Friday, November 12, 2010

WAJIB

ahah cube tengok tajuk entry ni. WAJIB ! kali ni aku nak bercerita tentang perkara wajib yang aku dengan kawan kawan aku kene buat setiap sem. WAJIB ! HAHA. memang benda ni semua memang wajib lah kene buat. kalau ta buat rasa macam tak adil. ehh yeke tak adil ? yela kan :)

1. celebrate birthday
haa celebrate birthday memang wajib sambut antara kami semua. kalau tak sambut rasa macam tak adil. kan kan kawan kawan ? yelaa tak adil laa. takkan salah sorang je yang bila birthday dia kita sambut. and time birthday kita diorang ta sambut. kan tak adil tu. so apabila tiba waktu hari jadi salah seorang daripada kami, so kami akan sambut. so ikut turn la. yeay ! next sem my turn balik ^^ and dengan shafika ? kan kakak ? opss ! HAHAHA.

2. present @ hadiah
okay lepas dah celebrate birthday, kene lah bagi hadiah kan ? so setiap kali salah seorang daripada kitorang punya birthday tiba, mereka yang lain lain kene lah bagi hadiah kat birthday girl ni. tak kesah la benda tu murah ke mahal ke. and tak kesah jugak laa if lambat bagi hadiah dari tarikh yang sepatutnya ke. tapi mesti jugak bagi. kan ? to kawan kawan next sem bagi hadiah yang lagi mahal dari sekarang ye ^^ *wah farihah demand kau ye. kira bagus la ade orang nak bagi kau hadiah. uhhh baik -______-"

3. berjalan bersama
part ni pun besh jugak. setiap semester kitorang akan berjalan bersama sama. macam lagu ajai dan nurul tu. ape ehh lagu dia. haa seiring dan sejalan. seindah bunga di tamannnnnn. hahaha. memang lah kami ni indah indah belaka. sebab kami ni semua comel comel. tapi saya lagi comel ye harap maklum ! HAHAHA. okay back to topic, berjalan bersama. memang setiap sem kitorang akan buat. tak kesah laa buzy cemane pun. tetap jugak kene keluar hangout bersama sama. sebab kitorang semua ni ta sama class. so time hangout ni jela kitorang dapat berkumpul bersama sama. harap nak jumpe time on the way nak pergi class memang harapan lah kan. then berjalan bersama ni tak kesah lah tempat tu jauh ke dekat ke asal pergi bersama sama. selalu pergi segamat je. makan mcd kat sane hihi ^^

4. makan McDonald [hebat kitorang makan mcdonald terus bukan makanan dia]
okay part ni memang sangat sangat sangat WAJIB okay ! setiap hujung semester before or time tengah final ke. mesti kami akan makan Mcd. kan ? time ni sangat besh ! sebab dapat berkumpul jugak ^^ and bercerita sambil bergelak gelak sampai tergolek golek dari zamrud sampai SR *ouhh itu tipu. hahahaa. nak makan mcd kat uitm ni mestilah kene order kan ? takkan tiba tiba mcd tu datang bergolek dengan sendirinya kat kitorang. so kitorang order lah gune mcdelivery ^^ and bilik Z202c [bilik aku lah kan] menjadi tempat untuk kitorang makan Mcd dari sem 1 sampai lah sem 3 ni. hope next sem ada lagi macam ni. sebab besh ! betul ta tipu

5. makan damai [wahh makan damai macam kahwin pulak]
hahaha ape yang dimaksudkan dengan makan damai ni ? haha maksudnya kitorang pergi makan beramai ramai dalam keadaan aman dan damai. HAHAHA *gelak sambil menari -___-" every sem espeacially time final laa. kitorang akan makan beramai ramai. tempat makan ? alaa dekat dalam uitm ni je sudah. banyak ape tempat makan kat dalam ni walaupun lauk dia sama je. huhu. so kitorang akan rotate laa kedai kedai makan yang ada kat dalam ni. kalau tak kat dining, kat uptown, tak pun kat parking sane. then kembali semula kat dining dan seterusnya ^^

ehmm setakat ni tu jelah kot yang aku ingat yang memang setiap semester kitorang akan buat. actually banyak lagi benda yang kitorang buat. tapi bukan setiap sem kitorang buat benda tu. contohnya macam sleepover kat bilik bilik, tengok movie sampai pagi, study kat bilik study sampai pagi [yang ni sangat besh], main bunga api kat wing [waktu sem satu], makan makanan diorang [HAHA].

semua semua tu kenangan yang indah yang tak dapat aku lupakan walaupun kita still ada 3 sem lagi kat uitm ni. insya-Allah. even setiap semester kita jarang jumpe, but in the end mesti ada perkara yang menggembirakan yang kita buat kan ? kita dah macam adik beradik dah kan even kadang kadang tu ada yang terasa hati lah ape lah. tapi tetap gak kawan sampai sekarang ^^

hope kita semua akan kawan sampai bila bila okay ! sebab kita kan adik beradik kat dalam UiTM Johor ni walaupun ayah kita busy jadi penghantar mcdelivery tapi ummi kita tetap dihati ^^ cewahh gelimat ~ ingat okay, AKU SAYANG KORANG SEMUA. peace ('',)y

No comments: