Tuesday, May 31, 2011

Third Year


Alhamdulillah. Aku sekarang dah masuk third year dah. This semester is my 5th semester. So tinggal lagi satu je semester untuk grab diploma :) Doakan aku grad on time ye semua. Today is my second day class for this semester.

Alhamdulillah everything is going so fine. Lecturer yang ajar aku for this semester pun quite okay. Tak berani nak kata apa apa sebab baru sekali jumpa diorang semua. Semester ni aku amik 7 subjects and kesemuanya tough tough belaka.

So if nak dapatkan DL kene laa struggle bersungguh sungguh kan ? Ouhh baru dua hari start class dah ada assignment :) Tapi buat time next class sebab lecturer ada yang takda. Then yang paling penting tak sabar nak tunggu Sabtu ni <3

Masa cepat laa sikit berlalu sebab tak sabar sangat dah ni. Hihihihihi :D Hope aku berjaya tempuh segalanya pada Sabtu & Ahad ni. Doakan aku selamat pergi dan balik ye :) Sayang korang semua. Muah muah LOL !

formspring.me

Farihah, I am asking you ... http://formspring.me/farihahlicious

Wednesday, May 25, 2011

Result

Stress bila tengok result :'(

Harini semua dalam blog semuanya cerita pasal result. Okay result aku tak la sebagus mana but still nak share jugak dengan korang. Aku sedih harini sebab semua kawan kawan aku dapat DEAN LIST. Aku je tak dapat. Serious sangat sedih kot. Jeles jugak :|

Aku mengharap sangat semester 4 ni dapat dean list (DL) sebab aku rasa sem tu subject subject dia okay semuanya. Tapi takde rezeki nak buat cemane. Sikit je lagi kot nak dapat DL. Semester tu ramai dapat DL. Sebab tu aku BIG JELES !

Sangat stress bila orang kata "result berapa ?" "alaa sayangnya. Lagi sikit je kott". Mula mula malam tadi tak boleh terima result macam tu. Tapi bila ramai yang cakap "takpe next sem ada lagi. Boleh cuba lagi"

Sedikit sebanyak boleh jugak lah terima kenyataan. Tapi bila bangun pagi and tengok Facebook semuanya status gembira sebab DL, aku kembali stress & jeles & segalanya lah sebab aku tak dapat.

Takpe Farihah, kau ada lagi dua sem. Nanti lagi dua sem tu kau pulun habis DL semuanya. Insya-Allah ! Amiin. Doakan aku ye semua :') And nak ucap ALHAMDULILLAH syukur kepada Allah kerana result aku makin lama makin naik.

Then jutaan terima kasih kepada ibu & abah sebab tak putus putus bagi semangat & doa. Juga buat kawan kawan biha, farah, shafika, nina, zuzu, nisa & semua crew crew yang terlibat nak ucap thanx sangat sangat sebab sudi nak ajar aku segala benda yang aku taktau :')

And to my Syazwan, sorry tak dapat DL laa. And thanx sebab tak jemu jemu support saya time saya down, time result saya teruk. Thanx sangat :) Hanya Allah je yang boleh balas jasa kalian semua. TERIMA KASIH !

Sunday, May 22, 2011

Wallpaper


Oleh kerana aku peminat tegar si REMY ISHAK ni. So aku pun buat la picture dia jadi wallpaper laptop aku. Sungguh mengkagumkan. Sangat tak sangka aku boleh minat dia sampai sebegitu rupa. Hahahahaha. Syazwan jangan marah ye :)

Thursday, May 19, 2011

Woohooo ~

I'm the winneerrrr

Tadi aku boring boring. Lepas tu aku saje saje laa scroll wall kat FB. Then ade satu fan page ni buat games. Aku dengan keboringan so aku pun jawab jela sebab aku dah tawu jawapan dia. Sekali tu tak sangka pulak aku orang first yang jawab dengan betul.

Sebab selalunya bila aku main aku mesti orang yang ke berapa puluh ratus juta ribu billion (okay tipu) orang yang jawab. Tak pernah pernah nak jawab dengan cepat macam orang orang yang selalu menang ni. Tapi harini aku dapat. Rezeki aku kot :P

Hihihi

So FB aku pun telah di promote oleh admin itu. Seriouss suka gila sebab dapat jadi orang first even menang tak dapat hadiah pun kan. Tapi who cares right ? Yang penting aku dapat beat guess yang lain. Wee ~ Ouh btw, thanx daddy sebab bagi saya pergi berjimba dengan kawan kawan saya ke Melaka.

Oii orang orang Melaka ! Here I come. Ouhh lupa kepada Bf saya yang ketiga iaitu Remy Ishak. Sabtu ni kita date ye. Tak sabar nak jumpa awak. Selalu tengok dalam TV je. Kali ni dapat jumpa betul betul. Insya-Allah.

Wednesday, May 18, 2011

Nur Kasih The Movie

Aww Remy Ishaakkk ! I LOVE U ! *melting*

Waaa aku nak pergi tengok movie ni kat wayang tapi ayah aku tak bagi. Sedih gilaa. Aku baru nak jumpa BF yang ke-3 aku si Remy Ishak tu T__________T Aku taktau kenapa dia tak bagi aku pergi Melaka dengan kawan kawan aku.

Bukan pergi sorang or berdua tapi ramai ramai kott. And takde reason why dia tak bagi aku pergi. Aku dah besar laa. Dah 20 tahun. Even cousin aku yang baru habis SPM tu pun dah dapat pergi mana mana suka hati dia je parents dia bagi.

Tapi aku ? Tak adil seyhh hidup macam ni. Serious tak suka duduk rumah ! Dah la boring boring boring ! Sure boleh gila punya. Tak tipu. BTW dah kenal label ANAK EMAK. Whadda F nak label aku macam tu !

Bukannya aku yang taknak pergi memane. Tapi parents aku ni yang tak bagi pergi. Ehmm if lepas ni dia tak bagi aku pergi mana mana serious aku taknak dah duduk rumah lagi. Sebab aku rasa macam duduk dalam penjara je !

NFA

formspring.me

Farihah, I am asking you ... http://formspring.me/farihahlicious

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru !

Disebabkan semalam ialah Hari Guru. So harini aku nak post entry untuk wish Happy Teacher's Day. Entry ni aku nak ceritakan sekolah aku dari aku kecik sampai laa aku sekarang ni. Actually antara adik beradik aku, aku yang sekolah paling awal. Umur 4 tahun kot aku dah start sekolah.

Aku rasa ni bukan logo sekolah tadika masa aku sekolah. Maybe dah tuka kott :/

Masa umur aku 4 tahun aku sekolah kat Tadika Abim kot. Aku pun taktau cemane nak eja dia. Hope korang tawu laa sekolah tu sekolah apakan. Hihihihi. Then umur aku 5 & 6 tahun aku sekolah kat Tadika Perpaduan. Sangat perpaduan ye bila sekolah kat situ. SATU MALAYSIA wokk ~ Yelaa kata dah perpaduan kan ? :D

Aku sekolah kat situ time tahun 1996 & 1997 kot. Aku pun tak pasti laa. Aku dah lupa. Lama sangat dah. Tapi yang bestnye cikgu sekolah tadika tu still kenal aku lagi. Bangga gila kot aku rasa. Hahahaha.

Logo sekolah rendah aku

Lepas tu tima primary school aku sekolah kat SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG ABDUL RAHMAN or orang panggil STAR je. Aku sekolah kat sini time 1998 - 2003. So sesiapa yang batch ni and sekolah sama dengan aku raise your hand please :P

Hihihi STAR

Sekolah ni yang membuatkan aku berjaya dalam UPSR. Sebab cikgu cikgu dia bertungkus lumus mengajar dan mendidik kitorang sampai berjaya. Cewahh ~ Cikgu cikgu dia best even garang pun. Aku still ingat lagi Cikgu Johannis tapi orang panggil Cikgu John je. Dia ni sumpah garang gila. Semua orang takut dengan dia. Dia ni ajar subject English.

Pasal dia ni lah English aku terer (okay ni tipu) hahahaha. Dia kalau salah sikit je dia tak cakap banyak terus rotan je. Memang berbisa laa if dia ajar korang. Bisa sebab kene rotan je. Tapi sebab cikgu cikgu ni buat macam ni lah UPSR aku dapat 4A 1B. Tapi if diorang belai belai aku mesti aku boleh dapat straigt A's kan ? :D

Alamak terbesar pulak logo dia :P

Lepas habis primary school aku sambung secondary school aku kat Sekolah Tinggi Segamat. Sekolah ni famous kot. Kat segamat jela =.= sebab budak budak dia Masya-Allah nakal bebeno ! Nakal nakal pun berjaya tau. Haaa ~

Aku sekolah kat sini time tahun 2004 - 2008. Aku tak suka pindah pindah sekolah. If satu tempat je aku sekolah, aku akan stick kat situ je. Sebab aku ni pecinta sekolah. Huahahuahuah okay sila muntah hijau sekarang.

Cantik kan view dia ?

Aku mengaku aku kat sekolah ni aku SANGAT nakal okay. SANGAT ! Tapi korang takyah laa tawu nakal aku tu cemane. Malu laa nak cerita. Sekolah ni banyak memberikan kenangan yang best time secondary school. Aku takkan lupa semua tu.

Kawan kawan aku kat sini semuanya best ! Susah senang semua sama sama even kadang kadang tu ade salah faham laa gaduh besar la. Tapi still akan bersatu padu bila semua tak siap homework. HAHAHAHAHAH ~

Saya sayang sekolah ni

Ramai laa cikgu cikgu yang aku ingat lagi kat sekolah ni. Sebab cikgu cikgu dia semua sporting gila beb ! Aku sukaaa ~ Sesiapa yang batch time aku kat STS ni tegur tegur laa ye. Jangan nak menyombong. Tak kemana pun korang if korang sombong. Yang junior2 pun boleh tegur jugak :P Jangan malu malu. To class 5 Science Techno 2008 I LEEEEVVVVVIIIUUUU ~


UiTM Johor Di Hatiku :)

Lepas je dapat result SPM aku pun meneruskan lagi pembelajaran aku ke tertiary level di universiti yang semua orang kenal iaitu UiTM. Aku dapat UiTM tak jauh pun. UiTM Johor je. Tu pun aku dah bersyukur sebab aku dapat masuk university and course yang aku nak iaitu Diploma In Accounting.

Logo UiTM :P

Kat sini pun lecturer dia semua sporting and best. 29 May 2011 ni aku akan register untuk new semester dah. Dah sem 5 dah aku. Kejap je kan masa berlalu ? Kawan kawan kat sini semuanya okay okay. Diorang sanggup ajar aku dari benda yang aku tak faham jadi faham. THANKS KAWAN :')

Ni lah kolej aku duduk iaitu Kolej Zamrud. Abaikan model 3 orang tu ^^

Diorang jugak laa yang jadi keluarga aku time aku kat sana. Ouhh aku duduk KOLEJ ZAMRUD ye. Kolej tu ialah hostel. Kitorang tak panggil hostel sebab rasa macam budak sekolah yang duduk asrama je nak panggil hostel hostel ni.

Student UiTM panggil hostel tu kolej. So faham kan semua ? Bagus ! Tahun 2012 aku grad la sebagai diploma holder. Hope aku grad on time and with flying colors. Korang doakan aku tau tau. Sayang korang.

See ada bentuk love kat UiTM Johor. Ni lah baru UiTM di hatiku namanya. So jum lah belajar kat UiTM Johor.

Tu jela kot serba sedikit tentang tempat tempat yang aku belajar setakat ni. To all cikgu cikgu and pensyarah pensyarah yang pernah ajar saya ni. Saya nak ucap terima kasih banyak banyak sebab tanpa korang semua saya takkan berjaya sampai sekarang. Terima kasih banyak ! Jasa korang tuhan je yang mampu balas. Saya sayang korang :')

Thursday, May 12, 2011

formspring.me

Farihah, I am asking you ... http://formspring.me/farihahlicious

:)

Hihihi. Lama tak update blog sebab takde cerita menarik nak dikongsi laa sebab semester break kali ni tak macam semester break before ni sebab (berapa banyak sebab daa) cuti ni duduk rumah je just terperap dalam bilik and online.

Bangun tidur setiap hari lambat and harini PALING LAMBAT dalam sejarah that is aku bangun tidur pukul 0145pm okay. Hahahah betapa lambatnya anak dara sorang ni bangun. Maklumlah setiap hari tidur pukul 0400am. Mane laa tak bangun lambat.

Entry kali ni just nak gitau aku dah jarang update blog sebab aku dah ade tumblr dengan twitter yang lagi ringkas dan sepat dan padat untuk dikongsi. So aku just update twitter and Tumblr je. So kalau korang rajin, follow laa aku punya twitter and tumblr tau tau. KBOII !

Sunday, May 8, 2011

T__T

Hanya mahu mendakap diri DIA
Hanya mahu DIA sahaja yang boleh lapkan air mata ku
Hanya mahukan DIA untuk membuat ku gembira
Hanya mahukan DIA untuk membuat ku tertawa
Hanya mahukan DIA untuk membuat ku bahagia
Hanya mahukan DIA untuk membuat diri ku tenang seperti sedia kala
Hanya DIA sahaja yang boleh mendengar keluhan hati aku ketika aku sedih
Hanya DIA sahaja yang orang yang selalu memberi kata kata semangat padaku
Hanya DIA sahaja orang yang boleh berkorban untuk aku
Hanya DIA sahaja orang yang boleh mengucup pipi dan dahiku dengan penuh perasaan
Hanya DIA sahaja orang yang aku sayang.
SANGAT SAYANG !
Tuhan jagalah dia dengan sebaik baik mungkin :)
Berikan dia kebahagiaan
:')

Saturday, May 7, 2011

Mother's Day


Memandangkan semua orang post entry Mother's Day. So aku pun nak buat jugak even macam ade problem sikit dengan my parents. But its okay still want to post this entry even macam tak berapa nak ikhlas =.=

So I just want to say

HAPPY MOTHER'S DAY !

Thank you

Tuesday, May 3, 2011

Monday, May 2, 2011

Euro Fun Fair

Ni paling takut

Ni pun boleh tahan jugak. But FUN !


Okay semalam lepas je aku habis final malam tu aku pergi Euro Fun Fair. Konon nak lepas tension final laa :D So aku pun pergi laa dalam 1030pm tu sampai laa pukul 1230am kat sana. Ramai gila orang sebab esoknya kan cuti.

Banyak gila extreme games kat dalam tu sampai rambang mata nak naik yang mana sebab nak rasa SEMUA SEKALI ! Hahaha tamak kan aku ? But aku just naik lima benda je. Aku pun taktau ape nama dia. So I just put the pictures je okay ?


Imagination :D

From top

Balik tu je habis tekak aku sakit sampai sekarang plus badan badan aku pun sakit jugak =.= Kepala dah lega sebab stress dah hilang tapi datang penyakit lain pulak. Aku tak kesah asal aku legaaaaaaa ! Hahahaha.

Ni biasa biasa je =.=

Ni aku kurang pasti ape :D

Buai ni sangat takut sampai aku dah tak mampu nak jerit kat atas tu

Tu je kot nak cakap. Ouhh lupa nak bagitau aku pergi bersama sama adik adik aku plus dengan cousin cousin aku. So meriah lah kan pergi ramai ramai. BARU SYIOOOKKK ~ Actually banyak benda nak cerita. Tapi malas nak menaip.

Ouhh btw, ade abang kerja fun fair tu cakap saya comel. Aww malu lahh saya bangg macam ni >,< Okay Farihah kau memang gedik ! Menyampah aku. Aku pun menyampah dengan kau ! Huh ! Tu je nak gitau. So tengok jelaa gambanye okay :P Kbai ~


Tadaaa :P

muka bajet gilewwww

Senyummmm

From top of the Euro Wheel

Ni pun