seorang perempuan comel ke Unimart untuk membeli aiskrim. Beliau pun membuka pintu igloo dan membelek belek aiskrim yang mana beliau mahu beli. Dan akhirnya beliau tertarik denganku.

Gadis itu membawa ku ke kaunter lalu membayar ku dengan harga Rm2.20 dan membawaku keluar. Hatiku riang tak terkata kerana aku telahpun mempunyai tuan. Aku berazam untuk berkhidmat dengan tuanku sebaik mungkin.

Tuan baruku membuka balutan yang ada pada diriku lalu bercakap "laa dah patah laa pulak coklat2 dia ni" aku berasa sedikit sedih di situ kerana aku tidak dapat membuat tuan ku berasa gembira. Tapi tuanku tetap juga makan aku.

Semasa beliau sedang berjalan pulang ke kolej sambil memakan aku. Tidak sampai beberapa minit tiba - tibaaaaaaaaaa "pelepek !!" aku terjatuh lalu tuanku berkata dengan perasaan kecewa "alamak aiskrim aku terjatuh"

Aku tidak mampu berbuat apa apa kerana badanku mulai cair. Aku melihat tuanku berasa sangat sedih. Aku hanya mampu melihat tuanku beransur pulang tanpa menghiraukan aku di atas jalan tar. Sisa sisa hidupku hanya berakhir di jalan tar sebaik sahaja sebuah kereta kancil melenyekku.

Begitu lah kehidupan aku sebagai sebatang aiskrim Trophy yang berperisa vanilla. Tetapi selama aku hidup, dapat juga aku berkhidmat untuk tuanku walaupun hanya cuma seketika sahaja. Itu pun sudah memadai padaku. Sekian terima kasih.

P/s : aku stress sebab aku tak dapat nak habiskan aiskrim tuuu ! T_T

2 comments:

Misz Nhh_1488 said...

saya sebatang aiskrim..haha
saya as your cikgu bahasa malaysia akan memberi awak markah seratus satu peratus.timakasih

Farihah Abdullah said...

sama sama