Monday, November 29, 2010

Trip to Perlis [Part 2]

okay ni activity pada keesokkan harinya. suppose kitorang check out dalam pukul 9.00am. nak tahu cerita ? kitorang terbangun lambat. konon nak bersiap cepat before 8.30am ke. tapi 8.15am baru bangun, memang harapan lah kan nak siyap cepat :P

then masing2 kelam kabut bersiap. then lepas dah siyap tu kelam kabut turun bawah then masukkan barang dalam bas & breakfast. so just makan roti bakar je disaluti jem strawberry yang sedapp. and plus makan nasi goreng adek aku punya sket :P

then dalam kol 10.00am tu kami bergerak ke PADANG BESAR. so ontheway to padang besar quite lama jugak laa sebab jauh kan. so dalam bas tu tidur, makan, tidur dan makan. tu jela kejenye sebab takde benda nak buat kan.

and pemandangan sepanjang perjalanan tu memang padi jee. i wish aku boleh pergi tengah2 padi tu dan main main kat padi tu. sumpah geram ! huhu. tapi tak dapat. so just simpan jela dalam hati :P

then sampai padang besar dalam pukul berapa entah then we got 2 hours only for shopping :\ so masing masing bershopping sakan laa. and aku ape lagi. mencari lah baju ELMO :) and finally i got it ! elmo & big bird :) sumpah comel gila !

then kat situ just jalan2 & beli ice cream. jalan2 lagi and beli ice cream lagi :O memang makan ice cream je haritu. then dalam pukul brape tu kami pown pulang semula ke KL & Johor. mase on the way back tu banyak jugak laa berhenti sebab makan & smbhyang kan.

then ade waktu kat mane tah. tapi kat area Perak jugak. tiba tiba jem teruk gila. then dari jauh nampak api menyala nyala. skali tengok kereta dengan kereta accident & terbakar. serious takut gilaaaaaa that time. semua yang tengok diam jee. sebab cuak kan.

tapi yang accident tu kat opposite lane. tapi lane kitorang plak yang jammed. yang opposite lane tu jangan cerita laa. memang tak bergerak langsung. then kitorang pown meneruskan perjalanan dengan perlahan. skali tengok kat lane kitorang pown ade accdent jugak. tapi tak teruk laa

then lepas berhenti sembahyang and makan semua, dalam pukul 12.00am tu sampai kat KL sebab nak hantar family yang duduk KL kan. so sampai Segamat dalam pukul 3.30am & sumpah penat but FUN !

harap harap nanti boleh buat trip macam ni lagi. sebab best sebab dapat gathering ramai ramai bersama keluarga besar kita :) and im gonna missed that momment :') kepada cousin cousinku sekalian, sila masukkan pict secepat mungkin ye :) sebab nak tengok pict trip tu :P sekian terima kasih !


*p/s : pict akan diupload later ^^

Trip to Perlis [Part 1]

okay trip to Perlis was FUNNNNNNN habis. even macam macam halangan dan dugaan datang. tapi trip kitorang tetap jugak happening. trip tu bermula pada 26 hingga 28 november 2010. dan perjalanan kami ialah dengan menaiki bas :)

so kitorang gerak dalam pukul 4.00pm dan sampai pada pukul. cuba teka pukul brape ? cuba cuba. ape ? pukul 2.00am ? bukan salah. sila cuba lagi. ape dia ? pukul 4.00am ? bukan jugak. masih salah lagi. jawapannya ialah pkul 9.30am :)

lama kan perjalanan kami ? macam nak pergi mane je :P actually mase on the way to perlis tu banyak kali berhenti. tu yang lama. plus ada halangan yang menimpa kami semua iaitu TAYAR BAS PECAH. nak tawu ceritanya ? ceritanya macam ini.

that time masa tu tengah on the way la kan. then takde la semua tidur. ade half je kot yang dah tidur. aku ni plak baru nak terlena skali dengan bunyi macam meletup and semua yang tidur semua bangun kecuali yang tidur mati ^^

so dah la hujan that time. masing masing memang cuak gila sebab takut terlanggar orang je. skali berhenti kat tempat terang then tengok tayar pecah. dah laa dah malam that time. memang susah laa nak carik mekanik malam malam buta tu.

then alhamdulillah driver tu ada kenal orang2 yang kat situ so mereka pown tolong. driver tu bawak bus tu slow slow untuk sampai kat workshop tu. so kat situ masing2 dah taley tidur dah sebab terkejut dan mata terus segar. hahah

then lame jugak laa dia betulkan tayar tu sebab tayar belah dalam kan yang pecah. so agak susah sket laaa. then dalam pukul 2.00am tu semuanya dah siyap dan kami teruskan semula perjalanan.

aku tidur tak tidur sangat sebab bergegar2 kan duduk dalam bus plus sejukkkk. even dah pakai sweater pown. so dalam kol 6.00am tu berhenti sekejap untuk sembahyang and breakfast semua. then dalam pukul 9.30am tu check in hotel terus. dan masing masing memang lepak habis. ^^

then petang tu dalam pukul 1.30pm kami pown bergerak ke rumah pengantin lelaki. hey hey my cousin punya baju pengantin lawaa :) i loiikeee ~ then sampai je kat rumah pengantin tu ade orang amek sebab bus taley nak masuk kat rumah dia. so kene masuk naik kereta.

sampai je kat rumah pengantin lelaki, and quite shock laa sebab rumah dia betul betul tengah sawah padi and betul betul kampung. so masing masing jakun gilaa. so lepas makan makan tu amek gampar kat padi laa. main2 dengan pepatung laa. seronok ~!

then petang tu dalam kol 4.00pm kot pergi komplex sukan negeri pulak sebab mandi swimming pool kat sane. rasa rugi gila sebab tak bawak baju. kalau tak boleh mandi sebab pool dia best sangat ! tapi tape that time just snap2 pict je. tapi ta banyak sangat pown.

then dalam kol 7.30pm tu kitorang balik ke hotel semula. masa on the way back tu, masing2 tertidur sebab penat sangat :P then malam tu activity sendirian berhad. so aku & my cousin just duduk2 dalam bilik and makan nasik pengantin tu sebab laapaaa :P

then lepas tu order dengan other cousin KFC and then makan jugak. lepas tahu semua orang pergi jalan jalan, so kitorang pown decide pergi keluar jalan jugak. engat nak pergi Brasmana Hotel sebab nak poco poco.

skali masa tengah jalan tu tiba tiba nampak yang lain2 dah balik, so kitorang pown patah balik and lepak ade satu kedai makan ni ade karaoke. so lepak jela situ. and my cousinS pown karaoke jugak kat situ.

sedap ke tak sedap ke tu lain cerita sebab esoknye bukan kitorang ade lagi pown kat situ. HAHA. so malam tu just tengok karaoke je. sebab hujan kan. so dalam pukul 12.00am tu kol balik semula ke hotel dan merehatkan diri.

*activity esoknya akan disambung pada entry yang seterusnya

Friday, November 26, 2010

Perlis

bas kitorang akan macam ni nanti. betul ! aku tipu je :P


okay jumaat, i mean harini, yeah harini, saya dan keluarga bersama sama dengan kaum keluarga yang lain akan pergi ke perlis kerana ada cousin's wedding di sana. kami naik ape ? haa semestinya kami konvoi beramai ramai naik BUS ! yeah bus babe !

so kami akan bertolak pada petang ni, pukul berapa tu aku tatau sebab aku tak amek port pon bab bab macam ni, asal aku pergi kan ? HAHAHA ~ so dalam beberapa hari ni, aku akan offline sebab aku tak bawak lappy pergi sana.

sebab naik bas kan ? so macam leceh nak bawak barang banyak banyak. so just tinggalkan lappy ku kat rumah je. harap harap takde pape lah. so tu je nak gitaw. doakan perjalanan kami berjalan dengan lancar ye supaya kami selamat pergi dan selamat balik.

and the most important is DOAKAN AKU ENJOY KAT SANA taw taw ! sebab dah berapa hari ni aku moody je. so sila sila sila doakan aku temui kebahagiaan aku di sana. ehh bukan kebahagiaan dalam perpisahan tau. tapi kebahagiaan dalam menikmati cuti aku ni haa.

okay tu je nak cakap. byebye semua ! bye bye Johor ! Hell-o Perlis. please be nice to me :)

Wednesday, November 24, 2010

Farihah, lain kali jangan lagi cakap benda yang ada tanda seruan (!) kan dah ade yang terasa. sekarang PADAN MUKA KAU ! HAHAHA *gelak syaiton sambil tunjuk ibu jari kat diri sendiri. tu laa. lain kali, if nak cakap tu gune perkataan yang baik baik sket. nanti takde orang yang terasa.

dah banyak kali terkena macam tu and dah banyak kali try to be okay even kene berpura pura sekali pown. like i always said CHILL SUDAH ! so even terasa macam mana pown kene jugak jadik chill. sebab dah aku selalu cakap macam tu. so kene laa buat macam tu ^^

okay entry ni nak gitaw lain kali jangan nak cakap benda yang bagi kita, kita just cakap biasa biasa je. but bagi orang lain, dia tafsir lain. so kan dah dia terasa. so salah kita laa kan sebab kita just fikir diri kita sendiri je. tak fikir pasal diri orang lain. so nanti akan jadi macam aku ni haa. sakit wehh !

ape ? tak faham. okay aku bagi contoh, macam ni if aku cakap FFIIIIINNNEEE ! bagi aku tu konon konon aku just cakap fine dalam nada yang geram laa. tapi orang lain tafsir benda tu macam menengking or marah sebab ade sign (!).

so its like macam "KITA CAKAP LAIN DIA FIKIR LAIN" kan ? faham tak faham tak ? adoii susah laa nak terangkan. sesiapa yang terasa tu dia akan faham laa. so just nak cakap. lain kali cakap jangan ade sign macam tu. nanti orang fikir lain. HAHA

then kalau cakap dengan orang yang lebih tua jangan guna FONT BESAR or caps lock. nanti dia akan cakap kau RUDE. sebab ? sebab aku dah terkena dah wehh ! seriously aku tak faham dengan perangai orang sekarang ni.

aku buat macam tu diorang kata aku marah. aku besarkan font dia kata aku rude. maybe aku kot yang salah. aku tak jaga ayat aku kot. takpe laa. after this aku akan jaga ayat ayat aku supaya nampak lebih sopan dan kemas.

so tu jela kot entry kali ni. sorry entry ni agak macam tunggang terbalik. yelaaa, sebab banjir besar dari arah utara sane kene kat entry ni. tu yang tunggang terbalik semuanya. so kalau nak baca boleh baca. kalau tanak baca boleh silakan pergi berambus. sekian terima kasih :)


lagii lagi curik ^^

If you could live in any other place, where & why?
Take me to Africa please ! nak pergi safari diaa !

What animal best represents you & why?
huh ? tataw laa ^^

What is the craziest thing you ever did?
i dont know. lupaaaaaaaa

If you could meet anyone, who would it be & why?
Robert Pattinson. cause i adore him a lott. aww ~

If you could go back in time & live in any decade, which would it be & why?
back to basic ^^ cause i dont know. seems like cool !

If you could have any superpower what would it be?
superpower ? ehmm nak jadi macam doraemon. tu superpower tak ? HAHA

Who is your ultimate celebrity crush?
ROBERT PATTINSON of course !

What color best represents you?
purple

What would your life's theme song be?
never had a dream come true

Who would you cast to play you in a movie?
Selena Gomez

What celebrity best represents your vision of fashion?
Lady GAGA ^^ no lahh. of course HAYLEY WILLIAMS !

What would your life movie be called?
Twilight :P

What is the greatest music video of all time?
Paramore - Brick by boring brick

If you could star in any t.v. show, which one would it be?
supernatural ^^

What vehicle best represents you?
jet pejuang please

If you could bring back 1 famous person from the dead for a day, who & why?
Din Beramboi. nak suruh dia buat lawak bodoh dia tuu depan aku

If you became president, what would you do first?
musnahkan mereka ! HAHAHA *evil laugh

If you got one tattoo, what would it be?
a star

If you were on MTV's Made, what would you ask to be?
everything :P

Who do you think is the hottest athlete?
Lee Chong Wei wehh !!!

Who do you think is the hottest actor/actress?
actress : megan fox & actor : ehem ehem represent ROBERT PATTINSON !

Who do you think is the hottest musician/singer/rapper?
Paramore

Who do you think is the hottest t.v. reality star?
Kelly Clarkson ?

What sport best represents you & why?
olahraga ! sebab saya sukaaaaa

What is your most missed memory of childhood?
memory jatuh basikal time turun bukit kat rumah lama and kepala berdarah. cooollll kan ?

What is your greatest accomplishment?
none i think. or saya tak perasan ke kan

curik dari blog cousin

LAST PERSON WHO
1. Slept in your bed besides you? : No one
2. Saw you cry : Syakirin my lil bro. ciss !
3. Went to the movies with you? : dah lame tak tengok wayang -__-
4. You went to the mall with? : family of course
5. You went to dinner with? : ehmm i ate alone ^^
6. You talked on the phone? : syazwan
7. Said 'I love you' to you and really meant it? : i dont know
8. Broke your heart? : secret
9. Made you laugh? : no one can make me laugh now *sigh

WOULD YOU RATHER?
1. Pierce your nose or tongue? : both. can i can i ?
2. Be serious or be funny? : Fun-ny
3. Drink whole or skim milk? : both
4. Die in a fire or drown? OMG.. : i'd rather die in an accident
5. Spend time with your parents or enemies? : more to my siblings

ARE YOU..
1. Simple or complicated? : complicated i guess
2. Gay? : NO
3. Hardcore? : NO

DO YOU PREFER. .
1. Flowers or candy? : candyyyyy. yummy ~
2. Gray or black? : black
3. Color or Black and white photos? : colour ~
4. Lust or love? : both
5. Sunrise or sunset? : both too
6. M&Ms or Skittles? : i hate both ^^
8. Staying up late or waking up early? : staying up late & waking up late also ^^

ANSWER TRUTHFULLY !!
1. Do you like anyone? : yes
2. Do they know it? : yes

DO YOU PREFER...
1. Sun or moon? : moon!
2. Winter or Fall? : teeheee winter laa
3. Left or right? : left
4. 10 acquaintances or having two best friends? : no idea
5. Sun or rain? : rain please
6. Vanilla ice cream or chocolate ice cream? : both both. i do love ice cream. MUCH !
7. Vodka or Jack? : Vodka please ^^

ABOUT YOU!
1. What time is it? : 2238
2. Name? : Farihah
3. Nickname(s): Peah, Far, whatever ~
4. Where were you born? : Kluang Johor
5. What is your birthdate? : 03 February 1991
6. What do you want? : Honda Accord ^^
7. Where do you want to live? : in the graveyard :)
8. How many kids do you want? : 2 only
9. What would you want to name a girl? : i dont know
10. What would you want to name a boy? : same as above
11. You want to get married? : of course i want !

UNIQUE!
1. Nervous Habits: tak reti duduk diam
2. Are you double jointed? : no
3. Can you roll your tongue? : yes
4. Can you raise one eyebrow? : yes
5. Can you cross your eyes? : yes
6. Do you make your bed daily? : no
8. Which shoe goes on first? :right
9. Ever thrown one at someone? : nope
10. On the average, how much money do you carry with you? : rm50++
11. What jewelry do you wear? : nope

OTHER
1. Do you twirl your spaghetti or cut it? : twirl
2. Have you ever eaten Spam? : no
3. Favorite ice cream: oreo mcflurry & choc sundae
4. How many kinds cereal are in your cabinet? : none
5. What's your favorite beverage? : mirinda strawberry
7. Do you cook? : i dont know how to cook. pity me

IN THE LAST MONTH, HAVE YOU? (YES OR NO)
1. Had a b/f or g/f? : YES
2. Bought something you didn't need: NO
4. Sang in front of people: YES
5. Been kissed: YES
6. Been hugged: YES
7. Felt stupid: sometimes YES
8. Missed someone: absolutely YES
9. Got drunk: NO
10. Got high: YES
11. Danced Crazy: NO
12. Gotten your hair cut: NO
13. Cried: YES
14. Lied: YES

Tuesday, November 23, 2010

okay seriously mood aku makin laa TAK BAIK. sebabnye ? sebab benda yang aku mengharap tak termakbul. okay memang belum terjadi lagi. tapi MACAM tak jadi ! seriously aku sangat sangat tak suka !

okay dalam entry ni maybe aku akan banyak mencarut. so kalau tak suka jangan baca okay ? adehh aku macam nak menangis tapi dengan cara nangis belum tentu dapat tunaikan ape yang aku nak kan ?

kenapa setiap kali benda yang aku mengharap aku tak dapat ? kata ustazah aku dulu, kalau kita berdoa dan mengharap ALLAH akan tunaikan. tapi kenapa setiap benda yang aku harap tak dapat ? so it feels like T_________________________T AKU KECEWA ! IM FRUSTRATED !

so just pray to God yang DIA boleh tolong aku. Ya ALLAH tolonglah aku ni. jangan musnahkan harapan aku. aku taknak cuti ni jadi cuti yang paling aku benci dalam hidup aku. aku mengharapkan keseronokkan cuti ni. so tolonglahh tunaikan hajat aku ni.

alas,
Farihah


Double Decker



okay. entry kali ni nak cerita pasal bas double decker *muka jakun* HAHA. last sunday, aku balik segamat dengan menaiki bas. sebab my dad tak dapat nak amek. so kitorang berenam yee bukan berenang haa naik bas pulang ke rumah.

suppose bas tu gerak dalam 1145 tapi tah sebab ape tah bas tu lambat. so dalam pkul 1200 kott dia sampai. skali tengok bas yang sampai aku terus cakap "mak oii besar gila bas. balik segamat je pown" HAHA. skali bas double daa.


so kitorang pown naik laa bas double decker tu dengan perasaan yang gembira ^^ first time kan. kira hajat aku tercapai laa setelah sekian lama teringin nak naik bas double decker tuu. so family aku duduk level atas.

so masa kat dalam tu just tengok gelagat orang dalam tu je. tak buat pape. nak tidur tapi macam tak selesa sebab seat dia keras gila. HAHA tak suka ! and pening kan sebab duduk atas dia macam melambung lambung sikit even uncle tu bawak slow. and just click click snap snap je ^^


so sampai segamat dalam kol 1345 kot. sampai sampai je tros pegi beli topup sebab time tu dah kekurangan credit phone. so after beli topup beli ice blended strawberry. sedaaaaaaaaap ! sebab that time haus plus lapar kan. so tu yang sedap je.

then sampai rumah je tros makan. nasik ayam. not bad laa. quite sedap jugak. then dalam pukul 1600 kott baring baring then tertidur sebab penat kan ^^ pukul brape tah terbangun sebab terkejut *again* dengan bunyi phone call. tu jelahh kot nak cerita. haha terima kasih !

Saturday, November 20, 2010

oloh olohh si Ilyas dah reti jalan. comelll ! *melting


setelah sekian lamaa tak mengupdate blog. harini terasa macam nak update blog. so dengan berbekalkan line internet yang agak shitttoooooo ku gagahkan diri jugak untuk menghupdate blog aku yang dah lame bersawang ni -__-'

entry kali ni nak menceritakan pengalaman beraya haji di kampung tercinta di Kluang. cehhh padahal raya macam tak raya je this year. raya raya ku seperti hari hari biasa, dengan jadual yang biasa, dengan hobi yang biasa dan segala galanya biasa lahh :|

so pagi pagi raya terpaksa bangun dalam keadaan yang gundah gulana *gundah gulana sebab hape pown tatau yang dikejutkan oleh makcik tercinta *heh ! so bangun laa jugak. rupa rupanya beliau mahu saya temankan beliau pergi hantar makanan kat rumah mertua beliau.

so dengan mata yang kuyu tapi tetap comel, terpaksa gak pergi temankan kerana beliau suruh saya yaa SAYA pegangkan anak kedua beliau iaitu Ilyas atau si botak comel ^^ so lepas hantar tu kembali semula ke kampung halaman.

selepas itu barulah pergi bermandi manda di dalam bilik air. grrrr <-- ini bunyi orang menggigil kesejukan yee. so faham faham jelah keadaan air dia cemane kan. so pagi raya mestilah pakai baju kurung. so pakai jugak baju kurung comel warna putih bunga bunga hijau. *aww comelnya kau cik peah !

then lepas mandi tros berlari lari pergi ke meja makan untuk menjamu selera kerana perut sudah buat concert Paramore Live in Perut. so just makan my favourite food that are AYAM MASAK MERAH & KETUPAT & KUAH KACANG. wee ~ benda tu sangat nikmat kalau makan di kampung. kan kaklong dan miza ? HAHA

then lepas kekenyangan. tros masuk bilik on laptop dan online *kan aku dah cakap, raya aku seperti hari hari biasa korang taknak caya* -____- then lepas boring online sebab line macam kura kura tinggal nyawa nyawa ikan, tros terlelap ehh bukan tros tidur kerana merajuk dengan server.

then selepas itu bangun kerana terkejut dengan bunyi panggilan dari si Cajuan. then selepas bangun dari tidur yang tak berapa nak lena tu terus pergi makan *dahh kau jangan nak cakap aku banyak makan. sebab memang aku banyak makan pun*

then lepas makan tu, duduk duduk sebentar dan tengok TV as usual SUKAN SUKAN SUKAN lahh kan. raya pun tengok sukan jugak. haishh. so tengok jeelaaaaaa sukan tu. bila dah agak agak boring tros masuk bilik.

ingatkan nak online, tapi oleh kerana lappy ku dikerumuni oleh cousin cousinku sebab mereka tengok ehh bukan menonton movie. so terpaksa lah biarkan dulu. tunggu punya tunggu skali tertidur lagi daaa *gua rasa ketupat tu ada baca baca laa sebab setiap kali gua makan mesti ngantuk*

so tidur dengan nyenyaknye pukul 6 baru tersedar. HAHA. bangun bangun dan berpura pura buat muka segar macam tak tidur, so pergi depan tengok TV and again SUKAN ! -___- so masuk bilik semula dan mandi dan makan.

as usual lepas makan ketupat mesti ngantuk. tapi tetap jugak gagahkan mata untuk berjaga sampai malam. tapi takde lah malam mane pun. hahah so dalam pukul berapa tah terlelap jugak sebab orang dalam rumah ni tidur awal sangat. so mata pun terikut sama tidur awal.

tu jelaa suasana hari raya haji aku kali ni. takde yang best pun kan ? tetapi aku still mengharap dapat makan Big Apple harini. kempunan gilaa dahh oiiiiii. orang orang kampung tolong kasihani lahh saya yang comel ala wangi wangi ni ;)

sekian, terima kasih

Monday, November 15, 2010

finally



Finally, habis jugak final exam aku ^^ so lepas ni boleh lahh relax sakan kan kan ? perlis, here i come ! HAHA tak sabar nak pergi jalan jauh jauh ni *muke excited. ahaha well cuti ni hanya stay at home until my dad said "jum holiday" ^^ haha

well, final haritu ada yang susah. ade yang senang. ade yang boleh laaa. tapi semuanya aku dah berusaha bersungguh sungguh. so sekarang hanyalah berserah dan tawakal jela ape pun keputusan. sebab aku dah berusaha bersungguh sungguh. ouhh ALLAH please help me. please please please pleaseeeeeeeeeee T_T

so timetable untuk cuti ni hanya lah beronggeng sakan, makan makan makan, berehat rehat rehat, hangout dengan kawan kawan tercinta. round round the world ^^ okay semua tu tataw jadi ke tak. terpulang kepada orang atasan je laa okay :P

tu jela kot nak cakap. so byebye part 3. well, hello part 4. to upcoming part 1. heyy im your senior okay. please be respect ^^ *gelimati = geli patu boleh pergi mati. sekian terima kasih daun pisang *asek daun keladi je. so nak tuka plak

Saturday, November 13, 2010

Cost Accounting 1


okay, this is my final paper for this semester. And this paper is quite tough for me cause i dont understand much about this paper, but tonight me and my friend, niesa, will try to cover all the chapters in this subject. Insya-Allah

so to all peeps out there, pray for me & wish me luck okay ! ily ^^

Friday, November 12, 2010

WAJIB

ahah cube tengok tajuk entry ni. WAJIB ! kali ni aku nak bercerita tentang perkara wajib yang aku dengan kawan kawan aku kene buat setiap sem. WAJIB ! HAHA. memang benda ni semua memang wajib lah kene buat. kalau ta buat rasa macam tak adil. ehh yeke tak adil ? yela kan :)

1. celebrate birthday
haa celebrate birthday memang wajib sambut antara kami semua. kalau tak sambut rasa macam tak adil. kan kan kawan kawan ? yelaa tak adil laa. takkan salah sorang je yang bila birthday dia kita sambut. and time birthday kita diorang ta sambut. kan tak adil tu. so apabila tiba waktu hari jadi salah seorang daripada kami, so kami akan sambut. so ikut turn la. yeay ! next sem my turn balik ^^ and dengan shafika ? kan kakak ? opss ! HAHAHA.

2. present @ hadiah
okay lepas dah celebrate birthday, kene lah bagi hadiah kan ? so setiap kali salah seorang daripada kitorang punya birthday tiba, mereka yang lain lain kene lah bagi hadiah kat birthday girl ni. tak kesah la benda tu murah ke mahal ke. and tak kesah jugak laa if lambat bagi hadiah dari tarikh yang sepatutnya ke. tapi mesti jugak bagi. kan ? to kawan kawan next sem bagi hadiah yang lagi mahal dari sekarang ye ^^ *wah farihah demand kau ye. kira bagus la ade orang nak bagi kau hadiah. uhhh baik -______-"

3. berjalan bersama
part ni pun besh jugak. setiap semester kitorang akan berjalan bersama sama. macam lagu ajai dan nurul tu. ape ehh lagu dia. haa seiring dan sejalan. seindah bunga di tamannnnnn. hahaha. memang lah kami ni indah indah belaka. sebab kami ni semua comel comel. tapi saya lagi comel ye harap maklum ! HAHAHA. okay back to topic, berjalan bersama. memang setiap sem kitorang akan buat. tak kesah laa buzy cemane pun. tetap jugak kene keluar hangout bersama sama. sebab kitorang semua ni ta sama class. so time hangout ni jela kitorang dapat berkumpul bersama sama. harap nak jumpe time on the way nak pergi class memang harapan lah kan. then berjalan bersama ni tak kesah lah tempat tu jauh ke dekat ke asal pergi bersama sama. selalu pergi segamat je. makan mcd kat sane hihi ^^

4. makan McDonald [hebat kitorang makan mcdonald terus bukan makanan dia]
okay part ni memang sangat sangat sangat WAJIB okay ! setiap hujung semester before or time tengah final ke. mesti kami akan makan Mcd. kan ? time ni sangat besh ! sebab dapat berkumpul jugak ^^ and bercerita sambil bergelak gelak sampai tergolek golek dari zamrud sampai SR *ouhh itu tipu. hahahaa. nak makan mcd kat uitm ni mestilah kene order kan ? takkan tiba tiba mcd tu datang bergolek dengan sendirinya kat kitorang. so kitorang order lah gune mcdelivery ^^ and bilik Z202c [bilik aku lah kan] menjadi tempat untuk kitorang makan Mcd dari sem 1 sampai lah sem 3 ni. hope next sem ada lagi macam ni. sebab besh ! betul ta tipu

5. makan damai [wahh makan damai macam kahwin pulak]
hahaha ape yang dimaksudkan dengan makan damai ni ? haha maksudnya kitorang pergi makan beramai ramai dalam keadaan aman dan damai. HAHAHA *gelak sambil menari -___-" every sem espeacially time final laa. kitorang akan makan beramai ramai. tempat makan ? alaa dekat dalam uitm ni je sudah. banyak ape tempat makan kat dalam ni walaupun lauk dia sama je. huhu. so kitorang akan rotate laa kedai kedai makan yang ada kat dalam ni. kalau tak kat dining, kat uptown, tak pun kat parking sane. then kembali semula kat dining dan seterusnya ^^

ehmm setakat ni tu jelah kot yang aku ingat yang memang setiap semester kitorang akan buat. actually banyak lagi benda yang kitorang buat. tapi bukan setiap sem kitorang buat benda tu. contohnya macam sleepover kat bilik bilik, tengok movie sampai pagi, study kat bilik study sampai pagi [yang ni sangat besh], main bunga api kat wing [waktu sem satu], makan makanan diorang [HAHA].

semua semua tu kenangan yang indah yang tak dapat aku lupakan walaupun kita still ada 3 sem lagi kat uitm ni. insya-Allah. even setiap semester kita jarang jumpe, but in the end mesti ada perkara yang menggembirakan yang kita buat kan ? kita dah macam adik beradik dah kan even kadang kadang tu ada yang terasa hati lah ape lah. tapi tetap gak kawan sampai sekarang ^^

hope kita semua akan kawan sampai bila bila okay ! sebab kita kan adik beradik kat dalam UiTM Johor ni walaupun ayah kita busy jadi penghantar mcdelivery tapi ummi kita tetap dihati ^^ cewahh gelimat ~ ingat okay, AKU SAYANG KORANG SEMUA. peace ('',)y

Saturday, November 6, 2010

ABAH

Boyfriend & Girlfriend saya dunia akhirat !


entry kali ni nak buat macam sedih sikit lah. entry kali ni nak bercakap pasal seorang AYAH. ye ayah ! setiap orang mempunyai ayah kan ? korang mesti sayang gila kat ayah korang kan even ayah korang GARANG MACAM SINGA.

okay. ada orang panggil ayah dia ayah, abah, papa, bapak, papi *untuk orang indon, baba & macam macam lagi laa. even banyak sangat panggilan untuk seorang ayah. orang nya tetap satu & mempunyai tanggungjawab yang sama. kan ?

aku nak bercerita tentang ayah aku ^^ aku panggil ayah aku ABAH :) aku sangat sayang kat dia. begitu juga aku sayang kat IBU. aku tak dapat bayangkan cemana lah hidup aku kalau takde abah. sebab dia bank bergerak aku. HAHA. okay yang tu memang betul lah kan ?

honestly, aku tak rapat dengan abah. nak bercakap pun jarang. SANGAT JARANG okay. if ade benda nak bercakap je baru cakap dengan dia. kalau takde memang tak bercakap langsung. korang mesti pelik kan ? aku pun sama ^^ tapi kitorang memang macam tu.

aku ingat lagi time aku kecik kecik dulu. waktu tu aku sorang lagi. sebab beza aku dengan syakirin jauh. 4 tahun kot. waktu tu aku lupa aku umur berapa tahun, aku nangis nangis nak ikut abah pergi kerja. HAHA.

tak silap aku ada kot pict aku time tu. nangis beriya riya gila. sebab time tu aku still sorang lagi. orang kata still anak tunggal lagi. so aku ni manja laa ^^ tu yang bila abah nak pergi kerja pown aku nak follow an.

then, yang aku suka that time ialah ape yang aku nak mesti dapat. aku kira untung la sebab aku dapat mainan mahal mahal, kira apa yang aku nak semua dapat lah. time adik adik aku yang lain, bila mintak pape mesti tak dapat. kira aku beruntung lah kan ? huhu

then aku rasa sampai sekarang kot, bila aku mintak pape dari abah mesti immediately dapat. bila adik adik aku mintak, tak dapat. diorang semua suka jelesh dengan aku sebab aku mintak dapat diorang mintak tak dapat. well anak abah lah katakan. yeke ? tak lahh.

then, aku jugak jarang kene marah dengan abah. tapi once abah marah aku even dia just cakap sikit je airmata aku akan terus jatuh. sangat lah tacing okay. thats why bila orang lelaki marah aku, aku senang nangis. sebab aku jarang kene marah dengan orang lelaki ^^

ermmm tu jelah kot benda yang aku ingat yang best untuk nak share kat sini. kepada korang korang semua, hargai lah ibu bapa korang okay ? sebab diorang tu dah bersusah payah nak besarkan korang biar korang rasa selesa untuk hidup.

so korang hargai lah diorang selagi diorang masih hidup ni. jangan bila diorang dah takde baru korang nak sedar. doakan diorang panjang umur & dijauhkan penyakit. nanti bila korang dah kerja, dah berjaya, dah kahwin, dah boleh sara hidup sendiri, korang jangan lah hantar parents korang tu kat rumah orang orang tua pulak.

memang aku akan cakap kat kau macam ni lah "kau, dengan bini/suami & anak anak kau boleh pergi mampus dengan kau punya harta" HAHA dasyatkan ayat aku ? tade lah dasyat mane pun sebenarnya. kau berjaya pun sebab diorang jugak. so ingat sikit pengorbanan diorang.

ingatlah wahai kawan kawan ku sekalian, ibu bapa kita adalah segalanya bagi kita. so sayangi lah mereka selagi mereka masih hidup. jagalah mereka. jangan sekali kali derhaka kepada mereka sebab once diorang terasa dengan korang, ta dapat lah korang cium bau syurga. ouhh saya sayang parents saya. SUMPAH DENGAN NAMA ALLAH !

rugi kan ? dah lah tak dapat masuk syurga, bau syurga pun kita tak dapat cium. so sayangilah mereka okay ? tu jelah post aku untuk kali ni. entry kali ni agak sedikit serious. and ayat pun macam agak tak teratur. sorry ye ^^ sekian, terima kasih !


Friday, November 5, 2010

merapu meraban

Pak Abu pergi memancing ikan
selamat datang saya ucapkan

monyet comel sedang memetik kelapa
tengah buat apa ?

pergi ke kedai membeli ikan
korang semua dah makan ?

HAHAHA okay dah takde idea nak berpantun cemane lagi. actually sekarang ni aku ye saya farihah. tengah berehat sebentar bersama blog kesayangan sebelum memulakan semula perjalanan saya ke LAW240.

hahaha. esok i mean 6 november 2010 aku akan menghadapi paper LAW240 iaitu introduction to commercial law. even baru intro je tapi ya Allah. banyak gila weh section kene hafal. gua tak tipu beb. kalau gua tipu gua tak dapat makan mcd *sebab esok nak makan mcd, tu yang berani cakap macam ni ^^

actually aku minat law ni sebenarnye. tapi oleh kerana semakin baca semakin lah tak faham, so makin lama minat terhadap law ni makin kureng -,-' aku pown tataw lah cemane nak bagi biar aku suka balik kat law ni.

untuk menjawab soalan esok, aku dah decide nak pilih soalan ape untuk PART B sebab kene jawab EMPAT soalan dari TUJUH soalan. dan setiap soalan tu markahnya 10MARKS. okay banyak kan ? bagi aku sangat banyak.

and 10marks tu senang untuk dapat full kalau kita hafal and explain betul betul. so aku nak focus kat situ lebih sebab kat contract aku tataw ape yang keluar. harap harap OFFER or ACCEPTANCE yang keluarr.

Ya Allah, harap harap untuk section c yang 30marks tu, harap harap tajuk OFFER or ACCEPTANCE yang keluar. saya mengharap sangat ni Ya Allah. hui korang semua sila tadah tangan dan doa beramai ramai cepat *sambil pegang rotan & buat muka garang. AMINN

section 456 (a) kanun kecomelan mengatakan saya semakin lah comel sekarang ni *buat muka yang agak comel. HAHA okay yang tu takde. sila jangan percaya. tak wujud pun section tu okay. so just ignore that sentences -______-

saya mengharap agar esok ye esok ye ! sabtu esok ! saya dapat menjawab paper law itu dengan tenang, tepat & cemerlang. sila doakan saya ye ! wajib jugak doakan saya. kalau tak saya, saya, saya, saya akan mengeluarkan section section yang tak patut dimentionkan kat dalam ni.

okay saya dah semakin teruk merapu meraban. so saya kene stop sekarang jugak. ye now ! sesuai lah dengan tajuk post ni kan MERAPU MERABAN. hahah okay la. aku nak pergi sambung study balik. byebye semua *melambai ala ala ratu cantik.

at-10-tion : perhatian ! tuan punya blog semakin tidak siuman. sesiapa yang terserempak dengannya sila jauhkan diri anda kerana penyakitnya berjangkit. sekian terima kasih. HAHA

p/s : ape punya karangan laa kejap aku kejap gua kejap saya. ahaha

Thursday, November 4, 2010

Symptom symptom student bila final exam

  1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
  2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
  3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
  4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)
  5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
  6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
  7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)
  8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.
  9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
  10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
  11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
  12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
  13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
  14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
  15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.
  16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
  17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
  18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.
  19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.

Wednesday, November 3, 2010

blog yang baru

hahaha. semalam aku berhempas pulas tukar semua yang ada kat dalam blog ni. tidur pukul 0400 semata mata nak siyapkan blog ni. okay yang tu tipu sebab malam tadi aku tak dapat tidur so dari aku duduk goyang kaki baik aku tuka layout blog ni kan.

so inilah hasilnya. kali ni blog aku tema dia merah. campur rainbow rainbow sket sebab aku suka warna warni. kan colourful. kan nampak lagi meriah kan kan ? haa. tapi lagu tetap jiwang. huahauhauha.

blog aku takde lah lawa & menarik mana pown. just kalau dah sedap mata memandang pun sudah mencukupi bagi hamba. cewahh. gelimat ~ tapi pape pun. aku akan kerap tuka layout sebab taknak followers aku boring dengan layout yang sama je :D

ehm lagi satu nak pesan, harini [3 november 2010] aku akan menduduki final subject Financial Accounting 3. so nak mohon kepada anda semua supaya mendoakan saya supaya saya dapat jawab paper tu dengan jayanya. aminn. ty semua !

tu jela kot nak bagitau taw. hee. so sekarang nak sambung study FAR200 yang tak habis habis lagi study to. and to all DIA STUDENTS ! goodluck this evening. semoga anda semua dapat jawab paper FAR200 ni dengan senyuman yang ikhlas tulus dari hati ^^

Tuesday, November 2, 2010

rindu

hati besar : hati kecil sayang, kenapa awak nampak macam sedih ?

hati kecil : ehh mane ade sedih. saya okay je :)

hati besar : awak jangan tipu saya. saya boleh rasa. saya boleh tawu

hati kecil : betul saya okay je. ehm :|

hati besar : awak rindukan dia eh ?

hati kecil : ehmm ? yeah. saya rindukan dia ;'(

hati besar : awak dah bagitau dia yang awak rindukan dia ?

hati kecil : sudah. tapi saya takleh buat pape. sebab dia jauh.

hati besar : awak kene banyak bersabar okay ? nanti pun boleh jumpa jugak kan ? ;)

hati kecil : yup yup. so sekarang saya hanya serahkan kat mata je untuk buat saya tenang

hati besar : awak suruh dia buat ape ?

hati kecil : saya suruh dia buat air terjun yang sangat laju dan deras :) supaya saya boleh rasa tenang bila tengok air terjun tu mengalir

hati besar : hehehe. banyakkan bersabar je hati kecil

hati kecil : ye. saya tengah mncuba sekarang walaupun sakit :)

hati besar : ye saya tahu sangat sakit. tapi awak kene try jugak !

hati kecil : yeah. terima kasih kerana bagi semangat kat saya ;')

hati besar : takde masalah pown sayang. kitakan sahabat :)

hati kecil : can i hug u ?

hati besar : yeah :)

p/s : tade motif. just luahan hati :)

Monday, November 1, 2010

31 october 2010

31 October 2010 ? ade ape yeh dengan tarikh tu ? ade ape yang berlaku dengan tarikh tu ? ape sudah terjadi ? adakah ia satu tregis ataupun mimpi ngeri ataupun suatu yang menggembirakan ? arghh tension tak tension tak ? saje je nak bagi gempak. padahal tak pun. ceh !

hahahah tarikh ni aku jumpa dengan Oh Syazwan atau lebih dikenali dengan nama mesranya iaitu CAJUAN. muahahahah saya suka panggil dye macam ni tataw kenapa. sebab macam comel kot. then adek beradik saya semua nak ikut panggil macam tu :P

kami berjumpa cewahh ayat skema keluar dahh. kitorang jumpe dalam pukul 12.40 nak pukul 1.00 jugak laa kat terminal sebab dia turun segamat naik bas. and aku keluar dalam pukul 12.30. ramai tidak percaya aku reti naik bas sorang2. HAHAHA

hey saya dah besar laa. mestilah kene reti2 naik semua ni. kene berdikari ye kawan kawan. bukan beli kari. HAHAH. then dalam pukul 1.00 kot gerak pergi lunch sebab perut aku sudah jamming sampai nak pecah dah perut. -____-'

then pergi makan dekat KFC je. huhuh dia amek set jom jimat plus cheezy wedges punya. and saya amek snack plate :P bukan ular ye syazwan :P hahahahaahah. then makan makan. aku just makan seketul je ayam. sebab apa ? aku gedik ? cover makan depan dia ? diet ?

bukan semua jawapan di atas tu. sebab aku memang kalau beli snack plate ke dinner plate ke segala yang plate ke, mesti makan satu je ayam. sebab kenapa pun tataw la. cepat betul kekenyangan. huhhuhu.

then lepas makan tu, pergi berjalan jalan di segamat yang takde pape benda menarik pun untuk dilihat. akhirnya menetapkan keputusan untuk berkaraoke sahaja :P so kami pown pergi laa karaoke. dia jahat. dia saja. dia kedengki. dia buat saya geram.

sebab ? sebab dia suruh saya nyanyi lagu RAHIMAH RAHIM tuuu !!!!!!!!!!! hahahaha lagu GADIS DAN BUNGA tuu. sumpah malu gilaaaaa. nak gelak golek golek je rasa time tu. tapi atas permintaan dia saya nanyi jugak laa. *menari twist* hahah

walaupun saya tahu suara saya macam suara katak kene sembelit kan. hahaha. tapi lepas tu gelak gelak dalam hati sebab malu. hahahha. weh malu weh. serious malu. MALU ! ahahhahahaha. then lepas tu pergi beli wrapper sekejap.

sebab nak balut hadiah si FARAH & NINA. huhuhu. then duduk duduk sekejap. pastu pergi billion jap sebab dia nak beli air. dalam billion tu dah macam tempat muzium dah. sebab ape ? brape banyak sebab daa. sebab dia memperkenalkan sayur kat aku. muahahaha

encik syazwan, saya tahu saya tak reti masak. tapi saya kenal jugak la sayur sayur tu even sikit pown. hahhaha tapi comel je. orang datang situ beli barang. tapi kitorang pergi situ sebab nak kenal barang. hahaha. *nampak sangat dah tataw nak pergi mane kan ?

then lepas tu pergi terminal balik. lepak lepak sana sementara menunggu bas dia sampai. then tiba tiba hujan lebat kan. patu kami pown terkena hujan. wee macam romantic gitu main hujan. ahh sudah laa farihah. kau kene hujan sket je pown nak kecoh satu dunia. ahh bialah !

then duduk duduk tu dia kata dia nak main game. ade satu game tu aku tataw ape nama dia, tapi game tu kene tumbuk benda tu kuat2 nanti dapat markah. hahahaha. and saya pun hanya kata try laa. nak tengok jugak kan cara dye menumbuk dengan tangan dia yang comel tu. hahahah.

then dia pown main laa. waktu first dia tumbuk i was like "woahh kuat gila dia tumbuk. tersentap aku" hahahaha SUMPAH KUAT weh ! tak tipu. bohong pun tak. main main pun tak. TAK NAMPAK KE MUKA AKU TENGAH SERIOUS BAGITAU NI ? -_____-'

then lepas dia main benda tu, kami pown berkaraoke lagi. num bilik pown sama jugak dengan tempat karaoke yang lepas iaitu LIMA. huhuhu. then karaoke karaoke, aku terasa macam nak nyanyi lagu awie - ratuku *sila tepuk tangan cepat. hahaha

then aku pown nyanyi laa. ta sangka pulak nyanyi lagu tu lepas kan yang part tinggi tinggi *alaa version akustik memang laa kau lepas. ceh ! tapi pedulik ape aku sebab ada suara serak2 keluar sket. i loikeee ~ hahaha.

then dalam pukul 6.00pm tu bas dia sampai. then kami pun berpisah. walau berat mata memandang. berat lagi bahu memikul. weh farihah pe kejadah kau guna peribahasa tu. nampak sangat BM kau teruk ! memang pun. hahah

to be honest sangat berat nak balik that time. tahan je mata dari T_____T. heee gedik kan saya ? memang pown awak gedik farihah ! tapi KERANA DIA ! saya berjaya tahan mata saya dari bocor ^^

to awak : thanx for 31 october 2010 :) sangat best that time even penat sangat. sorry ye awak saya asek mengeluh penat je. and sorry jugak awak asek menyakat awak je. takde niat pown. and sorry jugak wrapper tu asek kene muke awak je. hahaha. klaka laa.

awak jaga diri taw taw kat sana. ingat pesan saya J A N G A N ! haaa tanak tanak. ingat tu. takpe nanti kita jumpa lagi :) bukan tak jumpe kan ? haaa. fewiittt *ape kene mengena feewiitt dalam pesanan ni aku pown tataw :P

ehmm tu jela kot ape yang aku nak gitau. ini hanyalah rumusan sahaja. tak details sangat pown. ouhh lupa nak bagitau. saya nampak AIEDA, ZURAIDAH & KAKPAH berdating datingan. hahah comel je diorang :P

eh bila nak habis ni farihah. panjang meleweh sangat dah ni. okay lah kawan kawan., saya sudahi post dengan surah al-nas *betul ke ta eh ? ehmm okay lahh byebye. terima kasih kepada semua yang terlibat. jasa anda amatlah dihargai. HAHAHAHA *mengarut je kau ni macik gojek ! dah seriously BYE !

p/s : maaf post agak kelam kabut and serabut dan segala yang but but laa.

semalam

semalam aku amek paper CTU. and semalam jugak laa aku ditimpa malang T___T sebab aku salah jawab soalan dye. so 10marks aku burn gitu je. tapi aku harap sangat ustaz tu tanda betul jugak ape yg aku jawab tu. sebab aku nak score ! tolongg laa wahai ustaz yang comel.

semalam ni jugak laa aku lambat pergi dewan exam. sebab ape ? macam ni ceritanya. pada suatu pagi yang hening, aku pergi laa pakai seluar gi dewan tu. masa tengah on the way ni. tiba tiba segerombolan perempuan *HAHAHAHA* datang merempuh aku.

mereka menjerit "farihah farihah ada lembu terlepas" ouhh bukan laa. tu tipu je. mereka menjerit "farihah, seluar taley pakai. kene pakai baju kurung" so ape lagi kan. aku pown berlari keanak anakkan -_______- mestilah berlari sepantas kilat balik bilik tuka baju.

nasib lambat 5 minutes je. itu pown dah cuak gila babeng takut ta dapat masuk dewan amek exam. mau menangis sudah time tu. hahaha tapi alhamdulillah. dah selesai dah pown paper tu. so now kene move on to next paper plak.

tu je laa aku nak membebel untuk hari ni. harap harini dapat study FAR yang susah tuu. mood FAR sila sampai dengan cepat ye. saya nak study FAR ni subject kesayangan ala bucuk bucuk saya ni. hahahah. okay byebye