Disebabkan semalam ialah Hari Guru. So harini aku nak post entry untuk wish Happy Teacher's Day. Entry ni aku nak ceritakan sekolah aku dari aku kecik sampai laa aku sekarang ni. Actually antara adik beradik aku, aku yang sekolah paling awal. Umur 4 tahun kot aku dah start sekolah.
Aku rasa ni bukan logo sekolah tadika masa aku sekolah. Maybe dah tuka kott :/
Masa umur aku 4 tahun aku sekolah kat Tadika Abim kot. Aku pun taktau cemane nak eja dia. Hope korang tawu laa sekolah tu sekolah apakan. Hihihihi. Then umur aku 5 & 6 tahun aku sekolah kat Tadika Perpaduan. Sangat perpaduan ye bila sekolah kat situ. SATU MALAYSIA wokk ~ Yelaa kata dah perpaduan kan ? :D
Aku sekolah kat situ time tahun 1996 & 1997 kot. Aku pun tak pasti laa. Aku dah lupa. Lama sangat dah. Tapi yang bestnye cikgu sekolah tadika tu still kenal aku lagi. Bangga gila kot aku rasa. Hahahaha.
Logo sekolah rendah aku
Lepas tu tima primary school aku sekolah kat SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG ABDUL RAHMAN or orang panggil STAR je. Aku sekolah kat sini time 1998 - 2003. So sesiapa yang batch ni and sekolah sama dengan aku raise your hand please :P
Hihihi STAR
Sekolah ni yang membuatkan aku berjaya dalam UPSR. Sebab cikgu cikgu dia bertungkus lumus mengajar dan mendidik kitorang sampai berjaya. Cewahh ~ Cikgu cikgu dia best even garang pun. Aku still ingat lagi Cikgu Johannis tapi orang panggil Cikgu John je. Dia ni sumpah garang gila. Semua orang takut dengan dia. Dia ni ajar subject English.
Pasal dia ni lah English aku terer (okay ni tipu) hahahaha. Dia kalau salah sikit je dia tak cakap banyak terus rotan je. Memang berbisa laa if dia ajar korang. Bisa sebab kene rotan je. Tapi sebab cikgu cikgu ni buat macam ni lah UPSR aku dapat 4A 1B. Tapi if diorang belai belai aku mesti aku boleh dapat straigt A's kan ? :D
Alamak terbesar pulak logo dia :P
Lepas habis primary school aku sambung secondary school aku kat Sekolah Tinggi Segamat. Sekolah ni famous kot. Kat segamat jela =.= sebab budak budak dia Masya-Allah nakal bebeno ! Nakal nakal pun berjaya tau. Haaa ~
Aku sekolah kat sini time tahun 2004 - 2008. Aku tak suka pindah pindah sekolah. If satu tempat je aku sekolah, aku akan stick kat situ je. Sebab aku ni pecinta sekolah. Huahahuahuah okay sila muntah hijau sekarang.
Cantik kan view dia ?
Aku mengaku aku kat sekolah ni aku SANGAT nakal okay. SANGAT ! Tapi korang takyah laa tawu nakal aku tu cemane. Malu laa nak cerita. Sekolah ni banyak memberikan kenangan yang best time secondary school. Aku takkan lupa semua tu.
Kawan kawan aku kat sini semuanya best ! Susah senang semua sama sama even kadang kadang tu ade salah faham laa gaduh besar la. Tapi still akan bersatu padu bila semua tak siap homework. HAHAHAHAHAH ~
Saya sayang sekolah ni
Ramai laa cikgu cikgu yang aku ingat lagi kat sekolah ni. Sebab cikgu cikgu dia semua sporting gila beb ! Aku sukaaa ~ Sesiapa yang batch time aku kat STS ni tegur tegur laa ye. Jangan nak menyombong. Tak kemana pun korang if korang sombong. Yang junior2 pun boleh tegur jugak :P Jangan malu malu. To class 5 Science Techno 2008 I LEEEEVVVVVIIIUUUU ~
UiTM Johor Di Hatiku :)
Lepas je dapat result SPM aku pun meneruskan lagi pembelajaran aku ke tertiary level di universiti yang semua orang kenal iaitu UiTM. Aku dapat UiTM tak jauh pun. UiTM Johor je. Tu pun aku dah bersyukur sebab aku dapat masuk university and course yang aku nak iaitu Diploma In Accounting.
Logo UiTM :P
Kat sini pun lecturer dia semua sporting and best. 29 May 2011 ni aku akan register untuk new semester dah. Dah sem 5 dah aku. Kejap je kan masa berlalu ? Kawan kawan kat sini semuanya okay okay. Diorang sanggup ajar aku dari benda yang aku tak faham jadi faham. THANKS KAWAN :')
Ni lah kolej aku duduk iaitu Kolej Zamrud. Abaikan model 3 orang tu ^^
Diorang jugak laa yang jadi keluarga aku time aku kat sana. Ouhh aku duduk KOLEJ ZAMRUD ye. Kolej tu ialah hostel. Kitorang tak panggil hostel sebab rasa macam budak sekolah yang duduk asrama je nak panggil hostel hostel ni.
Student UiTM panggil hostel tu kolej. So faham kan semua ? Bagus ! Tahun 2012 aku grad la sebagai diploma holder. Hope aku grad on time and with flying colors. Korang doakan aku tau tau. Sayang korang.
See ada bentuk love kat UiTM Johor. Ni lah baru UiTM di hatiku namanya. So jum lah belajar kat UiTM Johor.
Tu jela kot serba sedikit tentang tempat tempat yang aku belajar setakat ni. To all cikgu cikgu and pensyarah pensyarah yang pernah ajar saya ni. Saya nak ucap terima kasih banyak banyak sebab tanpa korang semua saya takkan berjaya sampai sekarang. Terima kasih banyak ! Jasa korang tuhan je yang mampu balas. Saya sayang korang :')
No comments:
Post a Comment